Tuesday, December 29, 2015

Bandar Seri Iskandar

Masa cuti Maulidur Rasul dan Krismas itu hari saya pi jalan2 ke Seri Iskandar. Tempat ni banyak kenangan di mana saya buat praktikum kat sini selama 2 tahun. Sebab rindu punya pasal kat sekolah lama so stay la sana one night. Tapi panas terik yang amat.

Nak cerita banyak2 pasal tempat ni kang boleh mengalir air mata tau sebab rindu dan tempat ni best cikgu2 nya. Lagi satu kawasan kampung yang aman. Oh anyway saya mengajar sekolah orang asli which was amazing and best experience I have ever had. I have learnt a lot lah senang cerita.

K dah jom tengok gambar.

















Seri Iskandar ni kat Perak tau. Kang tatau pulak. Kakaka

posted from Bloggeroid

Thursday, December 17, 2015

Poket

hey y'all.

korang tahu tak adanya poket pada baju atau seluar adalah salah satu nikmat dunia?

tapi tahukah anda yang ada poket untuk baju kurung juga adalah nikmat paling besar dalam hidup saya?

jeng jeng jeng..

sejak sekolah rendah lagi poket baju sekolah saya memang kena ada or basically semua baju kurung sekolah ada kot poket.selalunya belah kiri.tabiat suka ada poket pada baju kurung sekolah ni terbawa2 ke baju kurung biasa terutama baju kurung untuk hari raya.

salah satu sebab baju kurung saya ni semua ditempah kat bestfriend mak saya sebab dia boleh buat poket.baju kurung yang main beli dah siap kat luar tu mana ada poket.I'm a very busy girl and now a busy woman.cewahh sebab poket ni banyak kegunaannya.

- boleh letak duit
- boleh letak phone sebab phone saya bukanlah sejenis tablet or phablet
- simpan duit2 yang tercicir kat sekolah dan bagi kat guru bertugas.kalau letak dalam purse aihh harom pulak terguna nanti.
- tak suka pegang barang sambil berjalan.baik letak dalam poket

sampai sekarang pun baju kurung saya semuanya ada poket.mak saya kata saya ni ikut perangai arwah nenek.baju2 dia semua ada poket jugak.hurmm..perangai orang tua lah ni.kuikui

sekarang ni saya ada dua jubah yang ada poket kat depan ye anak2 bukan kat tepi.lagilah saya suka usha mana2 kedai yang jual jubah berpoket ni.blouse yang berpoket pun ok jugak.

so korang suka ke baju kurung ada poket?kalau lelaki korang suka dan selesa ke ada poket kat dada kiri tu?guna ke tak?



Monday, November 23, 2015

Santai November

Ok guys it has been a long time havent updated any entry yet.

Banyak kerja. Busy. Makin nak akhir sekolah makin banyak kerja. So yeah dah cuti sekolah pun ni lalalaaĆ ...

Sebagai balasan lama tak update saya nak share gambar sahaja sepanjang November ni. Hope you guys enjoy it. Kuikuikui enjoy lah bebenor.


















Ok bye bye.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 25, 2015

Keperitan itu Satu Penderitaan

kemain tajuk entry.

last Friday at 3 am.tetiba terjaga dari tidur sebab sakit dalam mulut.confuse jugak ni sakit gigi ke sakit gusi.pusing kiri pusing kanan dah 40 minit tak boleh tidur.dengan terketar2 sebab tahan sakitnya gagah jugak lah pergi bilik air ambil dan sapu ubat gigi kat gusi dan gigi atas belah kiri.hujung sekali.430 am baru boleh tidur dengan nyenyak.

sakit ni berlarutan sampai hari isnin.so imagine jek la macam mana saya survive nak makan lagi kumur2 mulut dengan air garam lagi.nasib baik cuti jerebu so my husband kerja half day hantar gi klinik gigi.doktor kata kalau tengah sakit tak boleh cabut.so dia bagi antibiotik suruh habiskan then baru datang balik.time gigi dah tak sakit baru boleh cabut.memang dah tak boleh tampal sebab lubang dah besar.huhu..

tapi sebelum tu doktor cek semua gigi saya dulu.yelah last cek gigi 5 tahun lepas kot.I'm a bad girl.pastu terjumpa satu gigi bawah kat tepi ni kena tampal.so ok fine lah tampal jek lah kan.dia cungkil2 nak buang kotoran tu sekali..dia kata tak boleh tampal sebab lubang dah ke dalam sangat dan saya tak terasa sakit sebab bakteria dah sampai ke akar.

so ada 2 options.either cabut gigi or buat root canal or rawatan akar.cabut gigi ni just kelemahannya ialah gigi dah tadek sebab gigi kekal kan?kalau root canal boleh jek dan after that dia letak crown sekali.iaitu double protection untuk gigi tu.tak cabut la kiranya.tapi cabut gigi RM80 dan root canal RM600.tak sure termasuk buat crown ke tak.bayar boleh ansur2.maksudnya appointment sekali bayar separuh.appointment kali kedua bayar lagi separuh.lebih kurang macam tu.

