Tuesday, November 01, 2016

YoYo

Minggu lepas dah habis peperiksaan akhir tahun (PAT) untuk sekolah saya. Keesokan harinya pulak pemulangan buku teks dan pengagihan buku teks untuk tahun depan.

So bebudak ni macam dah sedia maklum kalau pulang buku teks ni mesti dah takyah belajar. PAT pun dah habis. Tinggal nak terima markah dan slip PAT dan kertas2 PAT jek.

Untuk makluman korang sekolah zaman smartphone dan internet di mana2 ni cikgu kena key in markah PAT dalam website diberi nama SAPS. Sila google ye. Cikgu sekarang bukan macam dulu ye tulis dalam report card salin satu2 markah. Website tu jugak ada id dan password untuk parents tengok markah2 anak diorang dan tengok subjek apa yang belum diisi markahnya oleh cikgu2 subjek. SAPS ni dah lama ada dan bukan start tahun ni. Keep that in mind.

So ada lah satu kelas ni saya masuk. Saya suruh mengaji ramai2 lah even dah tak belajar sebab time tu memang masa saya mengajar. Masa AQ (al-quran). Lebih kurang dah mengaji 4 muka surat tu kami berhenti dan berehat lah. Budak2 ni definisi rehat diorang adalah main. Main lah apa2 seperti gasing ke yoyo ke. Tu semua beli kat kedai buku sekolah dengan harga RM2. Ye satu yoyo dan satu gasing yang tak ori tu berharga RM2.

Sementara nak bunuh masa yang berbaki lagi 5 minit sebelum loceng habis kelas saya berbunyi so diorang ni nak main. Saya bagi jawapan cliche seperti "boleh main tapi main duduk jek tak boleh berdiri tak boleh berjalan".

Budak kot. Apakedehal main sambil duduk?

Dari duduk kepada berdiri. Kepada berdiri tukar pulak jadi berjalan.

Dan saya nak siap2 keluar kelas. Saya pusing jek ke kanan terus saya terkejut dan sakit kat dahi. Anak murid main yoyo konon2 macam pro terus melantun ke dahi saya. Ke dahi saya guysss can you not!?

I was like "ohh shit! Sakit kepala aku! Siapa yang baling yoyo kat aku?Babi!"

Tapi tu dalam hati jek lah. Yang sebenarnya saya cakap macam ni,

"Sebelum saya naik hantu baik kamu semua bagi semua gasing dengan yoyo dekat saya. Sekarang!"

Sebab saya tak tahu siapa yang sebenarnya baling yoyo tu so kesudahannya baik saya rampas semua mainan tu. Yang sorang lagi siap dah campak ke luar tingkap takut saya rampas.

Dan saya? Dahi saya? First expression yang saya nak express time tu ialah nak menangis. Arghhh sakit kot! Kalau kena mata aku macam mana? Dah lah kita tua2 ni jarang dah kena apa2 kecederaan kat badan kita. Sekali kena yoyo tu rasa macam....nak menangis. hahaa

Dah seminggu berlalu and until now still rasa sakit kalau saya ambik wudhu ke cuci muka ke touch up muka ke. Tak nampak benjol or bengkak tapi kalau tekan tu ADOII sakit.

Saya cerita kat cikgu2 lain. Depa kata baik saya berlakon menangis kat situ biar budak tu kecut perut.

LOL see? Cikgu kena pun cikgu diamkan jek. Tadek nak ngadu ke nak viralkan ke. Kalau anak diorang yang kena amboi ngadu ke guru besar lah viral kat FB lah. Entah apa2 tah.




1 comment:

cEro said...

Cabaran sungguh jadi cikgu zaman sekarang ni.
Aku pun pernah kena yoyo di dahi.
Anak buah aku main yoyo aku punya. Sebab tali panjang (saiz aku) jadi dia main sambil berdiri atas sofa. Sekali berdezum kena dahi aku. Lebam sikit rasanya.

Dahi kau lebam tak?