Thursday, December 17, 2015

Poket

hey y'all.

korang tahu tak adanya poket pada baju atau seluar adalah salah satu nikmat dunia?

tapi tahukah anda yang ada poket untuk baju kurung juga adalah nikmat paling besar dalam hidup saya?

jeng jeng jeng..

sejak sekolah rendah lagi poket baju sekolah saya memang kena ada or basically semua baju kurung sekolah ada kot poket.selalunya belah kiri.tabiat suka ada poket pada baju kurung sekolah ni terbawa2 ke baju kurung biasa terutama baju kurung untuk hari raya.

salah satu sebab baju kurung saya ni semua ditempah kat bestfriend mak saya sebab dia boleh buat poket.baju kurung yang main beli dah siap kat luar tu mana ada poket.I'm a very busy girl and now a busy woman.cewahh sebab poket ni banyak kegunaannya.

- boleh letak duit
- boleh letak phone sebab phone saya bukanlah sejenis tablet or phablet
- simpan duit2 yang tercicir kat sekolah dan bagi kat guru bertugas.kalau letak dalam purse aihh harom pulak terguna nanti.
- tak suka pegang barang sambil berjalan.baik letak dalam poket

sampai sekarang pun baju kurung saya semuanya ada poket.mak saya kata saya ni ikut perangai arwah nenek.baju2 dia semua ada poket jugak.hurmm..perangai orang tua lah ni.kuikui

sekarang ni saya ada dua jubah yang ada poket kat depan ye anak2 bukan kat tepi.lagilah saya suka usha mana2 kedai yang jual jubah berpoket ni.blouse yang berpoket pun ok jugak.

so korang suka ke baju kurung ada poket?kalau lelaki korang suka dan selesa ke ada poket kat dada kiri tu?guna ke tak?



2 comments:

Zyra Roxx said...

zaman baju kurung berpoket aku berakhir di sekolah menengah dan aku tak pernah ada baju kurung biasa yg berpoket. masa kecik dulu aku teringin jugak senang nak isi gegula. hahaha

lelaki yg guna poket depan ni aku rasa golongan veteran je selalunya. buat isi duit baki/rokok/now even fon. haha

cEro said...

Selaku lelaki mudah dan gagah perkasa, baju kemeja (dan baju melayu) yg ada poket kat dada kiri tu agak tak berfungsi sgt sbb tak suka nanti baju jadi berat dan tertarik ke bawah.

Tapi seluar baju melayu MESTI kena ada poket. Sbb dr dulu mak aku yg buatkan baju melayu, so mmg boleh custom. Tapi hari tu terbeli baju melayu kat luar, seluar dia tak ada poket...gilo tak best. Terus tak pakai dah. Hahahah

Siapa sangka poket pon boleh jadi nikmat...hahaha