Friday, January 02, 2015

Azam Sebulan

alhamdulillah dah terlaksana azam sebulan saya iaitu dari December 1st 2014 sampai lah ke January 1st  2015 yeayy!


antara azam yang tak seberapa tersebut adalah:



1. uninstall Whatsapp.haaa nampak macam perkara remeh jek kan?tapi bagi saya yang jadi housewife ni azam untuk tidak on Whatsapp selama sebulan amatlah besar pengorbanannya.kalau ada info nak update dari family group Whatsapp pun saya akan tengok dalam phone husband jek.senang.tak larat jugak nak sentiasa up-to-date dengan news terkini.tapi saya gantikan dengan WeChat yang tak semua orang ada ni.



2. deactivate facebook.saya ada dua account facebook di mana saya asingkan kawan2 sekolah, UIA, kawan2 blogger, anak2 murid saya yang add saya sampai berpuluh2 tu dengan ahli keluarga saya.facebook kedua tu memang betul2 untuk family saya sahaja termasuk sepupu makcik pakcik daaannnn kawan2 saya dari IPG.so mestilah saya deactivate facebook yang pertama tu.



3. mangga tweet.oh saya ada twitter dan kebanyakan masa saya dihabiskan dengan baca tweets dalam timeline saya.keputusan saya mangga tweet ni sebab salah satu alasan cliche ialah ada orang stalk tak memasal.memang cliche pun.lagi satu saya taknak ramai followers.entahlah saya tak suka.



4. uninstall Twitter app dalam phone.tapi saya tweet jugak dalam phone tapi via mobile twitter.haaa tu bukan app kan kan kan?hihihi



5. private blog.ini pun sebenarnya nak lari kejap dari meluahkan apa2 kat blog.dan spesifiknya ialah dah tadek idea nak tulis apa dan malas nak tulis.sebab tu beli diari sebijik so boleh conteng2 di situ ye anak anak.haa lagi satu sebab nak modify sikit blog ni guna template lain.



6. private instagram.entah kenapa saya ni suka bebenor nak private semua benda.nak delete account lah apa lah.nak privacy sangat tayah lah join dunia alam maya ni.LOL




semua yang tersebut di atas tu saya dah jadikan dia normal balik semalam kecuali unlock tweet dan public instagram sebab twitter tadi macam ada problem website dia dan instagram ni rasanya macam nak delete untuk kali kedua.entah tak tahu lagi.



azam2 yang lain?kena buat dulu baru boleh cakap sebenarnya.saya nak try azam saya ikut bulan.taknak ikut tahun dah sebab....memang tak pernah jadi.heeee...



salam Jumaat semua!




No comments: