Tuesday, December 20, 2016

Nak Tanya

Lupa pulak bulan Disember kena update entry. Yaa at least one entry per month.

I have a lot of questions regarding the putting makeup on your face. Ok our faces. Makeup kan macam2 jenis. Ada yang nipis, tak tebal sangat, tak nipis sangat dan makeup tebal yang sangat kebaboom gitu.

Kalau dah lukis kening, pakai eyeliner, mascara, lipstick, foudation, powder, eyeshadow semua tu so nanti kalau nak solat cemana?

I mean dari pagi u pakai makeup sampai ke petang. Takkan tak solat zohor dan asar kot? Yelah duduk kat KL ni jem kemain lama. Mesilah nak solat dulu. So how?

Adakah korang akan bawa wet tissues ke mana2 sahaja korang pergi? Sebelum ambik wudhuk kena la wipe your makeup dengan wet tissues kan? Lepas tu ambik masa yang lama lagi untuk pakai semula makeup? Macam tu ke?

So hari2 ke kena buat macam tu kat office or tempat kerja masing2? I mean lunch time nak makan lagi lepas tu sebelum wudhuk kena wipe dengan wet tissues lepas tu solat lepas tu pakai balik makeup lepas tu ambil masa yang lama pastu belum masuk lagi masa yang diperlukan untuk lilit shawl whatever?

Or korang pakai makeup tebal2 ni time korang period jek? Means that seminggu tak boleh solat jek korang pakai makeup pastu 3 minggu lagi yang boleh solat tu tak pakai makeup? Ke macam mana?

Saya rasa ni soalan yang normal untuk orang yang bekerjaya dan solat. Tak kira bangsa ok. So how? Kalau kerjaya sebagai celebriti tu kan. Even dia berhijab ke whatsoever tapi jadual dia penuh dari pagi sampai malam so bila dia nak solat? Rajinnya dia cuci semula makeup dan pakai semula. Dan...dan...arghhh

Macam2 soalan yang saya simpan lama dah dalam hati ni dan sekarang baru nak tanya. Sebab mungkin saya tertanya tanya how they do it?

So ha jawab jawab. Saya keliru buntu musykil curious. 

4 comments:

Zyra Roxx said...

Bila hari normal aku pakai lihgt mekap. Lipstick, bedak, blusher. Semua benda tu senang cuci, hahah. Hari period lebih sikit la eyeshadow maskara eyeliner, wakakaka. Aku bawal person so takde masalah seminit je siap

NADIA vs BERON said...

Same with Zyra. Pakai light mekap je, yang senang cuci. Nak zohor cuci. Lepas solat lagi light, pakai bedak nipis je and lipbalm unless ada meeting kat luar. Then nak asar kalau x make up dah terus ambil wudu'. Begitulah lebih kurang

cEro said...

Ini soalan yang sangat bagus dan aku sangat look forward dengan segala jawapan yang ada.
Aku pernah nak tanya dulu tapi aku ni jaga hati orang sikit so takut-takut ada yang tersentap terasa tapi memang curiosity memuncak nak tahu macam mana orang pompuan handle benda ni.

Keeee wujud mekap telus air?

MisDiarios said...

emmm sy tak tahu sangat pasal mekap ni sebab bedak pun memang setahun sekali je pakai.. T_T to be honest im a really lazy type when it comes to make up thingy.. tapi bebaru ni ade lah pakai bedak sebab mak bising anak dara kena rajin so sy pun pakai je bedak johnson baby kaler pink..hahah so emmm tu jelah..hahah..
follow sini #182