Friday, August 29, 2014

Jenis Inai

sebenarnya dari aku kecil sampai la ni pun aku pakai inai jenis serbuk yang dari Mekah tu.tak pernah pulak nak try inai daun ke inai yang tekan tu ke apa2 lah selain serbuk.

so aku pelik macam mana ada kes yang pakai inai ni boleh terhakis kuku lah kulit jadi timbul2 bila pakai henna yang duk lukis2 atas tangan lengan semua tu lah.aku hairan.

korang main belasah jek ke nak pakai inai ni?

zaman aku dulu kan.tiap kali cuti sekolah hujung tahun memang parents aku dan pakcik makcik aku hantar kitorang balik rumah arwah nenek.so sepanjang cuti sekolah memang spent time 100% dengan arwah dan cousin2 sengal yang lain.so arwah nenek selalu lah pakaikan kat kitorang punya tangan dan kaki ni inai.tapi inai yang dia bawak balik dari Mekah,takpun kat sedara mara yang gi umrah so dia kirim jek suh beli sebab cucu2 dia nak pakai.

memang lah best sebab cucu perempuan ramai dan cucu lelaki sorang tu jek lah.ah mengada!

ok anywaayyy dari sekolah rendah sampai dah masuk uni sampai dah kahwin pun aku memang pakai inai serbuk tu jek.tadek lah nak kata inai dari Mekah tu jek yang elok yag ada keberkatan ke apa tapi ni sebab pengalaman aku.so far alhamdulillah tadek rosak apa2 lagi lah kat tangan kaki dan jari jemariku ini.hikksss

so korang lain kali nak pakai henna ke inai nak kahwin ke apa2 lah kan.better tengok betul2.kalau dia jual murah sangat tu macam dah lain macam dah tu.tak pun korang tayah pakai lah inai.haha

ishh inai Mekah ni merah wooo.bukan oren.kalau korang simpan lama sangat inai tu dari sana bawak ke Malaysia dan tak guna memang habis lah kemerahan dia.ni pun pengalaman aku lah.

entry ni tadek niat pulak aku nak hancurkan business inai or henna orang lain.just aku suruh berhati2.yang jual inai pun satu sengal.cuba kau try dulu henna tu kat tangan kau sebelum jual ke orang lain.

ingat yee.jagalah pemberian Allah kepada kita yang hanya pinjaman ni :)

1 comment:

cEro said...

Kakak aku suka pakai inai sesaje...
Dia selalu beli yg kotak henna dkat kedai runcit yg lebih kurang murah harganya tu...