Friday, June 26, 2015

Tazkirah 9 : Memelihara Mata

3 perkara besar iaitu didikan, perhatian dan ancaman.

1. Ta'dib (didikan)
2. Perhatian
3. Ancaman

Rasulullah bersabda, "sesungguhnya memandang kepada keelokkan seseorang perempuan itu merupakan satu panahan daripada anak2 panah syaitan, sesiapa yang meninggalkannya maka diberi oleh Allah kepadanya kenikmatan beribadah".

Berkata Zun Nun al-Masri, "sebaik-baik perkara yang menghalang syahwat itu adalah dengan menundukkan pandangan".


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Thursday, June 25, 2015

Tazkirah 8 : Mengingati Mati

Ditanya kepada Rasulullah siapakah orang yang cerdik. Baginda menjawab, "orang yang paling banyak mengingati mati dan memperelok persediaan menghadapinya".

Orang yang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :

1. Segera bertaubat
2. Qanaah (berasa cukup) dengan rezeki yang ada
3. Cergas beribadah

Orang yang lupa pada kematian di timpa dengan 3 perkara :

1. Melengahkan taubat
2. Tidak reda dengan rezeki yang sedikit
3. Malas beribadah

Mati tidak menunggu tua atau menunggu sakit. Ia boleh datang bila-bila msa. Bersediakah kita?

insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Wednesday, June 24, 2015

Tazkirah 7 : Jangan Pecahkan Perisai

Puasa yang dikiaskan oleh Rasulullah sebagai perisai bagi orang beriman.

Sehubungan itu, Rasulullah juga memberi peringatan kepada kita agar menjaga perisai ini daripada dipecahkan dengan dosa-dosa anggota tubuh badan kita.

Rasulullah telah bersabda, "cungkillah gigi-gigimu". Mereka berkata, "hari ini kami tidak makan sedikit daging pun". Rasulullah bersabda, "daging saudaramu si polan terselit di celah gigimu". Dapat diketahui bahawa mereka telah mengumpat seseorang.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Tuesday, June 23, 2015

Tazkirah 6 : Kewajipan Menjauhi Perkara Haram

"Tuhanku hanya mengharamkan segala perbuatan keji yang terzahir dan yang tersembunyi, perbuatan dosa, perbuatan zalim tanpa alasan yang benar, dan (mengharamkan) kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu, sedangkan dia tidak menurunkan alasan untuk itu, dan (mengharamkan) kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui".

(Surah Al-A'raf, ayat 33)


"Dan janganlah kamu mendekati harta anak2 yatim, kecuali dengan cara yang bermanfaat, sehingga dia mencapai (usia) dewasa. Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani seseorang melainkan mengikut kesanggupannya. Apabila kamu berbicara, berbicaralah sejujurnya. Walaupun dia kerabatmu dan penuhilah janji Allah. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengambil perhatian".

(Surah Al-An'am, ayat 152) 


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Monday, June 22, 2015

Tazkirah 5 : Memilih yang Halal itu Fardhu

Memilih dan mencari yang halal bukan hanya pada makanan sahaja tetapi kita perlu memilih yang halal dalam segenap lapang kehidupan. Antaranya:

1. Sumber rezeki yang halal. Tidak memperolehinya melalui cara menipu, mencuri, rasuah, memperdaya orang lain dan sebagainya.

2. Bermuamalah dengan sistem Islam. Tidak terlibat dengan riba, judi dan gharar dalam urusan perniagaan, pinjaman bank, insurans dan sebagainya.

3. Menjaga batas syarak dalam pergaulan seperti menutup aurat, menjauhi zina, berakhlak dengan akhlak Islam dan sebagainya.


p/s: gharar tu apa?tak sempat google.



insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Sunday, June 21, 2015

Tazkirah 4 : Memohon Keampunan Allah

Ramadhan adalah kesempatan yang terbaik bagi kita untuk mendapat keampunan Allah.

Sabda Rasulullah "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka Allah ampunkan dosanya yang telah lalu".

Sewajarnya kita takut akan peringatan Rasulullah dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud "celakalah orang yang mendapat bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Saturday, June 20, 2015

Tazkirah 3 : Kembali Kepada Allah (Taubat)

Bertaubat daripada setiap dosa adalah wajib. Bertaubat bererti kembali menginsafi kesalahan dosa lalu memohon keampunan dari Allah. Untuk bertaubat manusia perlu kepada tiga syarat. Pertama, menghentikan diri daripada melakukan dosa. Kedua, menyesali perbuatan dosanya dan ketiga, berazam untuk tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.

Sekira dosanya berkaitan dengan seseorang, ditambah syarat keempat iaitu meminta kelepasan dari orang itu. Jika berkaitan harta, perlu dikembalikan, jika berkaitan tuduhan, perlu digugurkan dan memohon kemaafan. Jika berkaitan umpatan, perlu meminta kelepasan daripdanya.

