Monday, June 22, 2015

Tazkirah 5 : Memilih yang Halal itu Fardhu

Memilih dan mencari yang halal bukan hanya pada makanan sahaja tetapi kita perlu memilih yang halal dalam segenap lapang kehidupan. Antaranya:

1. Sumber rezeki yang halal. Tidak memperolehinya melalui cara menipu, mencuri, rasuah, memperdaya orang lain dan sebagainya.

2. Bermuamalah dengan sistem Islam. Tidak terlibat dengan riba, judi dan gharar dalam urusan perniagaan, pinjaman bank, insurans dan sebagainya.

3. Menjaga batas syarak dalam pergaulan seperti menutup aurat, menjauhi zina, berakhlak dengan akhlak Islam dan sebagainya.


p/s: gharar tu apa?tak sempat google.



insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

2 comments:

cEro said...

Dalam bahasa, Gharar bermaksud ketidakpastian.
Tapi gharar dlm sistem muamalah lebih terperincin bermaksud terdapat sesuatu yg disembunyikan dlm urusniaga atau jual beli.
Jika ada sesuatu yg tak pasti, contohnya dr mana datang atau ke mana perginya duit itu, maka itulah yg disebut gharar...kot?

Actually aku pun tak pasti...hehhee

Miss Fireflies said...

haha thanks cero.actually bukan tak sempat google tapi malas google.lol melayu pemalas