Saturday, August 20, 2016

Semua Cerita

Salam 3 perak 1 gangsa. hehe


Anyway saya nak buat macam cero di mana nak gabungkan banyak cerita dalam satu entry. I mean jimat masa lah jugak kan.


Moving on.


Cerita 1



All my photos on my gallery dalam phone ni are gone! Yup gone for good guys. Gambar dalam folder lain selamat jek. Yang dalam folder camera ni jek yang terbabas sorang2 pastu lenyapkan terus semua gambar dalam tu. Arghhhh kejadian berlaku seminggu lepas. Rasa macam...masa bila saya bagi orang lain main or tengok2 my phone? Nak kata suami memang tak lah. Busy dengan PS4 dia jek. Pelik tak? Nak delete all pics dalam gallery ni banyak steps kot.



First, go to Gallery. Second, go to Camera. Third, go to Menu. Forth, click Select All. Fifth, select gambar tong sampah kat atas Menu tu. Last sekali click Yes or No nak delete all pictures. Haaa see? Banyak steps kot. Macam mana boleh senang2 terdelete dengan sendiri?? Tadek kaitan dengan memory full ke apa sebab phone yang saya guna dan pernah guna tak pernah memory full sebab bukan 24/7 ambik gambar.



Come on guys. Ada tak cara nak back up semula semua gambar2 tu? :(




Cerita 2



My cousin lelaki ada sorang umur 11 tahun which is sekolah rendah dalam Tahun 5. Sekarang tak main dah darjah2 ye guys. Tu kuno punya. Lulz.



Dia pengawas. Orangnya fast learner. Disiplin yang bagus ye lah pengawas kot. Wakil sekolah dalam sukan badminton. Daniel namanya. 



Yang tak syok nak cerita kat sini ialah..ada sorang cikgu merangkap guru kelas Daniel ni tak suka Daniel. Suka merendah2kan Daniel. Sebagai contoh...ok Daniel ni anak angkat pakcik saya. Ambil dia sejak 3 hari lepas dia lahir. Ok nampak dah hint dia apa? Cikgu dia tak puas hati like..kenapa ayah awak kulit putih sedangkan awak kulit gelap? Kenapa nama awak tadek bin kat tengah2? Mak ayah awak kerja apa? Ayah awak pakai kereta apa??



Like seriously guys. Ini bukan lagi penipuan sebab pakcik saya dah menghadap guru besar dan bawa cikgu tu sekali. LIke seriously guyss?? Whatthefishhhh. Dia siap suruh Daniel tukar sekolah memandangkan guru besar ni macam taknak ambil tindakan ke atas cikgu gila ni. 



Menurut guru besar jugak sebelum ni cikgu tu dah buat perangai sama kat 7 orang murid sebelum Daniel dan semua pindah sekolah. Saya sebagai cikgu pun rasa nak mengamuk jek gi sekolah tu jumpa cikgu gila tu. Ishhh geram! Pakcik saya taknak banyak songeh terus Daniel ni pindah sekolah lain.



Sebelum kes ni kantoi, Daniel ni rupa-rupanya dah 21 hari ponteng sekolah. Pagi nampak macam dia gi sekolah naik basikal. Pastu dia patah balik. Duduk dalam bilik bawah katil. Time tu lah baru tahu yang dia takmau datang sekolah sebab ada cikgu buli dia. Cikgu buli beb. Kejadah apa ni??? Sebab dia anak angkat? Sebab pakcik saya berduit? Sebab dia pandai dan jadi pengawas?? Sebab apa woi cikgu gila??



Anyway cikgu tu perempuan. Cikgu Maznah. Nama pun kampung.



Dah lah penat meroyan. Geram betul dengan cikgu tu.



Korang rasa apa?




p/s: Betul lah KJ kata. Sukan ni salah satu cara yang boleh satukan rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa. Keep it up guys! Go fo gold!




3 comments:

Haryz Khairuddin said...

dlm kes camni mmg patut kalau cikgu tu kena amik tindakan tatatertib. hebat sgt ke cikgu 'gila' tu smpi GB xnak amik tindakan?? kesian murid2 dpt cikgu camtu..

Syazana Khairol said...

tak sure if can back up the photos tapi kawan saya ada bagi satu tips utk simpan gambar2 ni, link kan gallery to google drive/goggle image so gambar akan automatik uploaded kat sana so takde problem kalau terdelete gambar, dan lebih senang diakses kalau guna different devices :)

cEro said...

Waahh! Dia dah mula rangkum cerita dah.
Makin ligat laa dia update nanti huhuhuhu

1. Phone aku pernah jadi macam tu jugak. 5GB gambar dalam memeory hilang begitu sahaja. Bila aku google, memang henfon aku tu ada banyak kes memori hilang sebab slot micro SD dia betul2 bawah bateri, so bila bateri panas, kad akan kena kesannya.
Cara nak recover? Aku dah google, tak ada satu pun cara berkesan kat phone aku, tapi mungkin sbb aku tangguh lama sangat jadi memori yang ada dah overwrite. Try laa google...

2. WTH Cikgu Maznah? Macam tak betul je?
Guru besar tu memang tak nak amik tindakan ke camne? Maybe dia ada masalah mental ke, jenis ada masalah kawalan diri camtu. You should do something Kon!