Monday, March 16, 2015

Wakenabeb

ini nama salah satu rancangan nak prank orang kat ntv7 dulu.zaman dulu lah tak ingat tahun bila.lebih kurang sama dengan rancangan Kamera Apo?

sebelum rancangan tersebut disiarkan di TV Malaysia,seluruh ahli keluarga besar saya memang suka prank orang.terutama time nak balik kampung/rumah/time balik raya.

zaman sekolah dulu kalau nak balik kampung memang kitorang tak call pun arwah nenek or siapa2 yang ada kat kampung time tu.konon2 surprise.walaupun dah buat banyak kali tapi arwah nenek masih tak dapat nak rasa yang kitorang buat wakenabeb.

contoh situasi:

"Ana,balik Pekan tak minggu ni?"
"tak balik pun Ummi.."
"oh semua dok balik.aku masak sikit jek lah lauk hari ni.."

kekadang sedih jugak dengar dia cakap macam tu.tapi...kitorang buat surprise tadaa!

lepas letak phone terus kitorang hon kereta kat depan rumah arwah nenek.ececeeyyy dia punya berseri muka tengok anak cucu dia balik kemainnnn.

selalunya kami adik-beradik yang selalu menghasut mama jangan bagitau kitorang nak balik.kuikuikui..

bila arwah dah tadek...kakak saya penyambung kuat tradisi ni yang dia sendiri gelarkan sebagai wakenabeb.padahal surprise pun boleh doh.wakenabeb kepada parents sendiri pulak.

...dan tradisi ini masih aktif sampai sekarang di mana dia kata nak balik kampung esok tapi tengah malam sebelum esok tu dah sampai tercongok depan gate rumah siap bunyikan bell tanpa henti.

korang semua tak pernah praktikkan ke wakenabeb kat orang tersayang?heeee

4 comments:

cEro said...

Masa sekolah asrama dulu aku selalu jgak balik rumah tak inform kekonon nak surprise...
Last2 aku sendiri yg kena marah sbb tak bgtau...hahaha

Aujinz said...

Aku selalu buat kat mak aku.
Kabo tak balik, tapi lepas tu menjongol depan pintu.. koh koh koh

Zyra Roxx said...

gua pernah buat kat kakak gua. tapi gua yang jadi wakenabeb akhirnya sbb setibanya gua ke rumah beliau, dia takdak sbb balik ke kampung mertua T_T

Miss Fireflies said...

Paling sadis adalah kisah Zyra sebab sampai rumah jek tadek orang dan terkena wakenabeb sendiri lulzzz