Thursday, June 02, 2016

Hari Guru

eh jap I just found out yang kat atas ni ada icon video. Boleh upload video selain video Youtube lah eh? Kenapa selama ni saya tak perasan? Dulu2 boleh masa tahun 2010-2011 dulu pastu dah tak boleh sebab blogger.com dia upgrade ke apa tah. Hurmm mungkin hari ni saya baru perasan.

Hari Guru dah lama berlalu kan? Just like the previous years I got a lot of gifts tapi hadiah paling saya suka mesti lah pen merah dan fail. Yelah nak marking kertas periksa ni ingat satu pen merah dah cukup ke? Last year I guna 4 batang pen merah okayyy sebab ada 12 bundle kertas nak kena tanda. Tahun ni kurang sikit jadi 5.

Ada sorang murid ni saya suka marah dia dalam kelas. Yelah jawi tak reti eja. Pemalas pulak tu. Tapi dia ni bagi saya hadiah hari guru. Dia bagi hadiah mug tapi awal2 dah dia kata "ustazah mug tu tangkai dia dah patah". Ciss ikhlas ke tak nak bagi hadiah ni?

Ada yang bagi kad, bunga, teddy bear. Ni semua murid lelaki yang bagi. Hairan betul aku. Murid perempuan bagi pen, fail, mug, towel yang ada tulis nama saya, ermm terharu pulak rasa. Dah la saya ni garang. Huhu..

Tapi most of them yang saya selalu ishhh marah sebab pelbagai alasan. Tak siap kerja, ponteng kelas, tak bawa buku tapi yang itu lah yang bagi hadiah.

Untuk semua orang awam di luar sana dan juga ibu bapa yang selalu salah anggap kerja cikgu ni hanyalah goyang kaki dan juga garang dan suka pukul anak diorang tu ketahuilah bahawa to be honest saya tak pernah membenci anak2 tuan puan sebaliknya saya memang ingin mendidik dan mengajar mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Tak pandai tak cerdik pun takpe asalkan ada budi bahasa dan tahu menghormati orang tua especially guru.

Buat apa saya nak benci anak2 awak? Banyak hal lain lagi saya nak benci. Perasan anak kau tu popular sangat ke?

p/s: lari sikit dari tajuk entry. LOL


3 comments:

Hana said...

orang cakap, students yang nakal lah yang selalu ingat cikgu. contoh kalau lepas spm, yang datang jenguk cikgu tu mesti students yang nakal. yang pandai-pandai tak mai jumpa pun. bila baca apa yang akak tulis, rasanya betul kot. tengok tu, yang selalu kena marah je yang kasi hadiah haha. tapi kalau nak bodek tu lain cerita~

cEro said...

Selalunya zaman sekolah aku dulu cikgu yg garang laa selalu dapat hadiah banyak. Huhuu
Tapi best kan jadi cikgu bila masuk hari guru. Dapat hadiah, murid pun tertib je bagi wish bagai. Tapi hari guru je laa...hahahah

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)