Saturday, March 28, 2015

Healthy Food

My mom shared some tips on our whatsapp group about..you know eat healthy food and stuff.I thought I would like to share it.

All pictures. Don't worry.











Ok no more fries after this.and doughnuts.and cookies.and processed meats. At least we got to do something about it, right? For our body.

Happy eating!


Wednesday, March 25, 2015

25.3.2015

Banyak perkara untuk tarikh ni sahaja.

Genap kapel 10 tahun.hihihi

Hari ni lawatan ke Kidzania.senang lah tak perlu mengajar hari ni hihihi

Dapat gaji.lalala~~

Ada exam malam ni.


Semoga bertabah lah saya.mohh leee lunch jap gi makan meatball.ke steak?






Saturday, March 21, 2015

Sempat

Semalam terlalu letih dan kekenyangan.sampai rumah pukul 12.45am.tukar baju terus baring sambil melayan whatsapp.si suami dah pergi ambil wudhuk kat bilik air bawah dan terus naik atas masuk bilik dan solat Isyak.

Si suami menyuruh saya solat Isyak dulu baru tidur.kebiasaannya memang saya akan tidur dulu dan set alarm pukul 4 or 5 pagi untuk bangun solat Isyak.

Degil kan?

Bangun tadi tepat pukul 5.55am.agak gelabah nak ambik wudhuk lagi nak bentang sejadah lagi nak pakai telekung lagi.

Kan dah padan muka.

Ngam ngam jek habis berdoa dan usap ke muka terus kedengaran imam surau belakang rumah melaungkan azan Subuh.selalunya tak seawal ini.azan dalam phone pun tak bunyi lagi.

Awal atau lambat ke azan Subuh tu saya masih bersyukur sebab masih sempat solat Isyak tadi.yup nasib baik sempat.

Pengajarannya ialah apa2 solat fardhu yang lima tu please lah solat tepat pada waktunya sebab macam mana Allah nak cepat makbulkan doa kita sedangkan kita pun bertangguh bila nak solat?melambat2kan solat?Allah pun melambat2kan la permintaan kita.ini baru adil sebab Allah memang Maha Adil.

Kita memang tak malu kan? :(

Wednesday, March 18, 2015

Cuti Sekolah

Whenever we go shopping for groceries, my niece Kaheesha will do something like this.. 



At home she really likes me drawing her fingers like this..in my new notebook I just bought earlier today in Putrajaya book festival...



How's your school holidays guys?Err...ada ke budak sekolah baca blog saya ni?lelss sorry korang update via phone jek ni.malas nak transfer gambar.

Monday, March 16, 2015

Wakenabeb

ini nama salah satu rancangan nak prank orang kat ntv7 dulu.zaman dulu lah tak ingat tahun bila.lebih kurang sama dengan rancangan Kamera Apo?

sebelum rancangan tersebut disiarkan di TV Malaysia,seluruh ahli keluarga besar saya memang suka prank orang.terutama time nak balik kampung/rumah/time balik raya.

zaman sekolah dulu kalau nak balik kampung memang kitorang tak call pun arwah nenek or siapa2 yang ada kat kampung time tu.konon2 surprise.walaupun dah buat banyak kali tapi arwah nenek masih tak dapat nak rasa yang kitorang buat wakenabeb.

contoh situasi:

"Ana,balik Pekan tak minggu ni?"
"tak balik pun Ummi.."
"oh semua dok balik.aku masak sikit jek lah lauk hari ni.."

kekadang sedih jugak dengar dia cakap macam tu.tapi...kitorang buat surprise tadaa!

lepas letak phone terus kitorang hon kereta kat depan rumah arwah nenek.ececeeyyy dia punya berseri muka tengok anak cucu dia balik kemainnnn.

selalunya kami adik-beradik yang selalu menghasut mama jangan bagitau kitorang nak balik.kuikuikui..

bila arwah dah tadek...kakak saya penyambung kuat tradisi ni yang dia sendiri gelarkan sebagai wakenabeb.padahal surprise pun boleh doh.wakenabeb kepada parents sendiri pulak.

...dan tradisi ini masih aktif sampai sekarang di mana dia kata nak balik kampung esok tapi tengah malam sebelum esok tu dah sampai tercongok depan gate rumah siap bunyikan bell tanpa henti.

korang semua tak pernah praktikkan ke wakenabeb kat orang tersayang?heeee

Friday, March 06, 2015

Sukin

mesti korang tatau mende sukin ni kan?

ni nama baru saya kat sekolah setelah saya jadi guru ganti cikgu yang bernama Asyikin sebab dia dah berpindah ke sekolah lain.

Su + Kin = Sukin

ciss...tapi ni digelar oleh cikgu2 lelaki kat sekolah.diorang memang suka menyakat cikgu2 baru terutama saya.adakah saya senang disakat orang?

terpaksalah terima sebab nak bonding dengan diorang ni bukan senang.nanti nak buat kerja sama2 lagi senang sebab dah tak segan sipu2 malu macam mula2 posting dulu.

sebelum ni saya pernah relief class cikgu PJ, Math, pastu tiga minggu ganti cikgu yang baru berpindah jugak tapi ajar Bahasa Inggeris.lepas tu dah ada cikgu baru lain yang masuk saya kembali mengajar Pendidikan Islam.tiga hari jek lepas tu kena jadi Sukin pulak.kena mengajar BM, DST, PK.wah wahhh lepas tu kena jadi guru kelas 3F pulak tu.paham2 lah kome kelas hujung2 ni..

so bila kita pergi ke kantin or terserempak dengan budak2 ni kat sekolah, ada yang panggil saya teacher, ustazah dan yang latest ni panggil cikgu.saya dah macam pening ni.budak2 lagi lah pening sebab diorang keliru saya ni mengajar apa sebenarnya dan nak kena panggil apa.

tapi mengajar tahun 1 lah best sebenarnya sebab dah mengajar lama.walaupun saya garang tapi diorang ni still cakap hai kat saya bye bye kat saya lah time nak balik.eh macam baik lah pulak korang ni.sebelum ni macam lahanat jugak perangai.hihi

yelah takpelah sukin pun sukin lah.yang penting kerja siap.

k bye esok sekolah.sukin nak tidur dulu.night!

Tuesday, March 03, 2015

Cita-Cita

saya pun ada cita-cita jugak tapi pekerjaan saya sekarang bukanlah cita-cita asal saya.

banyak sangat cita-cita tapi saya ingat yang first jek.

sebelum tu saya nak kongsi apa cita-cita bekas anak murid saya masa saya mengajar kat Kuantan dulu.

dia murid lelaki.sangat handal bermain sukan squash.masuk macam2 pertandingan dalam berbagai-bagai peringkat.

tapi cita-cita dia nak jadi seorang jurulatih squash yang hafiz.maksudnya jurulatih squash tapi at the same time seorang tahfiz jugak.ok ini sangat rare.sekarang dia dah form 2.masih aktif main squash tapi tak tahu dia sekolah mana.

cita-cita husband saya masa kecik2 dulu ialah....nak jadi ahli bomba sebab boleh tolong padamkan api katanya.bila dah boring dengan cita-cita tersebut dia pun teringin nak jadi orang angkut sampah yang bertenggek kat belakang lori sampah tu.sebab katanya best berangin rasa macam boleh terbang lah apa lah.padahal busuk kot..

watak Draco Mafoy dalam Harry Potter tu saya pernah baca dalam magazine kan katanya masa kecik dia nak jadi fisherman.k nelayan lah kan?pelik2 sungguh cita-cita diorang masa kecik ni.

saya?dari dulu lagi nak jadi orang yang tunjuk arah time nak reverse kereta masuk or keluar parking.ikikiki tapi bila tak jadi tu setakat jadi time husband nak reverse kereta pun boleh.saje mengade.

"ha ok ok lagi lagi lagi boleh lagi ok ok boss undur lagi boss.ok oppp oppp"

ada siapa2 nak offer part time job ni kat saya?


Monday, March 02, 2015

Jangan Main

Yup jangan main main beb.I ternampak poster ni time nak tunggu cerita Kingsman minggu lepas.perghh tak sangka kan?tak pernah dengar promosi ke apa pun?

Haa seram poster ke seram manusia yang tengah posing comel tu?hihihi 


Sunday, March 01, 2015

Review Kingsman: The Secret Service

last night tengok movie ni kat Aeon Kepong.so here it goes the humble and honest review.hihi...

- british accent sangat lah pekat dan melampau.ada guna word aite instead of right.contohnya you know, right? you know, aite?ah lebih kurang lah gitu.

- watak Lancelot dan Eggsy ni lah yang ramai sangat adore ni.ohhh...kenapa tak Valentine?lulz

- time scene yang Harry bunuh semua orang dalam church tu saya dah lost sikit sebab huh misi Valentine ni apa sebenarnya?dia dah keluar church tu baru saya tahu.lambat kan?

- terlalu banyak guna word 'fuck'.sangat banyak.

- si Arthur tu saya dah boleh agak mesti watak yang 'surprise'.haa kena tengok sendiri.

- scene yang bilik diorang tetiba dipenuhi air tu macam tak logik.takkan si Eggsy ni begitu kuat sampai boleh _______________ k tengok sendiri.haha

- paling suka ialah scene parachute. hihihi I love it!

- Eggsy sangat macho habis bila pakai sut dia tu.

- minah pisau di kaki tu memang bedebah.haha

- scene last yang dengan princess tu memang tuutttttt dan last scene lagi satu yang ulang balik scene Harry buat kat geng2 gangster poyo.k tak paham kan?gi ah tengok.


p/s: overall yes this movie should be watched!