tapi me and my husband macam malas dah nak ulang alik ke klinik gigi sebab busy dan yes malas so I decided "ok cabut jek lah doktor".senang.sebab teringat cikgu kat sekolah cakap, "cabut sekali tapi lega selama-lamanya".dan ye jugak sebab tengah bulan tak cukup duit.kakaka tadek gigi ni no hal nanti bila2 buat jek la gigi paslu sebatang.bukan mahal pun.

tapi kalau gigi depan memang saya buat root canal lah.cemana nak senyum ye dak?nak mengajar lagi.kah! oh yes total bayar RM110 sebab campur antibiotik dia suruh habiskan tu.

dalam tempoh nak habiskan antibiotik tu sebenarnya banyak jugak dugaan.lepas makan apa2 pun saya akan cepat2 gosok gigi.sakit wehhh naik sampai ke kepala belah kiri sebab sakitnya kat belah kiri.nasib baik jugaklah cuti jerebu dilanjutkan sampai 4 hari.

so semalam gi semula klinik tu.dari pagi sampai pukul 4 petang saya tak makan.ramai orang kot yang sama problem gigi dengan saya.datang pukul 10 pagi.dapat cabut pukul 12.30 tengah hari sebab ramai orang.kering dan pedih terus lelangit dan anak tekak.satu hal sebab nak makan awal kang kena gosok gigi lagi.sebab kedua ialah lepas cabut gigi bongsu ni agak susah sikit nak makan.minum air pun tak padahal boleh jek.nak celebrate konon2 akhirnya cabut jugak gigi dan berakhirnya penderitaan maka nya gi lah makan Kenny Rogers.

total semua RM110 jugak.tadek ubat sebab ye lah dah cabut kan nak ubat mendenye lagi.so now basically saya kehilangan dua gigi.seram ke idok?

banyak nak bagi peringatan ke engkorang semua.pergi lah cek gigi 2 kali setahun.selagi boleh tampal gigi yang berlubang kecil tu tampal jek lah.kalau sayang duit gi lah menghadap klinik kerajaan yang bayar singgit tu.kalau tak suka menunggu pergi jek lah private.tak salah pun belanja lebih sikit untuk gigi.kang gigi tu jugak nak tolong mengunyah melumatkan menghancurkan menyiat makanan kau nanti.I tahu lah i guru DST Tahun 3 okaayy.lulz

lagi satu.tukar lah berus gigi 3 bulan sekali.kalau dah sampai sebulan pun berus gigi kau dah kembang macam penyapu kau tak yah ikut sangat dah kata2 aku tadi.pergi jek lah beli berus gigi baru wehh.itu pun nak saya tolong ingatkan ke.dah besar kot!

jangan lupa berus gigi SEBELUM TIDUR.kalau bangun pagi i am so sure semua orang gosok gigi tapi kalau SEBELUM TIDUR ni payah sikit.bakteria banyak menyerang gigi kita time tidur lah.kau bayangkan jek lah iklan2 gigi rosak kat TV yang ada alien2 kecik duk ketuk2 gigi kau sampai berlubang.

erm apa lagi eh?haa gosok gigi kat hujung2 belakang2 tu lama sikit sebab gigi belakang tu yang kadang2 tak kena berus gigi sebab belakang sangat kan.

kalau orang yang pernah rasa sakit bersalin mesti dia kata sakit gigi adalah sakit kedua lepas bersalin.ye lah kalau gigi sakit kau susah nak makan,tadek selera,bila tak makan kau tadek tenaga.bila tadek tenaga kau akan demam.bila demam cemana nak buat kerja?sanggup ke makan bubur melalui straw hari2?

so dah esok gi cek gigi.hari Ahad semua klinik gigi tutup.

now saya dah susah sikit nak sebut huruf S dan R.mula2 memang macam tu sebab nak biasakan mulut tadek dua batang gigi ni.

Ada apa2 lagi ke nak share or nak tanya?






Wednesday, October 14, 2015

Allergic Jijik

Salam Maal Hijrah semua.

semoga sihat sihat semuanya.

korang ada allergic to something tak?makanan lah selalunya.bau bauan tatau lah pulak.

saya ni dari kecik memang allergic to seafood. walaupun ada orang cerdik pandai akan tanya saya "ikan pun seafood.apsal kau tak allergic pun?" tapi saya tetap melemparkan senyuman yang paling manis sekali.

seafood ni macam sotong, udang, ketam, kerang dan macam2 lagi lah. yang pernah makan ni jek.tapi sotong dan ketam paling sedap.hihi

selalu kalau makan seafood ni kesannya ialah gatal2 selalunya di bahagian kaki takpun mata.baru2 ni time dinner saya makan sotong.pagi esok makan mee goreng dan dalam tu ada udang.bila nak drive ke sekolah tetiba gatal2 merah2 di kaki.bayangkan mana nak tengok depan lagi.nak garu lagi.nak tekan minyak nak tekan brek lagi.lahabau..

memang dah tahu diri ini tak boleh sangat makan seafood tapi kadang2 tu...nak rasa jugak kan?kalau mak kita masak ketam masak bercili dan sotong bakar haaaa takkan hang nak tengokkkk jek kan??kena makan jugak.nanti kecik hati seorang ibu.ececeyy

dari kecik sampai dah kahwin allergic ni ada.memang tak boleh hilang ke?ke cemana?korang tadek allergic?untunglaaahhhh...

