Wednesday, April 29, 2015

One Step At A Time



Kalau faham ok lah.kalau tak faham lantak hang laaaa bukan dapat hadiah pun.lulz.

Saturday, April 25, 2015

Review Avengers : Age of Ultron

Wayang pukul 10pm.
Tarikh 24.4.2015
Tempat wayang kat OU.

- mula2 keliru dengan movie yang sama saya tengok tahun lepas iaitu Captain America.

- Stark orang first kena dimanipulasi minda oleh Scarlet Witch or Wanda.

- Nat ni telah dimandulkan.

- Thor suka buat lawak.

- saintis korea tu macam suka Thor.haha

- Loki tadek dalam movie ni.for me it was a big dissapointment lah sebab dia....I suka.haha

- ultron sebenarnya jahat.ada lagi sekor tu baik tapi saya panggil ultron yang baik padahal nama dia Vision.

- baru saya tahu yang avengers main arrows ni ada family dah.

- semua orang tak boleh angkat hammer Thor even semua orang dah try.Captain try angkat dan bergerak sikit ah hammer tu.cuak jugak muka Thor sebab dia kata siapa yang boleh angkat hammer dia orang tu boleh.....K fine korang tengok sendiri.

- ada jugak akhirnya makhluk yang boleh angkat hammer si Thor tu.k suspen tak?haha

- ada makhluk kaler biru untuk avengers akan datang.

- ada sorang mati dalam movie ni.

Harap maklum.overall saya rasa movie ni  8/10 jek rating dia.


Korang please enjoy jek la gambar yang saya ambil semalam sementara nak bunuh masa tunggu wayang start.lol

Friday, April 24, 2015

Orang Gaji

Dari kecil lagi kami adik beradik dah merasai hidup dengan ramai orang gaji dari pelbagai tempat asal usul dan bangsa.haaaa panjang kan ayat?

Tapi niat sebenar parents saya upah orang gaji sebab time tu kitorang kecil lagi.sekolah rendah.balik sekolah tak tahu nak makan apa.nak jaga rumah.nak kunci pintu tingkap lah apa semua.mak saya tak yakin bab tu jek.bila dah naik sekolah menengah dah hapus dah orang gaji dalam rumah.hihihi

Tapi ada sorang orang gaji yang jaga saya dulu yang saya paling tak ingat.maybe dia jaga saya time baby or before masuk tadika.sebab saya masih ingat time tadika siapa yang jaga saya.

Pernah beberapa tahun lepas orang gaji misteri ni datang rumah dan tinggalkan nota dalam peti surat.time kami sekeluarga balik kampung.sampai sekarang saya masih simpan nota tu dalam purse saya dan...tak pernah ambil tindakan apa2 pun bila baca nota tu.

Saya dah lupa laaa dia ni siapa.





Monday, April 20, 2015

The Gorpis

Ok tentang ig goreng pisang cheese ni saya follow sebab pernah tengok video kat ig Neelofa.perghhh dia makan rangup sekali bunyi pisang goreng tu.

So if you want to know more and maybe nak try lah kan do follow ig diorang @thegorpis .mana tau dekat jek dengan rumah korang kan?

Masa tak flexible sangat lah sebab time ni selalu saya dah ke sekolah dan balik pun time maghrib.weekend boleh la itupun beratur.nak whatsapp pun lambat 5 minit jek terussss tak dapat order awal so kena pi sana beratur macam orang lain.

Happy eating! 

Saturday, April 11, 2015

Nic & Mar "Bonjour, Paris!"

sepatutnya hari ni habis sekolah saya tidur jek terus sebab tadi ada sukan tahunan.anyway rumah TDI iaitu rumah biru dapat no 3 okayyy haha padahal jerit jek lebih tadi time tarik tali,bukan saya yang tarik.lulz

disebabkan terlalu sibuk 2 3 minggu ni dan ditambah dengan kepenatan melampau sampaikan sampai rumah pun tak mengantuk sebab terlalu penat.masa saya diisi dengan menonton ulangan AADC 2014 di youtube.tiba-tiba...

ternampak drama pendek terbaru dari LINE INDONESIA.layan romantik drama sebab..maybe dah lama tak layan drama or movie?romantik tapi nak versi lain.taknak versi melayu.jom sesekali tengok romantik indon best jugak nak hilang penat.

latest episode published on 2 April 2015 rasanya.so kiranya saya tak lah slowpoke sangat.....kan?

mari viralkan!!!







anyway Nic dan Mar ni Mar tu Markonah tau.bukan Mariana.kakakaka kemain saya jugak nak Mar ni.comel!

p/s: anyway lagi episode 4 tu published on March 25th.ehem ehem eheemmm.ok bebeh enjoy your weekend!

Friday, April 03, 2015

Bye Apple.Hello GST

Setelah 4 tahun guna android iaitu LG Optimus One, HTC Wildfire dan Samsung Galaxy S2, saya yakin saya memang perlu bertukar atau kembali semula kepada android sebab..

1 tahun 5 bulan saya dah guna ios iaitu Ipad Mini dan iPhone 5..so now I dah ada android semula.hihihi GST pun kena..rugi pulak tak beli before 1 April.zzz

Nak bayar guna card pastu dia kata charge GST 2% terus lah gelabah pergi ambil cash.

Tajuk berita nanti keluar "seorang guru telah menggelabah sendirian di sebuah shopping mall terkemuka di ibu kota kerana tiada cash."

Macam mana pulak tau aku ni guru kan?kuikui

Teka aaa kita beli phone apa.hihi