Saturday, March 21, 2015

Sempat

Semalam terlalu letih dan kekenyangan.sampai rumah pukul 12.45am.tukar baju terus baring sambil melayan whatsapp.si suami dah pergi ambil wudhuk kat bilik air bawah dan terus naik atas masuk bilik dan solat Isyak.

Si suami menyuruh saya solat Isyak dulu baru tidur.kebiasaannya memang saya akan tidur dulu dan set alarm pukul 4 or 5 pagi untuk bangun solat Isyak.

Degil kan?

Bangun tadi tepat pukul 5.55am.agak gelabah nak ambik wudhuk lagi nak bentang sejadah lagi nak pakai telekung lagi.

Kan dah padan muka.

Ngam ngam jek habis berdoa dan usap ke muka terus kedengaran imam surau belakang rumah melaungkan azan Subuh.selalunya tak seawal ini.azan dalam phone pun tak bunyi lagi.

Awal atau lambat ke azan Subuh tu saya masih bersyukur sebab masih sempat solat Isyak tadi.yup nasib baik sempat.

Pengajarannya ialah apa2 solat fardhu yang lima tu please lah solat tepat pada waktunya sebab macam mana Allah nak cepat makbulkan doa kita sedangkan kita pun bertangguh bila nak solat?melambat2kan solat?Allah pun melambat2kan la permintaan kita.ini baru adil sebab Allah memang Maha Adil.

Kita memang tak malu kan? :(

4 comments:

Zyra Roxx said...

kalau gua, memang tak bangun dah lah sbb tu gua suka solat isya awal, lepastu boleh buat apa sesuka hati, wee

cEro said...

Hmmm..kenapa ni?
Kenapa rasa macam pedih je dlm hati ni??
Kenapa macam terasa je ni...hehe

Aujinz said...

Ingatkan set jam awal nak bangun Tahajjud.. koh koh koh...

Lenkali jangan lawan kata suami. Haishhh...

Aku lagi suka awal. Sebab lepas tu hati tenteram jer nak buat apa pun. koh koh koh

Miss Fireflies said...

ojin: alaaa jarang la aku bangun pagi solat isyak sebab hari tu jek aku penaattttt sangat.haha

cero: mohon terasa bersama sama ye cero

zyra : ecececeeyyyyy