Monday, June 12, 2017

Hidup Lebih Bermakna

Saya ada azam baru tahun ni di mana dah 5 bulan dah saya dapat laksanakan azam tersebut.

Beli satu buku setiap bulan.

Why? I have my own reasons.

First of all nak bagitahu tajuk buku yang saya dah habis baca yang mana ia juga saya buat pinned tweet di Twitter saya.

Januari = Diva
Februari = Fangirl
Mac = Eleanor and Park
April = An Abundance of Katherines
Mei = My not so Perfect Life
Jun = currently reading Finding Audrey

Hobi membaca ni memang sejak dari kecil. Kat sekolah rendah dulu suka jek time rehat pergi pusat sumber baca buku penyiasat kanak-kanak dari author Enid Blyton kalau tak silap saya. Memang favourite. Dah besar dah kahwin dah kerja ni pun masih beli buku dia. Gila? No I'm not.

Tahun lepas dan tahun2 sebelumnya saya tak ada azam macam ni sebab tak terfikir. Beli bila rasa nak beli. Masuk jek Borders or MPH or Kinokuniya pergi kat Children Section which is sangat memalukan haha but english dia senang difahami so why not, right?

So alhamdulillah saya masih istiqomah dalam membeli buku setiap bulan dan habis baca sebelum masuk bulan berikutnya. Prinsip saya. Haruslah berdisiplin sikit.

The other reasons why saya ada azam ni ialah saya dah malas nak tengok phone bila tak buat apa-apa sama ada di rumah, di sekolah atau masa tengah tunggu order makanan sampai di restoran. Nak tunggu order sampai pun mesti automatik kita keluarkan phone. La ni takdek dah. Saya keluarkan buku. Borak sikit2 pastu tengok phone eh malaslah nak layan. Haha.

Maaf, bukan nak show off saya ulat buku ke or buku saya beli mahal ke or tak berbual dengan orang ke oh no no bukan begitu. Saya dah ada mindset yang berbeza untuk tahun ni dan harapnya sampai bila-bila.

Dah selalu sangat masa kita dihabiskan dengan tengok phone kan? Main game, tweet, FB, instagram, whatsapp or whatever. I dah pening I dah bosan. Haha so I think the best way to avoid myself from looking at my phone most of the time is reading. Sangat mendamaikan okay.

Lagi pun dalam media sosial sekarang kan terlalu banyak fitnah tohmahan keji maki orang tak tentu pasal so no I've had it. Baik baca buku. It's like you're jumping into the new world. Tak ada siapa yang nak kacau. Kang maki dalam media sosial sia2 jek dapat dosa. Bulan puasa pulak tu.

And bateri phone kita tak cepat habis pun kalau kita tak selalu tengok phone. Betul tak? Tak perlu susah2 bawa powerbank sebab saya memang tak suka powerbank pun. Ia akan membuatkan kita lagi ketagih nak main phone bila ada powerbank. Haaaa betul tak betul tak??

I think this is my best way to avoid MYSELF fron social media. How about yours?


p/s: sorry guys sangat busy.
p/s/s: kang ada la yang mengata "ala baik baca quran dari baca buku" *facepalm sekali*

No comments: