Thursday, January 15, 2015

Definisi Pandai Bijak Cerdik

Pandai,bijak,dan cerdik ni sebenarnya maksud sama jek.Sama macam clever,brilliant,excellent.


Tapi saya ada pendapat saya sendiri pasal tiga perkataan yang lebih kurang maksud ni.



Pandai.Contoh situasi yang saya faham untuk maksud pandai ni ialah orang yang selalu dapat straight As atau selalu dapat nombor satu dalam kelas.Lagi nampak pandai kalau dia ada pegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi tu.cewahh contohnya ketua kelas ke pengawas ke.Orang yang pandai ni kadang-kadang tak perlu tunjuk sangat dia pandai sebab even dia pendiam pun orang tahu dah dia pandai nampak dari segi luaran gitu.Ada instinct lah ni konon.Kalau company ni confirm lah yang teratas tu lah yang paling 'pandai' sekali.Pandai kelentong orang.



Oppss...



Bijak.Contoh situasi ialah dia ni selalu dapat jawab teka-teki.Yang paling susah ke paling senang sekali.So dia bijak lah mencari jawapan teka-teki dan bijak berfikir macam mana soalan teka-teki ni boleh jadi macam tu dan jawapannya mesti macam ni..Ha itu yang saya faham.Contoh lain ialah dia bijak mencari peluang,tak kisahlah peluang nak sambung study ke peluang pekerjaan ke peluang untuk tidak buang masa terlalu lama dalam kesesakan lalulintas lalu dia ikut cakap Waze ambil jalan alternatif ke haa so I consider yang tu bijak lah.



Cerdik.Contoh situasi ialah seorang guru praktikum Pendidikan Islam yang masih mentah tak tahu apa-apa baru masuk sekolah dan tak banyak bercakap.Apabila dia berborak dengan guru yang mengajar Bahasa Inggeris dengan bahasa Inggeris maka guru besar pun berbesar hati suruh guru praktikum tersebut ganti kelas ajar Bahasa inggeris jika guru tersebut tak datang sekolah.Nampak bodoh dan pendiam dan standard lah orang nampak guru agama tak pandai English.sekali...haaa so itulah cerdik.Cerdik itu saya.



Menyesal tak baca sampai habis?ROFL!


No comments: