Thursday, February 13, 2014

Review Ariana Rose

selalu aku buat review movie jek.memandangkan kisah dalam drama ni sangat terkesan bagi aku kepada seseorang (you know who you are) maka mari kita buat review untuk menghilangkan stress nak menyiapkan lesson plan dan jurnal praktikum.

anyway drama tu dah habis hari ni.

- aku kecewa sebab aku tak tengok episod pertama sebab aku ingat tak best drama ni padahal babak klimaks dah start dari episod first.itupun mak aku yang inform dalam whatsapp.haha

- aku rasa watak ariana rose sesuai lah dengan fatiya.aku cara dia cakap dalam drama tu.
"harith, u dah selamatkan nyawa i.bagi i teman u malam ni please?"
"oh takpe nanti i msg u k?"
ada jek k lah please lah kat hujung ayat.

- watak yang tak puas hati aku tengok sebab ending gitu jek ialah Harith dan Ramzul dan Liyana.tiga2 ni memang nak kena lempang dengan aku.dah lah Harith blah gitu jek.liyana pun mati gitu jek.ramzul serah diri ke polis macam tu jek.so macam tu jek lah eh ending?

- ramai orang pertikaikan asal ariana ni senang2 jatuh cinta dengan orang yang rogol dia.bagi aku itu normal.dan lagi normal kalau aku kata jodoh semua Allah punya kerja.dah full stop.

- kata drama kan.confirm ada babak yang tak logik dan tak perlu.babak berkali2 duk jiwang romantik antara ariana dan adam.bosan doh.lagi bosan yang ariana ni asyik2 takleh terima adam seadanya.come on lah weh...pastu merajuk.haha everyone should deserve a second chance.come on lah bebeh.

- watak Liyana yang nabila huda berlakon tu.well as usual lakonan nabila huda mana pernah mengecewakan.kan?

- nak tanya.arja lee ni cina ke?malas google.

- ada babak tu yang penulis novel ni berlakon kan?haaa kejak jek babak tu.

- lagi annoying dan lawak kekadang tu ialah parents adam ni asyik la bersayang2 dengan suami isteri.ayang lah sayang lah.korang perasan kan?haha

- aku nampak banyak babak yang depa cut dalam drama ni.babak yang tak diperlukan lah.kiss pipi terutamanya.

- akhir sekali drama ni best.dan mengajar aku untuk bersyukur ada orang special yang terima aku seadanya maka kita pun belajar terima dia seadanya :)


so korang ada nak komen apa2 lagi tak?


Putih

salam sejahtera *betulkan pashmina*

rasa rasa banyak tak benda or harta benda or barang2 korang yang warna putih?kereta?dinding?bilik mandi?baju?seluar?skirt?blouse?bag?laptop?phone?cadar katil?kasut?

ada eh?aku pun ada lah.haha

actually white color is not really my favorite color.currently i love pink and purple.i dont like green and yellow.somehow i feel like green is only suitable for grass, trees, sawah padi ke kan.ha yang tu aku suka.sayur ke.tapi hijau ni kalau kena kat baju ka seluark a tudung ka bag ka tak cantik.

ok itu bagi aku.

bercakap pasal putih.aku suka satu jek warna putih ni bila time majlis nikah ka resepsi ka.macam nampak bersih dan suci.yelah nikah kan wajib.time tu pulak kau nak pakai kaler yang kekonon color block.nampak sangat gedik dan gatai hang nak berlaki.tak menyabor.kakaka

dinding bilik aku kaler purple pastel.bilik air kaler macam rose in bloom gitu.kereta aku kaler hitam.handbag biru.jam kaler gold.mana eh barang aku yang pink?tshirt lah kot banyak pink.tak pun casing phone.

aku terfikir jugak.aku ni agak lah kan agak careless time makan.kalau nikah nanti time makan tu pakai baju putih...kena sentiasa berhati hati lah aku akan baju tersebut.aku jadi macam...tah.bukan fobia.tapi apa eh term psychology yang sesuai untuk orang yang kalau pakai or ada barang warna putih jek mesti resah gelisah takut kotorkan barang tu.macam gelabah.

lagi satu putih ni senang pudar.satu jek barang aku warna putih ni ialah telekung.sebulan sekali basuh rendam dengan clorox.

so....putih putih...be nice to me okay.only one day.please just one day.hihi

p/s : kain kapan pun putih weh!

Saturday, February 08, 2014

Tak Sedar

kebanyakan orang memang tak sedar akan caption pada gambar yang mereka siarkan di laman sosial tu kekadang tadek kaitan dengan gambar.ini tak termasuk kategori selfie.itu aku malas nak ambik tau sebab aku bukan dalam golongan tu.uollss tahu kan?

gambar bersama ibu dan ayah tercinta dan caption tu memang sepadan sebenarnya seperti "i love my mom and dad" "manusia yang paling aku cinta" and so on but aku tengok dari sudut lain.

memakai pakaian yang tidak menutup aurat even kau hijabster or kau memang pakai tak tutup aurat pun tapi bergambar dengan mak ayah dengan caption "saya sayang emak dan ayah saya".kesian parents kau especially ayah kau.

setakat ni faham aku nak cerita apa?

selagi kau belum kahwin, terutama perempuan, dosa2 kau tu kau tanggung dan ayah kau pun tanggung sekali.so celah mana yang kau kata kau sayang ayah kau tu?aku tak faham.lain kali nak buat dosa jangan ajak orang lain tanggung sekali.ni kang kahwin kata i really love my hubby tapi pakai tak tutup aurat jugak.so?

kau sayang ayah kau dan suami kau tapi kau bagi diorang tanggung dosa kau sekali.dunia oh dunia.aku pun dulu berperangai macam ni.aku taknak dah buat.

maka fikirkanlah.


Friday, February 07, 2014

Sosial Luar Talian

hai korang.dah februari rupanya.sorry been busy lately.tapi tweet aku boleh jek 24/7.lol

so untuk entry first bulan ni aku share gambar jek lah dulu eh.ada event time tahun baru cina itu hari.aku banyak nak taip panjang pasal isu yang dah lama aku nak ketengahkan cewahhh tapi busy praktikum hal sekolah semua so kita mulakan jek lah dengan kongsi moment hidup seorang guru tahun 2014.LOL ceh tak habis2 dengan lol.















eh apa yang event nya?haha tadek lah housewarming jek.

happy weekend everyone!