Friday, May 22, 2015

Tindik

bertindik ni setahu saya untuk perempuan jek.ni pemikiran time maybe 15 tahun lepas.sekarang macam semua jantina boleh tindik even ada yang kurang bersetuju.lantak hang lah.

saya bertindik telinga ketika umur 7 tahun.semua adik-beradik perempuan ke sepupu2 ke memang tradisi agaknya tindik telinga awal2.ada orang sebelum masuk tadika dah tindik telinga.eeeee takut!

kelemahan saya ialah saya malu nak nangis ke nak jerit2 ke depan orang ramai.kat public places lah selalunya.kat rumah kalau ada tetamu datang pun saya tahan jek nangis.malu punya pasal.agak kagum dengan kanak2 lain yang berani menangis depan orang ramai.

anyway,disebabkan kelemahan itu makanya bila dibawa ke kedai barang kemas nak tindik telinga tu saya diam.padahal dalam hati membara lah ni nak nangis sebab takut sakit ditindik.ye ahhh cina tu guna alat yang macam rupa pistol tu.mahu kau tak seram.mata ni memang dah penuh macam air penuh dalam gelas tunggu masa nak tumpah jek.tapi ku tahan ku tahan jebat.

habis tindik jek,dalam kereta sampai balik rumah saya masih diam.entahlah pelik dan terkejut sebab ada sesuatu di telinga.rasa lain.tak biasa.dan tak faham kenapa perempuan kena tindik telinga.

sekarang ni lubang tindik ni macam dah tertutup jek sebab bertahun jugak la tak pakai subang.

korang bila start bertindik telinganya?mohon yang perempuan jek komen.laki nak share pengalaman nak tindik pun boleh ajeeee.tapi saya akan rasa pelik lah tu jek.lol

6 comments:

Zyra Roxx said...

gua bertindik time umur 8 tahun. actually ada buat entri fasal hal tersebut. sampai sekrang pakai subang sbb tak rock kalau tak bertindik. ingat nak tindik lebih dari satu tapi nanti kena tuduh 'sosial' pulak oleh sedagha magha =.=

Miss Fireflies said...

Kau jgn nk ngengade tindik kt tmpat lain pulak!

cEro said...

Masa kecik dulu aku pernah ikut mak aku buat tindik telinga utk adik perempuan aku,
dalam hati aku berangan bila besar nanti nak tindik laa, baru cool...

Rupanya laki tak boleh tindik.
Tak salah aku, lelaki bertindik tak boleh walikan anak perempuan dia.

Aujinz said...

Nasib baik aku tak komen

Miss Fireflies said...

Aah laki xleh tindik

Miss Fireflies said...

Ni kau komen.haha