Wednesday, January 07, 2015

Facebook Group

Kebanyakan pengguna FB mesti ada atau pernah join mana-mana FB group kan?tak kiralah yang korang request nak join or telah di invite oleh kawan.

FB group ni boleh jadi macam-macam tujuan.Contohnya FB group untuk business,family,uni,BFF,company tempat kerja dan untuk bloggers.

Eh no silap.Untuk bloggers tu selalunya FB page.Yang korang kena Like tu.

Saya ada jugak FB group ni.kebanyakannya di invite.Tak pernah rasa nak join sendiri sebab semak pulak rasa.Even dah ada kewujudan Whatsapp group pun ada lagi yang masih aktif post status dan komen dalam FB group ni.

Ada satu FB group ni telah dicipta (cewah) untuk guru-guru batch saya dari seluruh IPG kat Malaysia ni.Untuk course sama dengan saya sahaja.So...nak ceritalah sikit.Lately ni saya agak aktif dalam meninggalkan komen kat status yang diorang suka post dalam group tu.

Bukan nak glamour pun tapi kadang-kadang agak kelakar sebab diorang ni even ada yang dah lama bergelar cikgu pun masih lagi nak berselisih faham,bergaduh,nak menang jek kerja dalam membalas komen dari orang lain berkenaan status yang dia post.I mean come on people! Mementang cuti sekolah ditambah seminggu lagi memasing banyak habiskan masa kat FB.

I saje jek lah nak komen sebab suka tengok gelagat diorang dan cara diorang menyampaikan luahan perasaan dalam komen tu.Hihihi...lucu sangat.Nama jek cikgu weh.I malas jek nak screenshot.Dahlah semua member dalam group tu bukannya kenal satu sama lain pun.

Ada satu isu ni pasal ada orang cadangkan untuk buat Whatsapp group untuk FB group ni.And again...COME ON PEOPLE WHY DO YOU THINK THIS FB GROUP IS CREATED???!

Dan konon ada orang nak bagi cadangan lagi bernas ialah, "whatsapp group dah banyak sangat ni.semak jadinya.so apa kata kita buat Telegram group?"

FACEPALM PLEASE!!?

Telegram group ni setahu saya boleh muat 200 people jek dalam satu group.Members dalam FB group tu last time I checked was 2,000 members k.Tak tahu lah sekarang ni lagi berganda members nya.Yang komen tinggal no phone nak suruh add dalam Telegram group tu ialah dah lebih 200 komen.K selamat maju jaya.


p/s: petang tadi pun masih ada lagi yang tinggalkan no phone kat ruangan komen.Sabar jek lah..moga anda akan di add oleh admin.








3 comments:

Fairy said...

/FACEPALM HARD\

Aishah Amin said...

Saya suka je FB Group. untuk business, lain kot dr Telegram. sebab boleh archive docs, slide etc.

Yang sama tu FB Chat kan?

Aishah :)

Aishah Amin said...

Sorry..yes why kena ada group lagi satu..motif?
hhahaha