Friday, August 29, 2014

Jenis Inai

sebenarnya dari aku kecil sampai la ni pun aku pakai inai jenis serbuk yang dari Mekah tu.tak pernah pulak nak try inai daun ke inai yang tekan tu ke apa2 lah selain serbuk.

so aku pelik macam mana ada kes yang pakai inai ni boleh terhakis kuku lah kulit jadi timbul2 bila pakai henna yang duk lukis2 atas tangan lengan semua tu lah.aku hairan.

korang main belasah jek ke nak pakai inai ni?

zaman aku dulu kan.tiap kali cuti sekolah hujung tahun memang parents aku dan pakcik makcik aku hantar kitorang balik rumah arwah nenek.so sepanjang cuti sekolah memang spent time 100% dengan arwah dan cousin2 sengal yang lain.so arwah nenek selalu lah pakaikan kat kitorang punya tangan dan kaki ni inai.tapi inai yang dia bawak balik dari Mekah,takpun kat sedara mara yang gi umrah so dia kirim jek suh beli sebab cucu2 dia nak pakai.

memang lah best sebab cucu perempuan ramai dan cucu lelaki sorang tu jek lah.ah mengada!

ok anywaayyy dari sekolah rendah sampai dah masuk uni sampai dah kahwin pun aku memang pakai inai serbuk tu jek.tadek lah nak kata inai dari Mekah tu jek yang elok yag ada keberkatan ke apa tapi ni sebab pengalaman aku.so far alhamdulillah tadek rosak apa2 lagi lah kat tangan kaki dan jari jemariku ini.hikksss

so korang lain kali nak pakai henna ke inai nak kahwin ke apa2 lah kan.better tengok betul2.kalau dia jual murah sangat tu macam dah lain macam dah tu.tak pun korang tayah pakai lah inai.haha

ishh inai Mekah ni merah wooo.bukan oren.kalau korang simpan lama sangat inai tu dari sana bawak ke Malaysia dan tak guna memang habis lah kemerahan dia.ni pun pengalaman aku lah.

entry ni tadek niat pulak aku nak hancurkan business inai or henna orang lain.just aku suruh berhati2.yang jual inai pun satu sengal.cuba kau try dulu henna tu kat tangan kau sebelum jual ke orang lain.

ingat yee.jagalah pemberian Allah kepada kita yang hanya pinjaman ni :)

Thursday, August 28, 2014

Mencari dalam Rindu

ikikiki pemendeee tajuk gini.macam nak bercinta.

actually aku tengah dalam misi yang dikendalikan sendiri oleh aku iaitu nak cari ex roommate aku di uia.dah empat tahun ni tatau dia kat mana.empat tahun jugak aku sebilik dengan dia.so banyak cerita memang share dengan roommate lah kan compare dengan kawan sekelas satu course.

so what i did just now was aku gi google full name dia.hebat kan ingat full name roommate?keluar lah result dalam list iium convocation 2010.tapi dia budak econs.tu jek aku dapat result.

dia ni tadek fb.tadek twitter.tadek instagram.dan sebelum kehilangan dia ni jugak aku memang tahu dia suka tukar2 no phone.hobi agaknya.selalu kalau tukar pun dia akan inform aku punya.tapi tu lah...dah lama tak contact kan..

eh jap.no no dua tahun lepas dia ada contact aku...ohhh yes yes aku ingat.aku call dia.then dia ada call aku jugak.cerita pretty much about hows ur life lah semua.dah kahwin ke belum.kerja kat mana.standard topik perbualan lah tu.

so now aku call dia tapi tak dapat.sebelum tu aku try call dia nak jemput aku kahwin.tu lah....tak dapat.geram jugak aku dibuatnya.

email dia...ermmm email dia aku taktahu or tak ingat.ok maybe tak boleh classified aku ni ex roommate yang baik.

but i really really miss her now :((

Monday, August 25, 2014

Kemeja

Saya : so hari ni u pakai kemeja garis menegak lah nak?

Dia : taknak lah.i bukan gemok pun.<< * in denial*

Saya : habis tu?kemeja corak mana?