Monday, October 05, 2015

Menabung

Pernah tak korang terbaca RT dalam twitter tentang menabung hari2 tapi ikut date?kalau 12 hb so korang kena simpan rm12 untuk 12 hb tu?dan seterusnya sampai 30 or 31hb?

And guess what brothah and sistaahh? I dah buat untuk bulan lepas dan sangat istiqomah yee anak2 sampai hujung bulan.jumlahnya?dalam rm465 rasanya.kalau salah hang kira lah balik.haha..

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10 dan sampai 30 lah ye.

So ni jek la hasilnya.kehkeh..










So korang taknak try?

posted from Bloggeroid

Saturday, October 03, 2015

Mimpi Subuh

morning guys.

I had a dream weh last night. si watak Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta tu muncul. tak memasal kan padahal semalam balik rumah sampai malam terus tidur kot. tak fikir kat siapa2 sebab terlalu penat.

mimpi ni start macam ni..

entah macam mana saya sesat kat Indonesia. saya ikut trip agaknya. saya terpisah dengan rombongan saya lalu berjalan jalan lah saya keseorangan melihat ibu kota Indonesia iaitu Jakarta. 

kemudian saya tak cukup duit syiling nak call guna public phone (ada lagi ke sekarang?) lalu ada seorang jejaka sehensem Fedi Nuril menghulurkan syiling 20sen dari Indon (of course lah aku kat Indon kot) kepada saya. saya terharu kemudian bermulalah bibit2 kemesraan sebab si Fedi ni ada menyelit ayat2 quran untuk memulakan persahabatan kami. entah apa I pun tak ingat.haha

dia tahu saya sesat. dia carikan hotel untuk saya. dia kata esok dia datang nak bawak saya jalan2 lagi. makan diberikan. pakaian juga dia belikan. nampak tak fairytales sangat kat sini?

dia bawak saya jalan2 dari pagi sampai ke malam. nak dijadikan lagi dramatik kisah cinta mimpi ni satu hari tu dalam satu kedai jual kraftangan saya dah ternampak sorang ahli rombongan saya. maka nya saya try la nak menyorok2 lepas tu sergah si kawan ni. bila dah habis sergah, certa segala macam cerita, baru teringat si Fedi ni hilang dari pandangan mata. dah lah handbag I tu I suruh dia pegangkan. 

dia hilang terus macam tu. dia larikan diri ke apa ke I don't know. purse i semua dalam handbag tu kecuali my phone i pegang.

dan entah macam mana juga saya boleh sampai Malaysia dengan passport semua hilang. mimpi kan?standard lah tu. cuma saya sempat share no phone saya kat dia dan dia pun bagi no dia.so kitorang berwhatsapp.duhh..

tapi dia ni lain sikit.dia akan reply text saya melalui status whatsapp sahaja.like seriously guyss??? saja baca status dia sekali tu semua reply dari text saya send. perghhh mencabar lah kisah percintaan mimpi ni.
terus terjaga dari tidur.

ok tu saje.bye.

Sunday, September 27, 2015

27.9.2015

Happy 2_th birthday to my love of my life, to my best and favourite man after my dad, of course duhhh.haha eh sama umur lah kita.

Memandangkan birthday u hari Ahad dan esoknya sekolah so I dah siapkan entri ni awal so that I tak terlupa nanti.lelss the heck Konah alasan gini?

Apa2 ucapan birthday nanti I cakap direct kat u terus lah kan.buat mende kabor kat sini?just nak tuju lagu jek.











Happy birthday b. publish time pun I set tarikh birthday u tau.

ok dah bye.

Friday, September 04, 2015

Introvert

sambungan yang previous entry.ok introvert.sebelum ni saya macam rasa saya campur2.ada sikit introvert dan sikit extrovert.tapi bila dah jadi pemegang ijazah dalam bidang psychology ni so saya tahu lah saya lebih kepada yang mana.

introvert.

tapi ramai yang salah anggap tentang saya dan mereka yang tergolong dalam personality macam ni.saya dah memang dah tak ingat dah introvert ni sejenis trait or masuk dalam kategori mana.dah grad 5 tahun lepas.lelss

salah faham orang ramai tu saya terjemahkan jek lah dalam video yang saya nak share ni.senang sikit kot korang nak faham.pastikan tengok video youtube ni bukan di tempat kerja anda.mana tau diorang block youtube punya website kan?kakakaka

happy watching guys.hopefully lepas ni korang faham lah keadaan kami ni ye?




Saturday, August 29, 2015

Attractive

Sometimes kita tak tahu yang kita ni adalah sangat attractive untuk seseorang.

Saya ni introvert (gi google sana). So personaliti agak tak menarik untuk orang ramai dekat dengan kita or make friends.

But someone told me this..."you are so attractive".ok sangat general tapi saya rasa lebih kepada personaliti lah kan?

Extrovert bila2 masa boleh jadi introvert but introvert nak jadi extrovert?ermmm....

