Thursday, June 02, 2016

Hari Guru

eh jap I just found out yang kat atas ni ada icon video. Boleh upload video selain video Youtube lah eh? Kenapa selama ni saya tak perasan? Dulu2 boleh masa tahun 2010-2011 dulu pastu dah tak boleh sebab blogger.com dia upgrade ke apa tah. Hurmm mungkin hari ni saya baru perasan.

Hari Guru dah lama berlalu kan? Just like the previous years I got a lot of gifts tapi hadiah paling saya suka mesti lah pen merah dan fail. Yelah nak marking kertas periksa ni ingat satu pen merah dah cukup ke? Last year I guna 4 batang pen merah okayyy sebab ada 12 bundle kertas nak kena tanda. Tahun ni kurang sikit jadi 5.

Ada sorang murid ni saya suka marah dia dalam kelas. Yelah jawi tak reti eja. Pemalas pulak tu. Tapi dia ni bagi saya hadiah hari guru. Dia bagi hadiah mug tapi awal2 dah dia kata "ustazah mug tu tangkai dia dah patah". Ciss ikhlas ke tak nak bagi hadiah ni?

Ada yang bagi kad, bunga, teddy bear. Ni semua murid lelaki yang bagi. Hairan betul aku. Murid perempuan bagi pen, fail, mug, towel yang ada tulis nama saya, ermm terharu pulak rasa. Dah la saya ni garang. Huhu..

Tapi most of them yang saya selalu ishhh marah sebab pelbagai alasan. Tak siap kerja, ponteng kelas, tak bawa buku tapi yang itu lah yang bagi hadiah.

Untuk semua orang awam di luar sana dan juga ibu bapa yang selalu salah anggap kerja cikgu ni hanyalah goyang kaki dan juga garang dan suka pukul anak diorang tu ketahuilah bahawa to be honest saya tak pernah membenci anak2 tuan puan sebaliknya saya memang ingin mendidik dan mengajar mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Tak pandai tak cerdik pun takpe asalkan ada budi bahasa dan tahu menghormati orang tua especially guru.

Buat apa saya nak benci anak2 awak? Banyak hal lain lagi saya nak benci. Perasan anak kau tu popular sangat ke?

p/s: lari sikit dari tajuk entry. LOL


Wednesday, June 01, 2016

Maklumat Bila Kecemasan

Skema gitu tajuk entry kita pada kali ini.

Anyway selamat bercuti sekolah semua! Ok fine not all of you are kids and teachers.

Nak share tips yang boleh korang guna bila waktu kecemasan. Yelah kita pun tak tahu kan bila waktu kecemasan tu. Contohnya jogging sorang2 then pengsan. Nak buat macam mana tu? Orang di sekeliling yang nampak korang pengsan tu memang la akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan korang or lebih tepat lagi ambik air simbah kat muka korang. Lagi satu maybe diorang akan call emergency unit. Lepas tu mestilah diorang nak call ahli keluarga terdekat. Betul tak?

So saya ada cara bagaimana korang boleh simpan info korang dalam phone dan senang diakses oleh orang awam if something bad happens to you even phone korang tu lock.

Maybe dah ramai tahu cara ni tapi mungkin jugak ramai yang tak tahu dan maybe ramai tahu tapi malas nak buat. Why people why you are so pemalas??

Saya pengguna Samsung Galaxy Note 4 so saya share tip ni dari phone saya. Model phone lain I tak sure lah.

Go to :

Settings
Lock screen
Show information
Owner information

Ye kot. Ok nah tengok screenshots ni.













Kalau korang guna android phone yang lain seperti HTC, Sony, LG, Lenovo, Oppo ke and any other android phones tu boleh gi google takpun godek sendiri phone tu.

Untuk pengguna iphone pun ada juga. Cara2 dia saya save images from google so boleh tengok kat bawah ni.







Penting jugak benda ni sebab kita tak tahu kan apa jadi kat kita. Pengsan ke accident ke apa ke. So that orang awam boleh tolong kita. Ikutlah korang letak nombor fon your spouse ke your mom and dad ke your close friends ke dan bagi yang dah tua dan veteran dan senior ni boleh letak your kids' numbers and even neighbours pun okay jugak. Just in case you know.

Okay faham semua? Ok now korang buat sekarang. Now now.
posted from Bloggeroid