Monday, May 26, 2014

Cerita Majlis Nikah

so after 3 weeks ni baru rasa macam boleh bernafas secara sempurna.kononnya lah.jadi housewife sebelum gerak ke Perlis ni agak mencabar jugak lah tahap kebosanannya.

nak cerita pasal apa yang aku nampak dan rasa sekitar majlis nikah aku.hehehe


tema majlis ialah putih dan purple pastel.yes i love purple and pink tapi takkan nak kaler pink kan.itu sudah pentingkan diri sendiri sebenarnya.hahaha purple pastel banyak kepada warna hantaran dan kaler baju bridesmaid.eh bridesmaid ke bridemaids?

kekadang baju flower girls or bridesmaid ni nak setaraf jugak dengan pengantin.siap dengan flower crown bagai.pastu post repost kat instagram dekat orang yang dia beli baju or flower crown tu pastu nak tag aku jugak.lelss

mama aku kata tetamu datang terlalu ramai dan tak sangka.hehe bukan maksudnya ada yang tak dijemput tu datang tapi yelah datang dengan family kan.time kakak aku kahwin dulu jemput ramai tapi datang sikit.makanan ke goodies semua ada banyak lebih.time aku kahwin ni ecececey ramai lah puleekk.

makanan or lauk pengantin ni kan.aku dah la makan ciput jek padahal dari bangun lepas subuh tu aku tak jamah apa pun.minum air pun tak.nasib lah time akad nikah tu buat awal pukul 11.itupun muka aku dah control habis tahan lapar.bukan nak buat muka nervous ke apa sebab nak dinikahkkan.ikikiki

lauk pengantin ni as usual mestilah best dan special dari biasa.siap ada orang layankan.ambikkan lauk.hahaha ada puding raja taaww.ni orang pahang tahu ler..kat luar beli mahal kot.

sebelum habis majlis family aku ni ada adat mandi sampat.pernah dengar?nanti aku cerita kat entry lain.malam sebelum nikah pulak ada majlis budak2 bersanding dan bertindik telinga.pernah dengar ke tak?ada masa nanti aku cerita.kalau rajin.haha

lepas habis jek sah akad nikah tu....woooo perasaan dia....orang yang dah kahwin tu dia paham lah.lega selega leganya okaayyy.yang aku tak berapa nak selesa tu bab pose ambik gambar.wellll im not that kinda girl yang suka selfie dan ambik gambar jek keje.so kalau lah ada barang yang lagi keras dari kayu tu memang boleh terjemahkan keadaan aku yang lagi teruk dari kayu bila berposing.

kesimpulannya, memang lega semua dah setel daaannnn....kahwin ni best woooo.ikikiki

i wish u all pun akan kahwin dengan hati yang tenang dan akan happy macam aku jugak.

bye.



1 comment:

Aujinz said...

gambo mane gambo? gambo?