Kalau nak ikutkan pendapat dari seorang yang introvert macam saya ni memang saya akui...dalam twitter fb instagram blog bestfriends memang sangat sikit.yang betul2 rapat jek boleh faham saya macam mana dan saya memang tak berminat sangat nak tambah kawan rapat yang baru.berkawan memang ramai but really close sangat sikit dan saya tak suka menyemak menyibuk banyak sangat followers on social media.

Goshhh guys what do you think of me?

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 25, 2015

One Day

I should have known.
That you would leave and
pretend everything is fine one day.
That you would go on with life and wake up
as if you have not heard my name one day.

I should have known that you would meet new faces
and new persons as the time passes by.
That eventually these faces will erase all the features
of my face and the nuances of my voice
from your memory.
That one day I would sound foreign to you
and soon enough I will return to a complete stranger.

I should have known that you would laugh and smile
under the rays of the sun with specks of silver in your eyes one day.
You would speak jubilantly and would banter jokingly with another reason
that makes you happy one day.

I should have known that the time will come when you are
completely, utterly and perfectly free from the mention of my name,
from the notification of my existence,
from the murmurs of your intuition.

I should have known that you have found another solid muse
to stay up late for, to reach for during melancholy days,
to lend your square shoulders to,
and to bid goodnight wishes and love lyrics to.





p/s: this is not mine. taken from my favorite blogger. you can google it if you want coz I won't tell youuuu lalala~~~


Monday, August 24, 2015

Yang Lama Jugak Bagi Kenangan..

Perghh tajuk entri dah serupa macam nak share satu puisi jiwang yang rapuh rabak kecai jatuh pecah dan apa apa lagi lah bahasa kokping.hihi padahal tajuk entry tak menggambarkan sangat.tapi ada la sikit..

Malam ni saya cari balik laptop lama dan try on dengan charger (of course lah wey dah bertahun tak charge) dan tadaaaa dia hidup!

Laptop beli tahun 2007.so dah 8 tahun umur dia tapi ok lagi.sebelum tu dah masuk 4 tahun dia dah buat hal dah.dengan stuck nya dengan lembapnya dengan tak upgrade windows nya lagi.tapi ngam2 lah guna sampai habis study.alhamdulillah..

Guna laptop ni jugak lah I started blogging, buat fb, main YM sampai ke subuh, buat assignments, skype dan video call guna YM, buat twitter, kenal bloggers, semua ni tahun 2010 kecuali twitter dan fb which I created in 2009.ok fine id YM tu create time...masuk matrik rasanya.

So korang ada lagi ke laptop first korang beli tu?berapa kali dah tukar laptop?dah berapa kali format?I beli laptop baru in 2012.Asus.dulu Acer.ya i know typical kan?

Bila kenangan menerpa ni haruslah kita update blog dan share gambar.

Korang ada keeerrrrrr miranda keeerrr?

Thursday, August 06, 2015

Kerja Sampai..

hey hey all.eh dah masuk Ogos dah ni beb.puasa enam pun tak sempat.sampai lima hari jek pastu K O.ikikiki

anyway lately saya banyak kerja.like seriously.korang ingat kerja cikgu sekarang macam kerja cikgu apa tu dalam drama Masam Masam Manis.Cikgu Shaari eh?wuuuu salah beb.sekarang cikgu boleh buat macam2 kerja.jadi nurse, jadi jurulatih, jadi kerani siapkan bermacam2 fail, jadi tukang fotostat kertas banyak2, jadi gangster kekadang, jadi pakgad kat pintu pagar sekolah time jadi guru bertugas mingguan, jadi penyiasat pasal kes kecurian kat sekolah, jadi polis sementara sebab dapat tangkap budak hisap rokok elektronik kat sekolah daaannnnn....ok you name it bebeh!

itu tak termasuk kerja nak mengajar dalam kelas, nak buat ABM or BBM (ni cero kau kena google kakaka), nak buat borang maklum balas sebab minggu lepas kena observe dengan PPD time mengajar pastu kena marah disebabkan bukan kesalahan saya tapi orang atas memang macam ni ke perangainya aku tatau,daannnnnn banyak lagi!

disambut pula dengan whatsapp yang bertubi2 dari group yang entah apa apa like group ni kau tayah nak create in the first place kot tapi kau nak create jugak pehal haaa aku left kang baru tau, email juga tak segan silu datang tanpa diundang sebab sekarang semua cikgu kan busy sampai kerja dan announcement pun nak bagi email padahal dalam group whatsapp dah bagitahu, daannnn lagi saya ada rasa nak delete acc whatsapp untuk kali kedua.yup i have deleted once two years ago.

ni lah orang kata.sampai mati pun kerja takkan habis.dah mati pun ada orang lain tolong gantikan.punya lah banyak kerja.

korang pulak macam mana?sihat ke?banyak kerja ke?

Thursday, July 23, 2015

Tips Raya lah ni konon..

tahun ni banyak hari kena ganti puasa and I was like.....erm erm jek lah.

setelah lama hidup ni dan perbezaan hari raya compare dari zaman pakai baju gaun sehinggalah menjadi hijabster tegar ni saya dapat rasakan sangat ketara perbezaannya kemeriahan menyambut hari raya tu.entah apa yang saya taip ni.

ok jom saya kongsi dari pengalaman untuk jadikan raya tu lagi meriah dan perut korang tak meletup secara tiba-tiba mahupun dapat dosa kering ketika on the way balik kampung.lulz..


