Tuesday, August 19, 2014

Barang Perempuan

bagi aku,sebagai seorang perempuan yang simple dan seumur hidup pernah pakai make up untuk bertunang dan nikah sahaja, barang aku yang paling penting ialah :

shawl / pashmina
kasut
beg tangan

perempuan lain mesti akan tambah barang lain jugak seperti eyeliner ke eye shadow ke blusher ke lipstick ke sunglasses ke cardigan ke apa apa jek lah kan.

so no wonder lah aku ada update pasal jenis2 handbag kan hari tu.

tapi kalau ikut kiraan top 3 sebenarnya aku lebih suka handbag, pashmina dan baru lah kasut.

why handbag?

aku ada cara aku sendiri lah.dari zaman uni sampai sekarang pun dah lebih 50 jenis handbag aku pernah beli.mahal ke murah ke itu pikir kemudian.sebab aku rasa dalam situasi berbeza aku juga kena ada handbag yang berlainan mengikut situasi.cewaahh.

contohnya handbag nak pergi sekolah lain.beg nak pergi tesco lain.beg nak ke pasar (jarang jek pergi) lain.beg nak pergi makan2 jalan2 malam lain.beg nak pergi jalan2 tapi naik motor pun lain.beg nak pergi majlis kahwin or dinner pun mestilah lain.

kalau nak pergi sekolah time praktikum dulu aku memang banyak bawak beg.beg galas untuk laptop, handbag, beg yang letak aku punya portfolio dan buku RPH lagi.beg galas laptop tu pun ada sorang cikgu tegur nampak aku macam student bawak beg gitu.dah takkan nak bawak beg laptop yang sangkut kat bahu tu?gilaaa apaakkaahh?

korang ingat cikgu datang sekolah ni lenggang kangkung je ke apa?

kriteria lain yang aku pilih masa nak beli handbag ialah jangan keras sangat.sebab aku terpikir jugak kalau bawak kereta nanti handbag tu nak letak mana?kat celah kaki?kat handbreak?seat sebelah?kalau beg yang lembik2 sikit tu senang jugak nak letak kat tempat kaki.kalau keras?pikir sendiri.

kalau shawl ni kalau kau ada 10 pasang shawl kaler hitam tapi berlainan corak pun dah kira ok untuk pergi semua tempat.

kasut pulak.kasut ni aku takkan rasa cerewet sangat sebab kasut ni pakai kat kaki dan bukan di pinggang.so aku takkan beli mahal2 sangat lah.benda letak kat kaki kot.

so ini view aku jek la pasal barang2 perempuan yang penting dan selalu perempuan beli.orang lain mesti lagi banyak barang dia dari aku.kan?

ok dah lah.nak mandi.bye.



2 comments:

Hans said...

senang cakap memang peminat handbag lah

Aujinz said...

aku takde handbag.. tapi aku ada banyak pouchbag/ waistbag