Saturday, August 27, 2016

Tidak Kelihatan

Saya rasa saya memandu sebuah kereta yang saiznya sederhana dan saya rasa kereta saya ni dari jarak jauh dan dekat boleh dah jelas kelihatan dan mungkin waktu malam agak kurang jelas kelihatan sebab kereta saya warna hitam tapi itu tidak menjadi masalah kerana adanya lampu merah yang mewakili lampu berhenti dan fungsi lampu signal yang tidak menjadikan faktor kononnya kereta saya tidak jelas kelihatan oleh pemandu lain mahupun penunggang motosikal nak2 pulak waktu siang. Betul tak?

Cerita dia begini. Setiap kali pemandu lain nak masuk lane saya mesti diorang pakai masuk jek tanpa memberi signal. Bila dah berada di lane saya dan nak masuk ke lane sebelah elok jek pulak signal kereta diorang ni berfungsi dengan baik.

Haram J.

Tak kisahlah kereta nak masuk lane saya tu datang dari arah kiri atau kanan. Sama jek perangai.

Bila time saya baru datang dari arah susur kiri dan slowly nak masuk lane kiri sambil bagi signal sekor pun taknak bagi masuk. Maybe diorang ingat saya nak potong queue. Walhal saya nak masuk lane diorang dan terus bergerak ke lane tengah untuk terus maju ke hadapan lalu highway MRR2. Bukan nak sibuk2 masuk lane kau pun. Ha tercongok la kau jem kat situ sebab nak masuk Jalan Kuching. Saya dah sampai rumah dengan selamatnya.

Kadang2 memang terpaksa pun lalu lane kiri sebab nak ke lane tengah. Bukan sengaja nak potong queue dan itu jek jalan yang ada untuk masuk MRR2. Itupun taknak bagi. Dan dah bagi signal.

So itu lah dia. Adakah kereta saya memang tidak kelihatan oleh pemandu lain? Invisible?

posted from Bloggeroid

1 comment:

cEro said...

Memang ramai orang yang menilai pemandu berdasarkan kereta.
Or lebih tepat lagi berdasarkan apa yang dipandu.
kalau kau yg memandu pun dah banyak dugaan macam tu, boleh bayangkan tak aku yang tetiap hari bawak moto ni. Asyik kena tindas je atas jalanraya :(