Thursday, December 26, 2013

Umur Awak Berapa?

perihal umur.kekadang umur ni tak menentukan fizikal seseorang.maksudnya walaupun badan kau kecil dan slim dan tinggi tak semestinya umur kau baru 17 tahun dan sebaliknya.

masalah umur tak sepadan dengan bentuk fizikal ni dah lama jadi isu especially dalam family aku.bermula dengan kakak aku sampai lah ke adik bongsu.tak terkecuali mama dan papa aku.

satu petang di hari raya aidilfitri tahun bila aku tak ingat.sewaktu kami sekeluarga bertandang untuk berhari raya ke rumah kawan mama aku....

"yang anak sulung ni kerja apa?" sambil tunjuk ke arah adik aku yang ketiga.

"eh tu yang no tiga.ni ha anak sulung.kerja RTM" balas mama aku lembut walaupun kat rumah beliau sangat garang.

"ohhhh...yang anak kedua pulak kerja mana?" sambil tuju ke anak no tiga tadi.sekali lagi.

"ni haaa no dua.belajar lagi kat uia.no tiga ni kat matrik gambang".mama aku jawab macam tau2 jek apa yang nak ditanya oleh kawan dia.baik jawab terus.

see?itu situasi yang pernah kitorang alami.balik rumah jek dalam kereta ketawa terkekek kekek sebab fizikal adik aku ni memang dah tahap macam orang dah bekerja.nak kata gemuk tak jugak.tapi besor lah dari badan aku.

pernah sekali aku nak gi order kfc.aku berpakaian lengkap macam seorang cikgu.baru balik dari sekolah.

"adik nak order apa?"

hisssshhhh...aku bukan ketot lah woi.adik adik konon.

muka nampak matang takpe tapi jangan nampak tua.haaa ada beza tu.hi hi hi....

1 comment:

Aujinz said...

eleh eleh.. nak kabo dia muka muda laaa tue.. koh koh koh