Monday, January 12, 2015

Keburukan Diri yang Mengada

Semalam sebelum tidur tetiba saya terfikir yang saya banyak keburukan yang memang mengade.Maksudnya ah orang lain boleh apsal kau tak boleh pulak ni?

Tanpa membuang masa sebab saya agak penat sikit hari ni maka nya mari saya listkan apa yang keburukan mengade itu..

1. Tampal sticker.Bagi saya sangat susah nak tampal sticker tu bagi betul2 center.Contohnya nak tampal iphone sticker home button jek pun tapi sebab tangan ni shaking maka yeah tak center kedudukan.Contoh sticker lain ialah tampal sticker P kat kereta,termasuk sticker Mcd,roadtax.Apa2 kerja yang perlukan detail ni memang I tak boleh.Nanti renyuk lah kedut lah.Even nak decorate dinding kelas pun I rela I yang lukis or warnakan ke or tolong guntingkan ke but bab2 tampal ni yes dipersilakan volunteer untuk menolong saya.

2. Barang or makanan or minuman diikat dengan getah.Guess what bebeh.Beli air milo ais bungkus dan bawak balik class suruh budak lelaki tolong bukakkan untuk I.Yes yes I know right?Tahap mengade sampai macam tu sekali.Bukan I nak mengorat lelaki or ambil kesempatan even boleh jek suruh budak perempuan bukakkan tapi taknak menyusahkan.Susahkan budak laki takpe.hiu hiu hiu..Belilah apa2 pun kat pasar malam.Mee kari,sup nasi ayam,sos keropok,soya gula merah.Semua tu suruh orang lain bukakkan because sometimes penjual ni ikat macam nak mati punya ikatan.Ha biar susah kau nak makan.Tengok jek getah berselirat gitu I terus hurmmm eh U please bukakkan boleh getah ni?hihi..

3. Charge gajet.Phone saya ke phone husband ke powerbank ke mp3 ke laptop ke ipad mini ke semua barang gajet dalam rumah ni saya yang jaga.Nampak bateri nak sikit lagi ke battery low terus saya charge.Saya tak boleh tengok apa2 barang yang bateri low ni.Rasa gelisah.Padahal saya bukan keluar rumah sangat pun.My husband jenis biar jek bateri low sampai off sendiri phone tu baru dia charge.Tapi I tak boleh.Gajet2 family pun saya tolong chargekan even elehhh tak perlu pun.Banyak lagi bateri tapi tah.Resah kemain.

4. Barang tersusun dan still ingat even dah berubah kedudukan.Contohnya masa study UIA dulu saya dan roommate suka share barang especially jubah hitam.Senang nak sarung or pakai kemana mana.Minggu tu saya balik rumah.Sampai jek UIA saya tengok jubah saya yang gantung kat dinding tu berubah kedudukan.Baju depan ke belakang.So saya tanya dia ada tak dia guna jubah tu then dia jawab tadek pun! Jangan nak menipu aaaa.Berubah kedudukan tu mesti hang la pakai takkan hantu kot.Even pinjam iron pun tapi dia pulangkan balik tak letak tempat asal I memang akan ingat.Lipatan sejadah dan telekung,susun buku,susun bantal kat katil,ishh takut pulak dengan keburukan ni..

5. Tak kenal daun.Heeeee saya memang konfius dan pening dan pelupa pasal rupa bentuk daun ni especially bila time memasak.Mak saya suruh ambil daun kari pun saya masih tak ingat rupa dia even baru minggu lepas mak saya tunjuk kat saya.Dan juga daun2 lain.Tabiat ni dah memang dari zaman sekolah.Dia suruh beli daun kesum ke apa daun sup tu tah.Terus I gi tanya orang yang jual daun2 masakan kat situ.Biarlah nak malu pun...kihkih.So far husband tadek lagi suruh ambik or petik daun apa2 ke...


p/s : mestilah banyak lagi keburukan yang mengade tapi yang ni jek lah femes.tadek lah mengade sangat kan.macam comel jek ROFL hilang penat.


2 comments:

Asfan Ash said...

yahudi betul makan mcD

cEro said...

Bab barang berubah kedudukan tu, aku pon sama.
Walaupon bilik berselapah macam neraka, tapi aku ingat semua kedudukan barang n baju, yg kecik atau yg besar...
So bila berubah, aku akan cari sampai dapat sape yg ubah. Siaplah!!!