Thursday, June 25, 2015

Tazkirah 8 : Mengingati Mati

Ditanya kepada Rasulullah siapakah orang yang cerdik. Baginda menjawab, "orang yang paling banyak mengingati mati dan memperelok persediaan menghadapinya".

Orang yang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :

1. Segera bertaubat
2. Qanaah (berasa cukup) dengan rezeki yang ada
3. Cergas beribadah

Orang yang lupa pada kematian di timpa dengan 3 perkara :

1. Melengahkan taubat
2. Tidak reda dengan rezeki yang sedikit
3. Malas beribadah

Mati tidak menunggu tua atau menunggu sakit. Ia boleh datang bila-bila msa. Bersediakah kita?

insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

No comments: