Wednesday, November 30, 2016

Seatbelt

Ada tak kat dunia ni especially kat Malaysia yang keretanya dijual dengan fungsi istimewa untuk keselamatan sebelum bergerak ke mana2?

Maksud saya semua passenger dalam kereta pakai seatbelt termasuk driver baru lah kereta boleh gerak. Baru boleh tukar gear D. Baru boleh tekan brake baru boleh tekan minyak. Selagi semua tak pakai seatbelt termasuk lah yang duduk seat belakang selagi tu lah tak boleh drive. Ha ada tak kereta macam tu?

Saya terfikir jugak sebelum tidur semalam sampai rasa hari ni nak update blog terus.

Contohnya saya duduk seat belakang dan saya sorang jek tak pakai seatbelt. Ada sound. Selagi tak pakai seatbelt selagi tu lah tak boleh gerak selagi tu lah sound tu takkan berhenti bunyi.

Kadang2 geram jugak kalau saya drive tak kira lah drive kereta siapa pun dan saya sorang jek yang pakai seatbelt. Sound akan stop bila driver pakai seatbelt. Habis passengers lain nyawa diorang memang tak bernilai lah eh? Kosseerrrr aku.

Nak2 yang ada baby ni. Korang mampu beli kereta pun kira bersyukur dah dari orang lain yang bawak baby naik motor naik bas sesak2 semua tu. Dah ada kereta tu beli jek lah carseat untuk baby. Takkan korang nak pegang sepanjang perjalanan. Agak2 lah...

Kalau pregnant saya rasa boleh jek pakai seatbelt. Jangan pakai bawah perut tu. Biar belt tu atas perut dekat dengan dada. InsyaAllah boleh. Tak ketat pun :)

Entahlah korang faham ke tak ni...

Dari kecik saya dengar pasal accident sampai lah sekarang ni hanya satu kejadian kemalangan jek yang akhirnya menyedarkan saya selalu lalai ni. Accident tahun lepas kat DUKE yang myvi berlumba langgar Pajero tu ingat tak? Baby yang mak dia pegang tu tercampak keluar dulu means badan baby yang lembut tu kena hentakan yang kuat dan dia rempuh cermin tingkap kereta dulu then baru tercampak keluar. Kau rasa tak sakit tu?

Dan saya tak ingat lah cerita dia macam mana lepas tu mak dia tercampak keluar ke macam mana. Memang semua tu ketentuan Allah. Betul saya tak nafikan. Lagi satu sebab saya rasa mungkin mereka tak pakai seatbelt. Saya rasa jek lah.

Memandangkan berita kemalangan tu memang dah dekat sangat dengan tarikh anniversarry saya jadi saya akan ingat sampai bila2. Pergi tesco belakang perumahan ni pun saya pakai seatbelt. Husband pun sama. Tak kisahlah orang nak kata skema ke apa. At least kita berusaha menjaga keselamatan masing2. Betul tak?

Dan idea untuk buka topik ni dalam blog berpunca daripada semalam saya basuh kereta dan kemas apa yang patut dalam kereta tu. Dan saya tercari2 mana lagi satu tempat nak buckle up seatbelt kat seat belakang. Kalau seatbelt ada dua so tempat buckle up tu mesti ada dua jugak kan? Rupanya satu lagi terselit masuk belakang seat.

So nak buat rules naik kereta aku kau kena pakai seatbelt haa aku tak kira.

Kalau ada kereta yang ada fungsi macam saya cerita kat awal perenggan tadi sila lah bagitahu saya ye.

p/s: anyway dah cuti sekolah. Penuhkan hari anda dengan jogging!

4 comments:

Zyra Roxx said...

Ada kes di mana mangsa terselamat dari kemalangan ngeri sbb tak pakai seat belt. Diorg tercampak keluar sblm kereta meletup. Hahaha jgn kecam aku Kon. Belum sampai ajal.

Aku sokong hujah kau 100%

cEro said...

AKu tak pasti betul atau hoax, tapi dulu memang ada buat satu feature dalam kereta di mana kalau tak click seatbelt, dalam masa beberapa saat enjin akan mati selepas warning terakhir diberikan.

Tapi feature tu terpaksa dibuat sebab ada kes mangsa rentung dalam kereta yang terbakar sebab seatbelt tak dapat unclick.

Entahlah. Pada aku, pakai seatbelt ni ikut peribadi. Jenis yang pentingkan keselamatan dan undang2 rata2 akan pakai tapi ramai jenis yang sebab tak pernah kena jadi tak peduli pun seatbelt ke hape ke hahahaha

.theweirdo. said...

memang ada feature kereta yang seat belt memekak until you buckle up (for driver), tapi penyudahnya tetap jugak manusia perasan pandai ni pi buckle up, and then sit on the seat belt. paham tak acane rupa? i think i have posted this on my blog many many years ago, siap aku letak gambar artis yang buat macam tu.

pendek cerita, benda ni kau buatlah macam mana pun selagi ada manusia yang berlagak pandai dan menunggang agama dengan mengatakan kalau nak mati pakai seat belt pun mati jugak, memang takde gunanya all the technologies.

suruh bagi anak duduk car seat pun macam-macam alasan keluar. baru ni pun ada kat insta artis letak baby baring atas seat macam tu je. wehhh kalau brake emergency tu i can't imagine the pain. well, orang takleh kata kau tak tau cemana bebudak. well, i manage to train my baby duduk dalam car seat, aku biasakan dia duduk since he was a month old. kunci dia mesti kenyang, sejuk, bersih, selesa. and toysssss. i rarely give my baby to watch vids on hp.

aku terasa nak komen sebab aku bangsa skema. depan ke belakang ke aku pakai je seat belt. mak aku pun dah paham betapa tegasnya aku bab ni. naik-naik terus pasang hahaha. eh panjangnya komen. sorry.

just Yana said...

honestly, thesedays, I dont wear seatbelt anymore because of my back pain. shameless act I know. haha. thanks for the reminder