Dia : yang lagi satu putih tu.

Saya : tapi ni corak kotak kotak.

Dia : takpe lah kita boleh main chess.


P/s : sampai saat ini aku tak faham sama ada ini lawak atau fakta atau statement biasa sebab aku malas dah nak tanya.

Tuesday, August 19, 2014

Barang Perempuan

bagi aku,sebagai seorang perempuan yang simple dan seumur hidup pernah pakai make up untuk bertunang dan nikah sahaja, barang aku yang paling penting ialah :

shawl / pashmina
kasut
beg tangan

perempuan lain mesti akan tambah barang lain jugak seperti eyeliner ke eye shadow ke blusher ke lipstick ke sunglasses ke cardigan ke apa apa jek lah kan.

so no wonder lah aku ada update pasal jenis2 handbag kan hari tu.

tapi kalau ikut kiraan top 3 sebenarnya aku lebih suka handbag, pashmina dan baru lah kasut.

why handbag?

aku ada cara aku sendiri lah.dari zaman uni sampai sekarang pun dah lebih 50 jenis handbag aku pernah beli.mahal ke murah ke itu pikir kemudian.sebab aku rasa dalam situasi berbeza aku juga kena ada handbag yang berlainan mengikut situasi.cewaahh.

contohnya handbag nak pergi sekolah lain.beg nak pergi tesco lain.beg nak ke pasar (jarang jek pergi) lain.beg nak pergi makan2 jalan2 malam lain.beg nak pergi jalan2 tapi naik motor pun lain.beg nak pergi majlis kahwin or dinner pun mestilah lain.

kalau nak pergi sekolah time praktikum dulu aku memang banyak bawak beg.beg galas untuk laptop, handbag, beg yang letak aku punya portfolio dan buku RPH lagi.beg galas laptop tu pun ada sorang cikgu tegur nampak aku macam student bawak beg gitu.dah takkan nak bawak beg laptop yang sangkut kat bahu tu?gilaaa apaakkaahh?

korang ingat cikgu datang sekolah ni lenggang kangkung je ke apa?

kriteria lain yang aku pilih masa nak beli handbag ialah jangan keras sangat.sebab aku terpikir jugak kalau bawak kereta nanti handbag tu nak letak mana?kat celah kaki?kat handbreak?seat sebelah?kalau beg yang lembik2 sikit tu senang jugak nak letak kat tempat kaki.kalau keras?pikir sendiri.

kalau shawl ni kalau kau ada 10 pasang shawl kaler hitam tapi berlainan corak pun dah kira ok untuk pergi semua tempat.

kasut pulak.kasut ni aku takkan rasa cerewet sangat sebab kasut ni pakai kat kaki dan bukan di pinggang.so aku takkan beli mahal2 sangat lah.benda letak kat kaki kot.

so ini view aku jek la pasal barang2 perempuan yang penting dan selalu perempuan beli.orang lain mesti lagi banyak barang dia dari aku.kan?

ok dah lah.nak mandi.bye.



Wednesday, August 06, 2014

Selamat Hari Raya!

raya tahun ni best sebab banyak sangat sebabnya.

- beraya sebagai suami isteri
- first time beraya di Kelantan walhal sedara mara aku ramai jek kat sana
- belajar sikit la kecek kelate
- membina kemahiran menyanyikan apa jua lagu dan diolah lirik dalam loghat kelate
- berlatih cakap kelate dalam kereta sepanjang on the way balik KL
- aku di buli di Kelantan.err..
- rezeki melimpah di bulan Syawal.alhamdulillah :)
- majlis menyambut menantu diadakan di Kelantan which was good :))
- hari hari adalah hari aku makan banyak sebab kena paksa :(
- balance duit raya aku ada banyak lagi sebab ada cousins tak balik beraya.LOL
- pakai baju sedondon dengan si dia :)
- first time mandi guna air perigi.sejuk woooo


yang tak bestnya raya ialah aku dah bertahun tak balik Muar iaitu kampung ayah aku.huuuu

hope you guys have a blast Raya.makan tu kontrol sikit tau!