Sunday, October 25, 2015

Keperitan itu Satu Penderitaan

kemain tajuk entry.

last Friday at 3 am.tetiba terjaga dari tidur sebab sakit dalam mulut.confuse jugak ni sakit gigi ke sakit gusi.pusing kiri pusing kanan dah 40 minit tak boleh tidur.dengan terketar2 sebab tahan sakitnya gagah jugak lah pergi bilik air ambil dan sapu ubat gigi kat gusi dan gigi atas belah kiri.hujung sekali.430 am baru boleh tidur dengan nyenyak.

sakit ni berlarutan sampai hari isnin.so imagine jek la macam mana saya survive nak makan lagi kumur2 mulut dengan air garam lagi.nasib baik cuti jerebu so my husband kerja half day hantar gi klinik gigi.doktor kata kalau tengah sakit tak boleh cabut.so dia bagi antibiotik suruh habiskan then baru datang balik.time gigi dah tak sakit baru boleh cabut.memang dah tak boleh tampal sebab lubang dah besar.huhu..

tapi sebelum tu doktor cek semua gigi saya dulu.yelah last cek gigi 5 tahun lepas kot.I'm a bad girl.pastu terjumpa satu gigi bawah kat tepi ni kena tampal.so ok fine lah tampal jek lah kan.dia cungkil2 nak buang kotoran tu sekali..dia kata tak boleh tampal sebab lubang dah ke dalam sangat dan saya tak terasa sakit sebab bakteria dah sampai ke akar.

so ada 2 options.either cabut gigi or buat root canal or rawatan akar.cabut gigi ni just kelemahannya ialah gigi dah tadek sebab gigi kekal kan?kalau root canal boleh jek dan after that dia letak crown sekali.iaitu double protection untuk gigi tu.tak cabut la kiranya.tapi cabut gigi RM80 dan root canal RM600.tak sure termasuk buat crown ke tak.bayar boleh ansur2.maksudnya appointment sekali bayar separuh.appointment kali kedua bayar lagi separuh.lebih kurang macam tu.

tapi me and my husband macam malas dah nak ulang alik ke klinik gigi sebab busy dan yes malas so I decided "ok cabut jek lah doktor".senang.sebab teringat cikgu kat sekolah cakap, "cabut sekali tapi lega selama-lamanya".dan ye jugak sebab tengah bulan tak cukup duit.kakaka tadek gigi ni no hal nanti bila2 buat jek la gigi paslu sebatang.bukan mahal pun.

tapi kalau gigi depan memang saya buat root canal lah.cemana nak senyum ye dak?nak mengajar lagi.kah! oh yes total bayar RM110 sebab campur antibiotik dia suruh habiskan tu.

dalam tempoh nak habiskan antibiotik tu sebenarnya banyak jugak dugaan.lepas makan apa2 pun saya akan cepat2 gosok gigi.sakit wehhh naik sampai ke kepala belah kiri sebab sakitnya kat belah kiri.nasib baik jugaklah cuti jerebu dilanjutkan sampai 4 hari.

so semalam gi semula klinik tu.dari pagi sampai pukul 4 petang saya tak makan.ramai orang kot yang sama problem gigi dengan saya.datang pukul 10 pagi.dapat cabut pukul 12.30 tengah hari sebab ramai orang.kering dan pedih terus lelangit dan anak tekak.satu hal sebab nak makan awal kang kena gosok gigi lagi.sebab kedua ialah lepas cabut gigi bongsu ni agak susah sikit nak makan.minum air pun tak padahal boleh jek.nak celebrate konon2 akhirnya cabut jugak gigi dan berakhirnya penderitaan maka nya gi lah makan Kenny Rogers.

total semua RM110 jugak.tadek ubat sebab ye lah dah cabut kan nak ubat mendenye lagi.so now basically saya kehilangan dua gigi.seram ke idok?

banyak nak bagi peringatan ke engkorang semua.pergi lah cek gigi 2 kali setahun.selagi boleh tampal gigi yang berlubang kecil tu tampal jek lah.kalau sayang duit gi lah menghadap klinik kerajaan yang bayar singgit tu.kalau tak suka menunggu pergi jek lah private.tak salah pun belanja lebih sikit untuk gigi.kang gigi tu jugak nak tolong mengunyah melumatkan menghancurkan menyiat makanan kau nanti.I tahu lah i guru DST Tahun 3 okaayy.lulz

lagi satu.tukar lah berus gigi 3 bulan sekali.kalau dah sampai sebulan pun berus gigi kau dah kembang macam penyapu kau tak yah ikut sangat dah kata2 aku tadi.pergi jek lah beli berus gigi baru wehh.itu pun nak saya tolong ingatkan ke.dah besar kot!

jangan lupa berus gigi SEBELUM TIDUR.kalau bangun pagi i am so sure semua orang gosok gigi tapi kalau SEBELUM TIDUR ni payah sikit.bakteria banyak menyerang gigi kita time tidur lah.kau bayangkan jek lah iklan2 gigi rosak kat TV yang ada alien2 kecik duk ketuk2 gigi kau sampai berlubang.

erm apa lagi eh?haa gosok gigi kat hujung2 belakang2 tu lama sikit sebab gigi belakang tu yang kadang2 tak kena berus gigi sebab belakang sangat kan.

kalau orang yang pernah rasa sakit bersalin mesti dia kata sakit gigi adalah sakit kedua lepas bersalin.ye lah kalau gigi sakit kau susah nak makan,tadek selera,bila tak makan kau tadek tenaga.bila tadek tenaga kau akan demam.bila demam cemana nak buat kerja?sanggup ke makan bubur melalui straw hari2?

so dah esok gi cek gigi.hari Ahad semua klinik gigi tutup.

now saya dah susah sikit nak sebut huruf S dan R.mula2 memang macam tu sebab nak biasakan mulut tadek dua batang gigi ni.

Ada apa2 lagi ke nak share or nak tanya?






3 comments:

cEro said...

AKu pun pernah sakit gigi melampau gila satu masa dulu,
jadi memang aku faham sangat perasaannya
macam mana ianya mengganggu kita utk berfikiran waras...hehehe

Tapi betullah tu.
Kalau cabut, sakitnya hilang selamanya,
tapi hasilnya ada ruang kosong laa dlm mulut. Hehehe

Zyra Roxx said...

sesungguhnya aku tak pernah merasa lagi sakit gigi. sakit gigi nk tumbuh wisdom tooth pun tak pernah rasa. hm. curious pulak aku nk rasa bagaimana.

aku pun tak pernah cek gigi sejal meninggalkan zaman sekolah. gahahaha takde masa wehh weekdays kerja, weekend g berjimba. kakakaka
eh dh knp aku membebel kt sini

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)