Sunday, March 20, 2016

Lagu Cinta Rahsia

Terdengar lagu ni kat MTV Hits kat astro tu. Sekali dengar dah suka terus.

Lagu ni buatkan saya terkenang zaman muda2 dulu.

Kalau faham lirik baguslah.


Thursday, March 17, 2016

Family Trip

Semua pengikut dan pembaca blog saya kena tahu yang last week saya pergi bercuti dengan keluarga saya ke 3 tempat berbeza.

Maaf saya bukan jenis time bercuti jek terus tweet or upload gambar2 bercuti straight away. Saya suka share bila perkara tu dah jadi atau dah lepas. Baru nikmat sikit. Tengah bercuti kot takkan time tu pun busy dengan phone. Ye tak?

Yeeeee!

Saya pergi Lumut. Memancing la of course teman husband yang hobinya memancing. Then esok pergi lepak jap kat Pangkor cewahh gitu. Petang tu pergi check in kat Sekinchan. Waahhh penat sebenarnya tapi best! On the way tu biasa lah singgah Tanjung Karang lah Kuala Selangor lah. Makan seafood jek untuk 3 days like seriously?? Saya dah lah allergic seafood!

Tak payah type panjang2 sebab nak share gambar terus dari phone ni.




Soya gula merah + cincau. Oh my fav gula merah


















Gambar lain banyak lagi tapi makanan seafood jugak tak sempat nak ambik sebab khusyuk sangat menikmati agaknya LOL.

Actually I did take a lot of videos during the trip but cant share here I dont know how and why sebab dulu2 boleh jek. And I also did take selfies like A LOT OF SELFIES but tak semua gambar kena share dalam socmed ni betul tak?

So have a good day!

p/s : kepada cero pasal rezeki kahwin tu akan aku ceritakan time anniversarry aku nanti. Dan pada siapa tah sorang lagi suruh aku cerita pasal racism. InsyaAllah dalam masa terdekat ni. Okay?
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 01, 2016

Pasal Apa?

Direct jek lah ni eh?

Korang nak saya tulis entry pasal apa? Anything? ke nothing terus?lulz

Dalam list notes saya ni macam2 tajuk or topik nak tulis. Antaranya racism, rezeki kahwin. Kahkah macam2 lah sangat.

Ke nak ikut macam permintaan Cero dan Aujinz? Nak suruh saya cerita pasal pengalaman mengajar di sekolah orang asli kat Perak?

Ke himpunan kisah2 lawak selama mengajar di 3 buah sekolah yang korang tatau? Haaa macam2 jugak ni.

Takkan nak cerita pasal perbezaan antara sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa macam adik Neelofa buat tu? Ya ampun boring okay.

Politik? Ha meh aku bagi penampor.

Cerita hantu? Itu baik aku serah ke Aujinz dan Cero jek. Aku tukang baca dan tukang takut2 sendirian.

Jadi pasal apa? Sila bagi komen kalau rajin. Kalau tak saya bantai jek tulis merapu tadek hala tuju. 

Kalau malu boleh mention or DM saya di twitter @MarkonahAwang. Ya ampun promot kau ye Konah.

So pasal apa?