Tuesday, October 14, 2014

Bakal New Toy

dah sebulan tak update dan terus tukar link sebab kantoi dengan husband yang aku ada blog dan dia baca entry2 yang latest.kau rasa?

kejap mak aku duk belakang buat apa tatau.

selepas 16 minit...gigih jugak aku kira masa.

anywayyyy aku banyak giler nak cerita sini.kadang kadang time drive tengah mandi tengah tengok tv pun aku ada idea nak update blog then bila sampai depan laptop tunggu sampai satu hari baru rasa ada mood nak update.

aku ada nak beli something.entah bila nak beli pun tatau tapi aku suka sangat gajet ni.memandangkan aku lebih cenderung ke arah record video dari bergambar berselfie macam korang kaaannn so aku ada survey satu camcoder ni dari Canon.

terpaksa contact uncle google kejap untuk dapat image yang diingini.














amacam?comel tak?harga pun murah what?around 1k macam tu.oklah dari aku beli yang betul2 camcoder sampai 1.9k tu weh.

aku dah ambik brochure dari kedai Canon tapi tatau ah dah sampai belum kat Malaysia.ke kalau dah ada brochure tu dah sampai lah kan?

if bab bab smartphone aku rasa aku pakar dalam mengkaji dia punya specs ke accessories ke apa apa lah pasal phone.tapi kalau bab camera dan camcoder jek aku surrender.memang zero info dan aku tak faham dia punya specs.

orang kata gajet ni sesuai untuk  youtubers.eleh kau ingat aku rakam video asyik nak melalak jek ke depan camera?

sebenarnya aku suka kumpul koleksi video2 lama yang aku rakam dalam sekitar tahun 2008 sampai sekarang.dari phone nokia xpress music jek pun tapi puas hati bila aku tengok balik semalam semua video lama dan aku post kat group fb family.semua tak sangka dan tak ingat bila masa aku record video or moment penting tu.sweet kan aku?

so kau tunggu jek lah eh Canon Legria Mini.nanti aku dapat kau aku belai kau habis habisan.ikikiki

korang tadek ke nak suggest aku beli gajet mana selain Legria Mini?nak suggest aku beli camera ke sebab camera pun boleh record video kan?kalau rajin komen eh.tak rajin kau boleh blah.haha.

2 comments:

Aujinz said...

Bebudak sekarang lagi suka gopro

Aujinz said...

Hang ambik video pon, nampak mulut jer lagi baik hang guna handphone jer Konah.

Kakakakaka