Wednesday, April 20, 2016

Senyum

Kalau kita penat balik kerja pun tetiba ada strangers senyum kat kita pasti kita akan rasa bahagia. Ha ajaib tak?

Hal ni terjadi kat saya sejak saya posting KL. Rumah saya ada guard. Warga asing. Dari negara mana tu tak pasti. Ada kata dari Nepal lah Filipina lah Bangladesh lah tapi foreigners.

Setiap kali saya pergi sekolah pukul 12pm dan balik sampai dalam pukul 7.30pm mesti pak guard dua orang ni akan memberi senyuman yang paling manis kat saya. Ok maybe dekat orang lain pun dia bagi senyuman jugak tapi saya tak check lah pulak. Hihi but seriously senyuman diorang ni macam ikhlas. Bukan senyuman yang nak menggatal tu.

Mula dari seorang pak guard muka macam Pakistan bagi senyuman setiap kali nampak kereta saya. Dan hari2 berikutnya tambah lagi sorang muka macam dari Nepal. Dan seterusnya tambah lagi sorang menjadikan 3 orang yang saya cam muka yang memang bagi senyuman kat saya. 

Mula2 setakat senyum jek. Lama2 dia angkat tangan. Lama2 lagi dia dah start tunjuk tanda best kat kita. Ibu jari tu lah. Haha I was like apakah mereka ini? Mulalah nak tanya pada diri sendiri eh aku sorang jek ke yang selalu angkat tangan ke pak guard? Ke orang lain suka buat muka ketat? Ke aku peramah sangat? Ke aku ni senang senyum? Banyak sangat eh nya.

Even saya naik kereta atau naik motor dengan husband pun dia ewah ewah berani lambai2 dekat kita. Dah cerita dah kat husband tapi husband kata "eh lawak lah percintaan u dengan pak guard ni" kahkah what can I say bro?

Kalaulah pak guard tu semua Islam dah banyak dah pahala sedekah dia dapat sebab suka senyum. Tatau diorang Islam ke tak sebenarnya. Anda bagaimana? Adakah suka stranger(s) senyum dekat korang? Adakah anda seorang yang suka senyum?

Sila senyum sekarang.

1 comment:

cEro said...

Aku suka strangers senyum kat aku, sebab tu aku pon suka senyum kat strangers.
Tapi dia jadi tak best bila aku senyum tapi tak dibalas.
Selalunya aku maki dalam hati je. Huhuhu

Kalau rumah kau tu ada pak guard, dan pak guard itu official dan warga asing, kemungkinan besar dia dari Nepal sebab hanya warganegara Malaysia dan pekerja import Nepal sahaja boleh jadi pak guard. Kalau warga negara lain, maknanya org yang handle security tu tak ikut peraturan dan mungkin pekerja tu bukan official. Jadi, kena hati-hati tau.