Wednesday, October 14, 2015

Allergic Jijik

Salam Maal Hijrah semua.

semoga sihat sihat semuanya.

korang ada allergic to something tak?makanan lah selalunya.bau bauan tatau lah pulak.

saya ni dari kecik memang allergic to seafood. walaupun ada orang cerdik pandai akan tanya saya "ikan pun seafood.apsal kau tak allergic pun?" tapi saya tetap melemparkan senyuman yang paling manis sekali.

seafood ni macam sotong, udang, ketam, kerang dan macam2 lagi lah. yang pernah makan ni jek.tapi sotong dan ketam paling sedap.hihi

selalu kalau makan seafood ni kesannya ialah gatal2 selalunya di bahagian kaki takpun mata.baru2 ni time dinner saya makan sotong.pagi esok makan mee goreng dan dalam tu ada udang.bila nak drive ke sekolah tetiba gatal2 merah2 di kaki.bayangkan mana nak tengok depan lagi.nak garu lagi.nak tekan minyak nak tekan brek lagi.lahabau..

memang dah tahu diri ini tak boleh sangat makan seafood tapi kadang2 tu...nak rasa jugak kan?kalau mak kita masak ketam masak bercili dan sotong bakar haaaa takkan hang nak tengokkkk jek kan??kena makan jugak.nanti kecik hati seorang ibu.ececeyy

dari kecik sampai dah kahwin allergic ni ada.memang tak boleh hilang ke?ke cemana?korang tadek allergic?untunglaaahhhh...

5 comments:

cEro said...

Aku ada alergik dgn ketam sahaja.
Aku tahu sebab masa kecik dulu aku makan ketam, bibir aku besar dan membengkak melebihi angelina jolie.

Dari pembacaan aku, alergik mungkin boleh hilang selepas tempoh masa tertentu bergantung kepada corak kehidupan dan pemakanan.
Kalau kau makan benda yg sama dan hidup cara yang sama dari kecik, kemungkinan alergik kau tak berubah tu tinggi.

We are what we eat, kan?

Aku pun, mungkin aku dah hilang alergik ketam sbb mmg dari kecik aku tak makan ketam dah, tapi aku tak nak cuba makan sebab sengsara bibir bengkak tu tak hilang lagi dari kepala aku...heheheheh

Zyra Roxx said...

aku alergik dgn kopi/nescafe/yg sama waktu dengannya
kalau terkena boleh jadik sesak napas dan rasa nk mati, hahahaha
nk kata alergik caffeine, dlm coklat pun ada jgk. hm hm

tp aku pernah jgk gatal2 sbb mkn sotong, kakak ckp mungkin aku tak boleh mkn sotong yg lama. logiknya mmglah, seafood kena mkn fresh

dan sekrg taste buds aku mintk seafood. ko lah ni punya pasal Kon!

Melissa Muklis said...

hee. sabar lah ya. Lissa tiada allergik setakat ni. semua pun telannn ja. haha. tapi ada orang kata kalau lepas khawin hormon dah berubah, ada certain allergik akan hilang :D

SEO Expert Pakistan said...

what a cool photo.Excellent working
http://www.auratrends.co.uk/
http://grabbit.com.pk/

Bro Ley said...

Aku xde alergik apa...seafood semua boleh makan. Adik aku ada la alergik ketam. Nanti gatal2... Memang x best la ada alergik ni, makanan pun nk kena kawal. Bertabahlah...hehe..