Friday, March 06, 2015

Sukin

mesti korang tatau mende sukin ni kan?

ni nama baru saya kat sekolah setelah saya jadi guru ganti cikgu yang bernama Asyikin sebab dia dah berpindah ke sekolah lain.

Su + Kin = Sukin

ciss...tapi ni digelar oleh cikgu2 lelaki kat sekolah.diorang memang suka menyakat cikgu2 baru terutama saya.adakah saya senang disakat orang?

terpaksalah terima sebab nak bonding dengan diorang ni bukan senang.nanti nak buat kerja sama2 lagi senang sebab dah tak segan sipu2 malu macam mula2 posting dulu.

sebelum ni saya pernah relief class cikgu PJ, Math, pastu tiga minggu ganti cikgu yang baru berpindah jugak tapi ajar Bahasa Inggeris.lepas tu dah ada cikgu baru lain yang masuk saya kembali mengajar Pendidikan Islam.tiga hari jek lepas tu kena jadi Sukin pulak.kena mengajar BM, DST, PK.wah wahhh lepas tu kena jadi guru kelas 3F pulak tu.paham2 lah kome kelas hujung2 ni..

so bila kita pergi ke kantin or terserempak dengan budak2 ni kat sekolah, ada yang panggil saya teacher, ustazah dan yang latest ni panggil cikgu.saya dah macam pening ni.budak2 lagi lah pening sebab diorang keliru saya ni mengajar apa sebenarnya dan nak kena panggil apa.

tapi mengajar tahun 1 lah best sebenarnya sebab dah mengajar lama.walaupun saya garang tapi diorang ni still cakap hai kat saya bye bye kat saya lah time nak balik.eh macam baik lah pulak korang ni.sebelum ni macam lahanat jugak perangai.hihi

yelah takpelah sukin pun sukin lah.yang penting kerja siap.

k bye esok sekolah.sukin nak tidur dulu.night!

4 comments:

cEro said...

Maafkan manusia purba seperti saya,
tapi DST tu apakah???

Adik beradik GST ke??

Aujinz said...

iyerlah Sukin... iyer laaa...

ang ang ang... totemo dai sukin.. Dora e.. mommmmmmmm


koh koh koh

Miss Fireflies said...

kakaka tak terfikir aku lirik lagu doraemon cenggituuuuuu

Zyra Roxx said...

kalau kat sekolah dulu, jadi ciken (ticer+syikin)