Saturday, October 03, 2015

Mimpi Subuh

morning guys.

I had a dream weh last night. si watak Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta tu muncul. tak memasal kan padahal semalam balik rumah sampai malam terus tidur kot. tak fikir kat siapa2 sebab terlalu penat.

mimpi ni start macam ni..

entah macam mana saya sesat kat Indonesia. saya ikut trip agaknya. saya terpisah dengan rombongan saya lalu berjalan jalan lah saya keseorangan melihat ibu kota Indonesia iaitu Jakarta. 

kemudian saya tak cukup duit syiling nak call guna public phone (ada lagi ke sekarang?) lalu ada seorang jejaka sehensem Fedi Nuril menghulurkan syiling 20sen dari Indon (of course lah aku kat Indon kot) kepada saya. saya terharu kemudian bermulalah bibit2 kemesraan sebab si Fedi ni ada menyelit ayat2 quran untuk memulakan persahabatan kami. entah apa I pun tak ingat.haha

dia tahu saya sesat. dia carikan hotel untuk saya. dia kata esok dia datang nak bawak saya jalan2 lagi. makan diberikan. pakaian juga dia belikan. nampak tak fairytales sangat kat sini?

dia bawak saya jalan2 dari pagi sampai ke malam. nak dijadikan lagi dramatik kisah cinta mimpi ni satu hari tu dalam satu kedai jual kraftangan saya dah ternampak sorang ahli rombongan saya. maka nya saya try la nak menyorok2 lepas tu sergah si kawan ni. bila dah habis sergah, certa segala macam cerita, baru teringat si Fedi ni hilang dari pandangan mata. dah lah handbag I tu I suruh dia pegangkan. 

dia hilang terus macam tu. dia larikan diri ke apa ke I don't know. purse i semua dalam handbag tu kecuali my phone i pegang.

dan entah macam mana juga saya boleh sampai Malaysia dengan passport semua hilang. mimpi kan?standard lah tu. cuma saya sempat share no phone saya kat dia dan dia pun bagi no dia.so kitorang berwhatsapp.duhh..

tapi dia ni lain sikit.dia akan reply text saya melalui status whatsapp sahaja.like seriously guyss??? saja baca status dia sekali tu semua reply dari text saya send. perghhh mencabar lah kisah percintaan mimpi ni.
terus terjaga dari tidur.

ok tu saje.bye.

2 comments:

cEro said...

Hahahaha...
dramatik sangat mimpi kau ni.
Patut buat sinetron bersiri, tayang dengan tibi3 pukul 2 petang.
Agak2 kau nak letak tajuk apa ek sinetron ni?
hehehe

Mimpi beb, tak pernah nak masuk dek akal...hahaha

Zyra Roxx said...

hahahah dua kali aku baca entri ni tanpa arah tujuan :))