Friday, January 15, 2016

Lukis

tiap2 hari jumaat memang ada subjek DSV yang saya kena ajar. oh by the way tahun ni saya tak ajar dah subjek BM DST PK. dah kembali mengajar PAI setelah setahun saya tinggalkan. jawi pun tunggang langgang jek menulis lol.

so subjek DSV ni memang subjek yang dinanti2kan oleh semua murid. maksud DSV ni aku rasa cero tahu dah kot. kuikuikui

honestly saya memang tak dilahirkan untuk mempunyai bakat melukis. mewarna saya boleh. seriously. sebab tu saya suka tengok orang melukis bila dah sedar diri ini begitu naif dan kosong dalam ilmu2 melukis. sebab tu suka berkawan dengan ojin cero dan zyra. depa pandai lukis woooo.

tadi tajuknya Buah Epal dan Oren. aktivitinya melakar dan melukis. minggu depan baru mewarna. melakar saje dah nak dekat setengah jam diorang ni.

tapi tadi cikgu yang ajar kena lah tunjuk cara2 melakar dan melukis. tangan aku ni dah terketaq2 dah. tapi bila start jek lakar buah epal tadi...eh cantik lah pulak. buah oren pun jadi. sebijik jadi. tadek gambar ye sorry dalam kelas tak tengok phone.

daannnn itu mungkin nasib jek menjadi lakaran dan lukisan tu. rezeki hihi. anak murid punya lah bagi pujian jujur, "ustazah pun pandai lukis". ehem ehem.

so korang yang pandai lukis ni memang sedar diri tu ada bakat ke atau memang minat melukis dan berusaha untuk jadi pelukis? ha komen lah korang jangan sampai aku seru nama sorang2 kat sini.

4 comments:

Zyra Roxx said...

Aku lahir tau tau dah pegang pensil warna dan melukis, haha.

Aku sedar aku boleh melukis tp tak berusaha sgt pun nk kembangkan bakat tu. Sekadar utk self-satisfaction.

cEro said...

Terima kasih kepada Cikgu Kon kerana memberi kepercayaan kepada aku dgn mengatakan yg aku tahu maksud DSV itu.

Untuk perhatian tuan dan puan-puan, DSV itu Dunia Seni Visual, sama dgn subjek Pendidikan Seni masa zaman aku sekolah dulu. Hehehe

Btw, aku rasa aku ada bakat melukis sedari kecil lagi, tapi pada 2008 berlaku sesuatu kpd aku yg mengakibatkan bakat melukis aku hilang, so dari 2008 sampai laa ni hasil lukisan aku itu ada usaha keras aku untuk mengembalikan bakat yang hilang.

Sekian komen panjang lebar.

Aujinz said...

DSV tu Dunia Seni Visual. Helehhh.. macamlah aku tak tahu. Aku pun kekanak generasi Z, kon konah..wkwkwkwkw

Aujinz said...

Melukis start dari darjah 3. Sebab geram tengok member boleh lukis Ninja Turtle lawo. Lepas tu tak kembangkan bakat. Sampailah dah nak tahap purba baru nak asah bakat melukis balik. Huhuhu