Orang berpuasa seharusnya banyak beristighfar memohon keampunan. Dengan berpuasa, keharaman melakukan maksiat bertambah kuat. Jika seseorang berpuasa tetapi maksiat tetap dilakukan, tentulah pahala puasa menjadi korbannya.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Friday, June 19, 2015

Tazkirah 2 : Ilmu Penyuluh Kehidupan

Sabda Rasulullah "sesiapa yang Allah inginkan untuknya kebaikan nescaya Allah beri kepadanya kefahaman ilmu agama".

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Antara ilmu yang perlu diutamakan:

1. Ilmu mengenal Allah
2. Ilmu yang membawakan kepada betulnya ibadah
3. Ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah

Niat untuk menuntut ilmu hendaklah ikhlas kerana Allah. Selain ilmu fardhu ain, umat Islam juga mesti menguasai pelbagai jenis ilmu duniawi seperti sains dan teknologi untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Thursday, June 18, 2015

Tazkirah 1 - Hidayah Menuju Jalan Allah

Apabila hati seseorang tergerak untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah, maka itu adalah tanda dia telah diberi hidayah oleh Allah. Hidayah Allah adalah sesuatu yang terlalu besar nilainya. Kita perlu berusaha untuk mendapat hidayah Allah sama ada dengan berdoa atau bermujahadah dijalanNya.

Sebagaimana firma Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang berjihad di jalan Kami (Allah) maka Kami akan tunjukkan bagi mereka jalan Kami".




insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Thursday, June 11, 2015

Jimat Bateri

kebanyakan manusia kat bumi ni mesti dah mampu guna telefon pintar kan?tak semua manusia tapi kebanyakannya lah.

so masalah yang selalu dihadapi mestilah masalah bateri cepat kong.saya ada cara sendiri nak jimatkan penggunaan bateri.cewaahh mungkin cara saya ni boleh dikatakan sangat lame.oh so lame gitu.tapi takpelah nak share jugak.lol

first,jangan sentiasa on mobile data or wifi kalau tak digunakan.yelah takkan 24/7 hidup korang dengan phone jek kan?takkan 24/7 nak surf internet,nak tweet,nak update blog,nak instagram whatsoever kan?so off jek mobile data dan wifi tu.nak guna baru on.taknak guna off.begitu juga dengan on location tu.on bila nak cari tempat jek lah or update weather ke check in.lepas tu off balik.kekadang bab turn on location ni saya lah selalu lupa nak off.

second,jangan charge lama sangat phone korang tu.bila dia kata dah full charged or unplug charger maksudnya memang dah full 100%.tak perlu charge sampai 2 3 jam kekonon bateri phone akan dapat full sejauh rindu 200%.dah jangan nak mengarut.bila korang charge terlalu lama,buat hari2 pulak tu nanti ada lah kes bateri kembung lah,bateri cepat low lah,phone teroff sendiri lah.

third,pasal charging jugak.elakkan charge time korang tidur.yelah tidur malam tu.katakan korang tidur pukul 12 pastu start charge phone sampai subuh.the hell menggg?kalau ikut cara saya macam ni jek.tak kiralah berapa % bateri tinggal saya akan biarkan jek dan set alarm lah pukul 4 ke 5 pagi bangun charge phone.sempat jek full kalau korang nak gi kerja pagi tu.saya tak suka sangat guna powerbank.nanti asik online jek..

tapi sebab saya sekolah petang so yess saya akan charge sejam awal sebelum gi sekolah.he he he..kalau full charge sampai balik rumah pun ada lagi dalam 80%.nampak tak?

fourth,sememangnya memang salah korang sendiri sebab selalu main phone.selalu online.selalu check in.selalu tweet.selalu ahh macam2 lah tanpa limit.so tanggung sendiri bila bateri ada problem.kosserr aku nak nasihat lagi.

nak selamat guna lagi satu phone yang untuk call dan sms jek tu.senang.nanti emergency kereta buat hal tengah2 highway ke boleh call mereka yang berkenaan.kalau smartphone habis bateri..terlupa bawak powerbank lagi...prepaid expired lagi...aiyookkk.

nasihat dan cadangan jek.korang ada cadangan lain?




Wednesday, June 03, 2015

Game Apps

Walaupun dah tukar phone dari android ke ios dan kembali semula kepada android saya mesti akan install satu game ni jek.wajib.Uno.

Dalam Galaxy Apps (kantoi guna Samsung) rupanya baru saya tahu ada banyak game yang lagi best dari dalam Play Store dan Apps Store.kalau korang guna Samsung dan OS korang dah Android KitKat and above..mesti ada Galaxy Apps ni dalam phone korang.built-in app lah kot orang kata.

Maybe korang rasa biasa jek lah kot game yang saya nak share ni.tapi kalau dah ada dam ular ni...haha addicted semakin teroxxx.

Korang ada idea tak nak install game apa?