Thursday, July 23, 2015

Tips Raya lah ni konon..

tahun ni banyak hari kena ganti puasa and I was like.....erm erm jek lah.

setelah lama hidup ni dan perbezaan hari raya compare dari zaman pakai baju gaun sehinggalah menjadi hijabster tegar ni saya dapat rasakan sangat ketara perbezaannya kemeriahan menyambut hari raya tu.entah apa yang saya taip ni.

ok jom saya kongsi dari pengalaman untuk jadikan raya tu lagi meriah dan perut korang tak meletup secara tiba-tiba mahupun dapat dosa kering ketika on the way balik kampung.lulz..


1. jangan charge phone.memandangkan kita nak amalkan kurangkan main phone ketika hari raya tapi masih nak selfie maka nya korang guna lah phone orang lain yang tak reti bahasa taknak lepas phone dari genggaman.dengan cara ini phone korang juga jimat bateri dan mendapat pujian dari bakal mertua atau...mertua.hikhikhik

2. utamakan orang tua.apa apa yang korang buat semasa puasa dan hari raya ni marilah sama2 memberi perhatian kepada kedua ibu bapa kita dan juga...wait for it...dan juga mertua kita.alhamdulillah lah so far saya dah boleh laksanakan tips ni untuk tahun ini dengan sepenuhnya.sebelum agaknya separa penuh.

3. duit raya.tahun pertama gaji saya dulu pun walaupun tak sampai seribu tapi saya masih mampu bagi duit raya ke kanak2 dan mak ayah dan juga pakcik makcik yang dah bersara dan juga sepupu2 yang masih belajar di uni.korang yang gaji 2k ke atas ni takkan kedekut pulok ye dak?ha malu tak malu tak?paling sikit duit raya saya bagi rm5 jek.pandai2 lah korang imagine saya save berapa duit.kuikuikui

4. belai perut.kakaka apa punya tips ni.perut korang akan terkejut dengan lauk pauk hidangan yang perut korang terima sekali setahun ni.so raya kedua saya bertindak dengan dinner di Burger King.tak lalu dah den nak makan rondang eh.

5. duit syiling.saje nak bagi berat sampul raya kekonon banyak habuannya padahal saya tak suka simpan syiling banyak2.berat handbag berat purse i taaauuuuu.korang letak jek berapa2 pun.rm13.60 ke rm6.40 ke.

6. baju raya.raya pertama nak gi solat raya tu kami yang perempuan ni pakai jubah hitam jek dulu pastu kang balik nak hidang makanan lagi nak kena basuh pinggan lagi berpeluh lagi kat dapur.so pakai baju kurung biasa jek dulu.nak beraya or nak ambil gambar family baru pakai baju raya hang yang paling mahai tuuuu.

7. balik kampung.saya balik Kuantan hari Rabu minggu lepas pada pukul 2 petang.memang jalan line clear beb.depa ni suka gerak bila lepas berbuka or lepas sahur.tu yang jem siput gila babi atas jalan.so korang gerak time tengah hari lah.before berbuka.time siang panas2 terik sebab depa tak suka panas2 ni.kita jek yang suka.haha

sekian.panjang dak entri ni?tak?bagus!


Thursday, July 09, 2015

9.7.2015

"Wake up weh wake up birthday girl!"

Sweet lah konon kejut gitu nak sahur.lulz

Happy 2_th birthday to my dearself.dont worry saya still 2 series.teheee

Ada sebab2 best yang jadi pada hari jadi saya hari ni :

1. Kali kedua sambut dalam bulan Ramadan

2. Dapat gaji.heeee

3. Lahir tepat pada pukul 10 pm so tonight is malam jumaat.harap2 ada keberkatan.

4. Episode last Betty la Fea hari ni wehhhh kat astro bella pukul 5 pm tapi saya tengok ulangan laa sabtu ni.

5. Perasmian proton saga tarikh hari ni jugak tak silap saya.dah google tadi.

p/s : tadi dah update dalam kereta time jem kat MRR2 pastu tadaaa phone restart.ingat tadi terpaksa buka puasa dan celebrate birthday dengan MRR2 dan warga2 marhaen KL dah.

Ketidakpuasanhatiku : ada dua van astro kosong kosong lalu dengan polis jadi eskot.mengada dah la jem hoi sian lah kami rakyat marhaen ni.