Friday, October 31, 2014

Ice Cream

craving for these....















i have a really horrible bad cough lately.tapi aku ada terasa nak makan jugak.thank you uncle google for the delicious melelehlicious images.

Tuesday, October 28, 2014

Nota Cinta

aku saja jek google image girlfriend Sam Bunkface then ada keluar imej seorang perempuan yang aku rasa familiar.orang kata dia pernah digosipkan dengan Sam jugak tapi tak jadi kot..anyway gf Sam tak cantik mana pun.bukan perempuan yang aku nak cerita ni..

rupanya perempuan tu dalam iklan ni...korang tak ingat??






heeee rindu kot iklan ni.mana tah perempuan ni sekarang.

p/s: aku try search iklan Maxis yang Nora Danish yang pakai maskot tu tapi takde :((

Wednesday, October 22, 2014

Sorok

kadang kadang yang tak pernah ditonjolkan
itu yang paling menyerlah
antara yang lain
aku suka sorok.


aku, dulu dan sekarang, 2014.

Friday, October 17, 2014

Cikgu?

tak ada orang tanya pun kenapa aku nak jadi cikgu.aku minat sangat ke mengajar?

"dah besar nanti apa cita-cita kamu?"

"nak jadi doktor atau jadi cikgu!"

itu jawapan aku.doktor tu memang tak lepas lah kan.zaman dah berlalu dan ini kisah dah lepas.frust menonggeng kau takyah cite lah.

actually the only reason why i have really wanted to be a teacher is that aku nak merasa keadaan di sekolah kerajaan macam mana.by saying this masa aku sekolah rendah dulu aku dihantar ke sekolah private.padahal aku terkinja kinja nak ke sekolah biasa sebab tengok kawan2 aku pindah.but my parents tak bagi pun.mereput lah kau kat sekolah tu sampai habis UPSR.

bila dah mengajar kat sekolah biasa ni ohhhh baru aku tahu.tadek lah best mana pun environment nya.hahaha keji betul aku.kat sekolah biasa semua kena beli sendiri kat kantin sekolah or koperasi.kalau kat sekolah aku dulu kitorang beratur jek nak ambil makanan sebab semua dah dibayar setiap bulan.aku lah yang selalu tolong bayarkan kat cikgu bila mak aku hulur duit.

adik aku pun sekolah sama dengan aku jugak habis sampai darjah enam.eh kitorang pun ada UPSR lah kau ingat sekolah kau jek ada???

salah satu kelemahan aku bila sekolah private ni ialah aku lambat tahu pasal penggunaan duit ketika urusan membeli barang.yelah kat sekolah semua ada.nak beli aiskrim sendiri kat kawasan perumahan pun mak ayah aku tolong belikan.nilai duit tu memang aku tatau.sampai aku darjah empat ke lima baru reti beli barang sendiri.kalau tak hancussss la Math UPSR aku.LOL

ini kelemahan aku jek.orang lain ada cara lain.

kalau korang ada rezeki lebih nanti hantarlah anak korang ke sekolah private.nanti korang try compare.ok?ciaoooo!

Wednesday, October 15, 2014

Bila Nak Packing..

packing and unpacking stuff aren't really my thing.

except kalau nak gi ke tempat yang memang aku excited.

dalam almari seorang manusia bergelar perempuan dan wanita ni sebenarnya banyak benda.almari baju lah yang kita nak fokus ni.

contoh dalam almari baju aku kan.a lot of blouses, pants, shawls, long skirts and banyak lagi.kalau time nak packing tu memang aku keliru.tak bawak baju ni kang rasa macam kat sana nak  pakai nanti.kalau bawak seluar ni kang rasa macam tak pakai tapi nak bawak sebab takut la apa apa kan.lelaki kena faham ni.

meh la aku list kan sikit apa sebenarnya yang ada dalam almari baju perempuan selain yang dua tuuuuu...

specifically almari baju aku.LOL..

seluar (jeans, khakis, leggings, shorts, tracksuit, palazo, printed pants, and...)

baju (blouses, t-shirts, long sleeve shirts, shirts, cardigans, jackets, sweaters, hoodies, sweatshirt, singlets, inner shirts, long inner shirts, apatah lagi)

tudung (shawls, pashminas, tudung bawal, tudung indon aka fareeda)

baju kurung (baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung biasa, baju kurung kedah,)

jubah (semua jubah either longgar or ketat.jahat kan?)

socks (sport socks, stoking,)

kain batik.LOLOLOLOL

long skirts


amboi sikit nya.haha

some of us might like to keep their shoes in the shoe box and put it in their closets.

kasut (high heels, wedges, sport shoes, kasut nak gi dating, gi jalan2 pasar malam, kasut nak naik motor, kasut nak gi kerja, kasut nak gi majlis kahwin, tapi selipar jepun WAJIB kena ada.i dont know why lol)

ada sesetengah orang meja sikat or cermin diorang sekalikan dengan almari baju.ada yang asing asing kan?tapi banyak jugak barang atas meja tu kan or dalam cermin?

sikat (ada yang brush and ada yang biasa punya)

getah rambut (penyepit rambut, cekak rambut)

bedak (bedak badan, compact powder)

perfume (bukan Febreeze)

deodorant

lipbalm (semestinya bukan lipstick dan lipgloss)

moisturizer

face mask (jarang pakai)

bekas tempat letak rantai, cincin, kerongsang, pin apa semua jadah

cotton bud

body cream (banyak sangat sampai tak terguna)


ni je kot.obviously ni semua barang aku sahaja.tak termasuk barang si dia lagi.jangan sampai aku list kan barang2 mandi pulak.memang aku tak larat pun.


SO NAMPAK TAK KESUSAHAN DAN KEKELIRUAN KITORANG BILA TIME NAK PACKING???

Tuesday, October 14, 2014

Bakal New Toy

dah sebulan tak update dan terus tukar link sebab kantoi dengan husband yang aku ada blog dan dia baca entry2 yang latest.kau rasa?

kejap mak aku duk belakang buat apa tatau.

selepas 16 minit...gigih jugak aku kira masa.

anywayyyy aku banyak giler nak cerita sini.kadang kadang time drive tengah mandi tengah tengok tv pun aku ada idea nak update blog then bila sampai depan laptop tunggu sampai satu hari baru rasa ada mood nak update.

aku ada nak beli something.entah bila nak beli pun tatau tapi aku suka sangat gajet ni.memandangkan aku lebih cenderung ke arah record video dari bergambar berselfie macam korang kaaannn so aku ada survey satu camcoder ni dari Canon.

terpaksa contact uncle google kejap untuk dapat image yang diingini.














amacam?comel tak?harga pun murah what?around 1k macam tu.oklah dari aku beli yang betul2 camcoder sampai 1.9k tu weh.

aku dah ambik brochure dari kedai Canon tapi tatau ah dah sampai belum kat Malaysia.ke kalau dah ada brochure tu dah sampai lah kan?

if bab bab smartphone aku rasa aku pakar dalam mengkaji dia punya specs ke accessories ke apa apa lah pasal phone.tapi kalau bab camera dan camcoder jek aku surrender.memang zero info dan aku tak faham dia punya specs.

orang kata gajet ni sesuai untuk  youtubers.eleh kau ingat aku rakam video asyik nak melalak jek ke depan camera?

sebenarnya aku suka kumpul koleksi video2 lama yang aku rakam dalam sekitar tahun 2008 sampai sekarang.dari phone nokia xpress music jek pun tapi puas hati bila aku tengok balik semalam semua video lama dan aku post kat group fb family.semua tak sangka dan tak ingat bila masa aku record video or moment penting tu.sweet kan aku?

so kau tunggu jek lah eh Canon Legria Mini.nanti aku dapat kau aku belai kau habis habisan.ikikiki

korang tadek ke nak suggest aku beli gajet mana selain Legria Mini?nak suggest aku beli camera ke sebab camera pun boleh record video kan?kalau rajin komen eh.tak rajin kau boleh blah.haha.