Friday, January 15, 2016

Lukis

tiap2 hari jumaat memang ada subjek DSV yang saya kena ajar. oh by the way tahun ni saya tak ajar dah subjek BM DST PK. dah kembali mengajar PAI setelah setahun saya tinggalkan. jawi pun tunggang langgang jek menulis lol.

so subjek DSV ni memang subjek yang dinanti2kan oleh semua murid. maksud DSV ni aku rasa cero tahu dah kot. kuikuikui

honestly saya memang tak dilahirkan untuk mempunyai bakat melukis. mewarna saya boleh. seriously. sebab tu saya suka tengok orang melukis bila dah sedar diri ini begitu naif dan kosong dalam ilmu2 melukis. sebab tu suka berkawan dengan ojin cero dan zyra. depa pandai lukis woooo.

tadi tajuknya Buah Epal dan Oren. aktivitinya melakar dan melukis. minggu depan baru mewarna. melakar saje dah nak dekat setengah jam diorang ni.

tapi tadi cikgu yang ajar kena lah tunjuk cara2 melakar dan melukis. tangan aku ni dah terketaq2 dah. tapi bila start jek lakar buah epal tadi...eh cantik lah pulak. buah oren pun jadi. sebijik jadi. tadek gambar ye sorry dalam kelas tak tengok phone.

daannnn itu mungkin nasib jek menjadi lakaran dan lukisan tu. rezeki hihi. anak murid punya lah bagi pujian jujur, "ustazah pun pandai lukis". ehem ehem.

so korang yang pandai lukis ni memang sedar diri tu ada bakat ke atau memang minat melukis dan berusaha untuk jadi pelukis? ha komen lah korang jangan sampai aku seru nama sorang2 kat sini.

Friday, January 08, 2016

Azam 2015

yup I didn't type it wrong guys. Nak cerita azam tahun lepas yang dah tercapai.

1. guna "saya awak" dalam penulisan entry di blog saya. Nampaknya berjaya coz see saya tahun lepas saya tak ada pun guna "aku kau" dalam penulisan entry saya. That was my first trial lah kot and nampaknya wah dah berjaya so boleh sambung sampai bila2 lah.

2. guna "saya awak" juga dalam social media yang lain seperti Twitter dan Facebook duhh wujud lagi ke fb ni? Anyway nampak jugak kan saya guna "saya awak" dalam twitter? Hehe..sopan gitu.

3. Tidak mencarut dalam social media. Ok yang ni paling bangga dengan diri sendiri sebab years before memang saya suka benor mencarut guna huruf B tu. Even korang tak kenal saya tapi dah rasa macam eh tak senonoh pulak. So kita berazam taknak mencarut. Sinis2 jek.

4. Datang awal ke sekolah. Yup coz y'all know yang saya sekolah sesi petang begitu juga tahun ni so everyday memang saya datang tepat pukul 12 tengah hari. I dont know why. Mungkin saya tak suka nak rushing bila dah sedar lewat. Bila datang awal ni drive pun boleh rilek2 lagi. Kerja pun banyak boleh siapkan awal kat sekolah. So yeahh good job Konah.

5. Menabung. Ok dah start menabung sejak September lepas. Menabung ni lain. Untuk savings lain. Pandai2 lah nak hidup. hihi


Pesanan saya ialah bila kita plan or ada azam janganlah kita hebah2kan kat orang lain. Takut nanti tak jadi. Itu pendapat saya sahaja. Jangan terasa. Sebab saya ni kalau hebahkan kat orang jek mula lah satu mende pun tak jadi. Macam zaman2 kapel dan kahwin dulu. Kena diam2 baru jadi. Heeeee