1. jangan charge phone.memandangkan kita nak amalkan kurangkan main phone ketika hari raya tapi masih nak selfie maka nya korang guna lah phone orang lain yang tak reti bahasa taknak lepas phone dari genggaman.dengan cara ini phone korang juga jimat bateri dan mendapat pujian dari bakal mertua atau...mertua.hikhikhik

2. utamakan orang tua.apa apa yang korang buat semasa puasa dan hari raya ni marilah sama2 memberi perhatian kepada kedua ibu bapa kita dan juga...wait for it...dan juga mertua kita.alhamdulillah lah so far saya dah boleh laksanakan tips ni untuk tahun ini dengan sepenuhnya.sebelum agaknya separa penuh.

3. duit raya.tahun pertama gaji saya dulu pun walaupun tak sampai seribu tapi saya masih mampu bagi duit raya ke kanak2 dan mak ayah dan juga pakcik makcik yang dah bersara dan juga sepupu2 yang masih belajar di uni.korang yang gaji 2k ke atas ni takkan kedekut pulok ye dak?ha malu tak malu tak?paling sikit duit raya saya bagi rm5 jek.pandai2 lah korang imagine saya save berapa duit.kuikuikui

4. belai perut.kakaka apa punya tips ni.perut korang akan terkejut dengan lauk pauk hidangan yang perut korang terima sekali setahun ni.so raya kedua saya bertindak dengan dinner di Burger King.tak lalu dah den nak makan rondang eh.

5. duit syiling.saje nak bagi berat sampul raya kekonon banyak habuannya padahal saya tak suka simpan syiling banyak2.berat handbag berat purse i taaauuuuu.korang letak jek berapa2 pun.rm13.60 ke rm6.40 ke.

6. baju raya.raya pertama nak gi solat raya tu kami yang perempuan ni pakai jubah hitam jek dulu pastu kang balik nak hidang makanan lagi nak kena basuh pinggan lagi berpeluh lagi kat dapur.so pakai baju kurung biasa jek dulu.nak beraya or nak ambil gambar family baru pakai baju raya hang yang paling mahai tuuuu.

7. balik kampung.saya balik Kuantan hari Rabu minggu lepas pada pukul 2 petang.memang jalan line clear beb.depa ni suka gerak bila lepas berbuka or lepas sahur.tu yang jem siput gila babi atas jalan.so korang gerak time tengah hari lah.before berbuka.time siang panas2 terik sebab depa tak suka panas2 ni.kita jek yang suka.haha

sekian.panjang dak entri ni?tak?bagus!


Thursday, July 09, 2015

9.7.2015

"Wake up weh wake up birthday girl!"

Sweet lah konon kejut gitu nak sahur.lulz

Happy 2_th birthday to my dearself.dont worry saya still 2 series.teheee

Ada sebab2 best yang jadi pada hari jadi saya hari ni :

1. Kali kedua sambut dalam bulan Ramadan

2. Dapat gaji.heeee

3. Lahir tepat pada pukul 10 pm so tonight is malam jumaat.harap2 ada keberkatan.

4. Episode last Betty la Fea hari ni wehhhh kat astro bella pukul 5 pm tapi saya tengok ulangan laa sabtu ni.

5. Perasmian proton saga tarikh hari ni jugak tak silap saya.dah google tadi.

p/s : tadi dah update dalam kereta time jem kat MRR2 pastu tadaaa phone restart.ingat tadi terpaksa buka puasa dan celebrate birthday dengan MRR2 dan warga2 marhaen KL dah.

Ketidakpuasanhatiku : ada dua van astro kosong kosong lalu dengan polis jadi eskot.mengada dah la jem hoi sian lah kami rakyat marhaen ni.

Friday, June 26, 2015

Tazkirah 9 : Memelihara Mata

3 perkara besar iaitu didikan, perhatian dan ancaman.

1. Ta'dib (didikan)
2. Perhatian
3. Ancaman

Rasulullah bersabda, "sesungguhnya memandang kepada keelokkan seseorang perempuan itu merupakan satu panahan daripada anak2 panah syaitan, sesiapa yang meninggalkannya maka diberi oleh Allah kepadanya kenikmatan beribadah".

Berkata Zun Nun al-Masri, "sebaik-baik perkara yang menghalang syahwat itu adalah dengan menundukkan pandangan".


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Thursday, June 25, 2015

Tazkirah 8 : Mengingati Mati

Ditanya kepada Rasulullah siapakah orang yang cerdik. Baginda menjawab, "orang yang paling banyak mengingati mati dan memperelok persediaan menghadapinya".

Orang yang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :

1. Segera bertaubat
2. Qanaah (berasa cukup) dengan rezeki yang ada
3. Cergas beribadah

Orang yang lupa pada kematian di timpa dengan 3 perkara :

1. Melengahkan taubat
2. Tidak reda dengan rezeki yang sedikit
3. Malas beribadah

Mati tidak menunggu tua atau menunggu sakit. Ia boleh datang bila-bila msa. Bersediakah kita?

insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Wednesday, June 24, 2015

Tazkirah 7 : Jangan Pecahkan Perisai

Puasa yang dikiaskan oleh Rasulullah sebagai perisai bagi orang beriman.

