salah satu hobi.beli baju tidur.dari kecik lagi suka dengan baju2 tidur yang bermacam2 corak,kartun ada,bunga2 ada,ah kebanyakannya kartun lah kan.
dah kahwin ni pun beli lagi baju tidur kartun.cantik dan comel.sesuai dengan tuannya.ahaks! gedix di situ.
korang tak ada baju tidur ke?time kecik2 dulu kan,keluarga saya ada satu tradisi di mana semua orang kena ada baju tidur.kira pakai baju ikut kesesuaian waktu.
contohnya kalau saya dah mandi siap basah rambut dengan siap sikat rambut yang belum sempat kering pun TAPI kalau tak tukar kepada baju tidur memang mama saya dengan perintahnya,"gi mandi!".
dia ingat saya tak mandi lagi....padahal just pakai tshirt dengan seluar trek jek pun.TAPI SAYA DAH MANDI.
memandangkan dalam keluarga saya ni orang lelaki nya sorang sahaja iaitu ayah saya so saya just dapat satu generalization di mana baju tidur lelaki hanyalah tshirt dan kain pelikat.aah diorang tadek baju tidur macam perempuan punya.pyjamas pun takdek.
sampai ke saat ini yang paling rebel taknak ikut tradisi baju tidur ni ialah adik bongsu saya.amboi amboi sedap kau nak merebel tradisi keluarga! baju kaftan aka baju kelawar pun dia tak nak pakai.peti sejuk punya budak.
terdetik nak buat entry pasal baju tidur ni sebab tadi tertengok ulangan rancangan Meletop kat astro ria.baju Fathiya pakai tu macam baju tidur! tshirt yang longgar dan labuh paras lutut kaler kuning.brand Moschino.tapi bila korang google image korang tau lah dapat gambar apa.kakaka
so korang tadek baju tidur ke?