Sehubungan itu, Rasulullah juga memberi peringatan kepada kita agar menjaga perisai ini daripada dipecahkan dengan dosa-dosa anggota tubuh badan kita.

Rasulullah telah bersabda, "cungkillah gigi-gigimu". Mereka berkata, "hari ini kami tidak makan sedikit daging pun". Rasulullah bersabda, "daging saudaramu si polan terselit di celah gigimu". Dapat diketahui bahawa mereka telah mengumpat seseorang.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Tuesday, June 23, 2015

Tazkirah 6 : Kewajipan Menjauhi Perkara Haram

"Tuhanku hanya mengharamkan segala perbuatan keji yang terzahir dan yang tersembunyi, perbuatan dosa, perbuatan zalim tanpa alasan yang benar, dan (mengharamkan) kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu, sedangkan dia tidak menurunkan alasan untuk itu, dan (mengharamkan) kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui".

(Surah Al-A'raf, ayat 33)


"Dan janganlah kamu mendekati harta anak2 yatim, kecuali dengan cara yang bermanfaat, sehingga dia mencapai (usia) dewasa. Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani seseorang melainkan mengikut kesanggupannya. Apabila kamu berbicara, berbicaralah sejujurnya. Walaupun dia kerabatmu dan penuhilah janji Allah. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengambil perhatian".

(Surah Al-An'am, ayat 152) 


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Monday, June 22, 2015

Tazkirah 5 : Memilih yang Halal itu Fardhu

Memilih dan mencari yang halal bukan hanya pada makanan sahaja tetapi kita perlu memilih yang halal dalam segenap lapang kehidupan. Antaranya:

1. Sumber rezeki yang halal. Tidak memperolehinya melalui cara menipu, mencuri, rasuah, memperdaya orang lain dan sebagainya.

2. Bermuamalah dengan sistem Islam. Tidak terlibat dengan riba, judi dan gharar dalam urusan perniagaan, pinjaman bank, insurans dan sebagainya.

3. Menjaga batas syarak dalam pergaulan seperti menutup aurat, menjauhi zina, berakhlak dengan akhlak Islam dan sebagainya.


p/s: gharar tu apa?tak sempat google.



insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Sunday, June 21, 2015

Tazkirah 4 : Memohon Keampunan Allah

Ramadhan adalah kesempatan yang terbaik bagi kita untuk mendapat keampunan Allah.

Sabda Rasulullah "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka Allah ampunkan dosanya yang telah lalu".

Sewajarnya kita takut akan peringatan Rasulullah dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud "celakalah orang yang mendapat bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Saturday, June 20, 2015

Tazkirah 3 : Kembali Kepada Allah (Taubat)

Bertaubat daripada setiap dosa adalah wajib. Bertaubat bererti kembali menginsafi kesalahan dosa lalu memohon keampunan dari Allah. Untuk bertaubat manusia perlu kepada tiga syarat. Pertama, menghentikan diri daripada melakukan dosa. Kedua, menyesali perbuatan dosanya dan ketiga, berazam untuk tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.

Sekira dosanya berkaitan dengan seseorang, ditambah syarat keempat iaitu meminta kelepasan dari orang itu. Jika berkaitan harta, perlu dikembalikan, jika berkaitan tuduhan, perlu digugurkan dan memohon kemaafan. Jika berkaitan umpatan, perlu meminta kelepasan daripdanya.

Orang berpuasa seharusnya banyak beristighfar memohon keampunan. Dengan berpuasa, keharaman melakukan maksiat bertambah kuat. Jika seseorang berpuasa tetapi maksiat tetap dilakukan, tentulah pahala puasa menjadi korbannya.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Friday, June 19, 2015

Tazkirah 2 : Ilmu Penyuluh Kehidupan

Sabda Rasulullah "sesiapa yang Allah inginkan untuknya kebaikan nescaya Allah beri kepadanya kefahaman ilmu agama".

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Antara ilmu yang perlu diutamakan:

1. Ilmu mengenal Allah
2. Ilmu yang membawakan kepada betulnya ibadah
3. Ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah

Niat untuk menuntut ilmu hendaklah ikhlas kerana Allah. Selain ilmu fardhu ain, umat Islam juga mesti menguasai pelbagai jenis ilmu duniawi seperti sains dan teknologi untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam.


insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Thursday, June 18, 2015

Tazkirah 1 - Hidayah Menuju Jalan Allah

Apabila hati seseorang tergerak untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah, maka itu adalah tanda dia telah diberi hidayah oleh Allah. Hidayah Allah adalah sesuatu yang terlalu besar nilainya. Kita perlu berusaha untuk mendapat hidayah Allah sama ada dengan berdoa atau bermujahadah dijalanNya.

Sebagaimana firma Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang berjihad di jalan Kami (Allah) maka Kami akan tunjukkan bagi mereka jalan Kami".




insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!

selamat berpuasa geng!

Thursday, June 11, 2015

Jimat Bateri

kebanyakan manusia kat bumi ni mesti dah mampu guna telefon pintar kan?tak semua manusia tapi kebanyakannya lah.

so masalah yang selalu dihadapi mestilah masalah bateri cepat kong.saya ada cara sendiri nak jimatkan penggunaan bateri.cewaahh mungkin cara saya ni boleh dikatakan sangat lame.oh so lame gitu.tapi takpelah nak share jugak.lol

first,jangan sentiasa on mobile data or wifi kalau tak digunakan.yelah takkan 24/7 hidup korang dengan phone jek kan?takkan 24/7 nak surf internet,nak tweet,nak update blog,nak instagram whatsoever kan?so off jek mobile data dan wifi tu.nak guna baru on.taknak guna off.begitu juga dengan on location tu.on bila nak cari tempat jek lah or update weather ke check in.lepas tu off balik.kekadang bab turn on location ni saya lah selalu lupa nak off.

second,jangan charge lama sangat phone korang tu.bila dia kata dah full charged or unplug charger maksudnya memang dah full 100%.tak perlu charge sampai 2 3 jam kekonon bateri phone akan dapat full sejauh rindu 200%.dah jangan nak mengarut.bila korang charge terlalu lama,buat hari2 pulak tu nanti ada lah kes bateri kembung lah,bateri cepat low lah,phone teroff sendiri lah.

third,pasal charging jugak.elakkan charge time korang tidur.yelah tidur malam tu.katakan korang tidur pukul 12 pastu start charge phone sampai subuh.the hell menggg?kalau ikut cara saya macam ni jek.tak kiralah berapa % bateri tinggal saya akan biarkan jek dan set alarm lah pukul 4 ke 5 pagi bangun charge phone.sempat jek full kalau korang nak gi kerja pagi tu.saya tak suka sangat guna powerbank.nanti asik online jek..

tapi sebab saya sekolah petang so yess saya akan charge sejam awal sebelum gi sekolah.he he he..kalau full charge sampai balik rumah pun ada lagi dalam 80%.nampak tak?

fourth,sememangnya memang salah korang sendiri sebab selalu main phone.selalu online.selalu check in.selalu tweet.selalu ahh macam2 lah tanpa limit.so tanggung sendiri bila bateri ada problem.kosserr aku nak nasihat lagi.

nak selamat guna lagi satu phone yang untuk call dan sms jek tu.senang.nanti emergency kereta buat hal tengah2 highway ke boleh call mereka yang berkenaan.kalau smartphone habis bateri..terlupa bawak powerbank lagi...prepaid expired lagi...aiyookkk.

nasihat dan cadangan jek.korang ada cadangan lain?




Wednesday, June 03, 2015

Game Apps

Walaupun dah tukar phone dari android ke ios dan kembali semula kepada android saya mesti akan install satu game ni jek.wajib.Uno.

Dalam Galaxy Apps (kantoi guna Samsung) rupanya baru saya tahu ada banyak game yang lagi best dari dalam Play Store dan Apps Store.kalau korang guna Samsung dan OS korang dah Android KitKat and above..mesti ada Galaxy Apps ni dalam phone korang.built-in app lah kot orang kata.

Maybe korang rasa biasa jek lah kot game yang saya nak share ni.tapi kalau dah ada dam ular ni...haha addicted semakin teroxxx.

Korang ada idea tak nak install game apa?

Friday, May 29, 2015

Baju Tidur

salah satu hobi.beli baju tidur.dari kecik lagi suka dengan baju2 tidur yang bermacam2 corak,kartun ada,bunga2 ada,ah kebanyakannya kartun lah kan.


dah kahwin ni pun beli lagi baju tidur kartun.cantik dan comel.sesuai dengan tuannya.ahaks! gedix di situ.



korang tak ada baju tidur ke?time kecik2 dulu kan,keluarga saya ada satu tradisi di mana semua orang kena ada baju tidur.kira pakai baju ikut kesesuaian waktu.



contohnya kalau saya dah mandi siap basah rambut dengan siap sikat rambut yang belum sempat kering pun TAPI kalau tak tukar kepada baju tidur memang mama saya dengan perintahnya,"gi mandi!".



dia ingat saya tak mandi lagi....padahal just pakai tshirt dengan seluar trek jek pun.TAPI SAYA DAH MANDI.


memandangkan dalam keluarga saya ni orang lelaki nya sorang sahaja iaitu ayah saya so saya just dapat satu generalization di mana baju tidur lelaki hanyalah tshirt dan kain pelikat.aah diorang tadek baju tidur macam perempuan punya.pyjamas pun takdek.


sampai ke saat ini yang paling rebel taknak ikut tradisi baju tidur ni ialah adik bongsu saya.amboi amboi sedap kau nak merebel tradisi keluarga! baju kaftan aka baju kelawar pun dia tak nak pakai.peti sejuk punya budak.



terdetik nak buat entry pasal baju tidur ni sebab tadi tertengok ulangan rancangan Meletop kat astro ria.baju Fathiya pakai tu macam baju tidur! tshirt yang longgar dan labuh paras lutut kaler kuning.brand Moschino.tapi bila korang google image korang tau lah dapat gambar apa.kakaka



so korang tadek baju tidur ke?


Friday, May 22, 2015

Tindik

bertindik ni setahu saya untuk perempuan jek.ni pemikiran time maybe 15 tahun lepas.sekarang macam semua jantina boleh tindik even ada yang kurang bersetuju.lantak hang lah.

saya bertindik telinga ketika umur 7 tahun.semua adik-beradik perempuan ke sepupu2 ke memang tradisi agaknya tindik telinga awal2.ada orang sebelum masuk tadika dah tindik telinga.eeeee takut!

kelemahan saya ialah saya malu nak nangis ke nak jerit2 ke depan orang ramai.kat public places lah selalunya.kat rumah kalau ada tetamu datang pun saya tahan jek nangis.malu punya pasal.agak kagum dengan kanak2 lain yang berani menangis depan orang ramai.

anyway,disebabkan kelemahan itu makanya bila dibawa ke kedai barang kemas nak tindik telinga tu saya diam.padahal dalam hati membara lah ni nak nangis sebab takut sakit ditindik.ye ahhh cina tu guna alat yang macam rupa pistol tu.mahu kau tak seram.mata ni memang dah penuh macam air penuh dalam gelas tunggu masa nak tumpah jek.tapi ku tahan ku tahan jebat.

habis tindik jek,dalam kereta sampai balik rumah saya masih diam.entahlah pelik dan terkejut sebab ada sesuatu di telinga.rasa lain.tak biasa.dan tak faham kenapa perempuan kena tindik telinga.

sekarang ni lubang tindik ni macam dah tertutup jek sebab bertahun jugak la tak pakai subang.

korang bila start bertindik telinganya?mohon yang perempuan jek komen.laki nak share pengalaman nak tindik pun boleh ajeeee.tapi saya akan rasa pelik lah tu jek.lol

Monday, May 18, 2015

Khidmat Pelanggan

Saya ada satu isu dengan restoran makanan ni.saya search ig dia dan terus komen kat situ jugak.

Dah lepas 2 minggu baru saya pi setel semalam.







Daannn akhirnya setel.

Ce teka restoran apa?




Sunday, May 03, 2015

3.5.2015

Happy 1st anniversary to us, b. Hope we will live together forever and always get Allah's blessings.amin.

Wednesday, April 29, 2015

One Step At A Time



Kalau faham ok lah.kalau tak faham lantak hang laaaa bukan dapat hadiah pun.lulz.

Saturday, April 25, 2015

Review Avengers : Age of Ultron

Wayang pukul 10pm.
Tarikh 24.4.2015
Tempat wayang kat OU.

- mula2 keliru dengan movie yang sama saya tengok tahun lepas iaitu Captain America.

- Stark orang first kena dimanipulasi minda oleh Scarlet Witch or Wanda.

- Nat ni telah dimandulkan.

- Thor suka buat lawak.

- saintis korea tu macam suka Thor.haha

- Loki tadek dalam movie ni.for me it was a big dissapointment lah sebab dia....I suka.haha

- ultron sebenarnya jahat.ada lagi sekor tu baik tapi saya panggil ultron yang baik padahal nama dia Vision.

- baru saya tahu yang avengers main arrows ni ada family dah.

- semua orang tak boleh angkat hammer Thor even semua orang dah try.Captain try angkat dan bergerak sikit ah hammer tu.cuak jugak muka Thor sebab dia kata siapa yang boleh angkat hammer dia orang tu boleh.....K fine korang tengok sendiri.

- ada jugak akhirnya makhluk yang boleh angkat hammer si Thor tu.k suspen tak?haha

- ada makhluk kaler biru untuk avengers akan datang.

- ada sorang mati dalam movie ni.

Harap maklum.overall saya rasa movie ni  8/10 jek rating dia.


Korang please enjoy jek la gambar yang saya ambil semalam sementara nak bunuh masa tunggu wayang start.lol

Friday, April 24, 2015

Orang Gaji

Dari kecil lagi kami adik beradik dah merasai hidup dengan ramai orang gaji dari pelbagai tempat asal usul dan bangsa.haaaa panjang kan ayat?

Tapi niat sebenar parents saya upah orang gaji sebab time tu kitorang kecil lagi.sekolah rendah.balik sekolah tak tahu nak makan apa.nak jaga rumah.nak kunci pintu tingkap lah apa semua.mak saya tak yakin bab tu jek.bila dah naik sekolah menengah dah hapus dah orang gaji dalam rumah.hihihi

Tapi ada sorang orang gaji yang jaga saya dulu yang saya paling tak ingat.maybe dia jaga saya time baby or before masuk tadika.sebab saya masih ingat time tadika siapa yang jaga saya.

Pernah beberapa tahun lepas orang gaji misteri ni datang rumah dan tinggalkan nota dalam peti surat.time kami sekeluarga balik kampung.sampai sekarang saya masih simpan nota tu dalam purse saya dan...tak pernah ambil tindakan apa2 pun bila baca nota tu.

Saya dah lupa laaa dia ni siapa.





Monday, April 20, 2015

The Gorpis

Ok tentang ig goreng pisang cheese ni saya follow sebab pernah tengok video kat ig Neelofa.perghhh dia makan rangup sekali bunyi pisang goreng tu.

So if you want to know more and maybe nak try lah kan do follow ig diorang @thegorpis .mana tau dekat jek dengan rumah korang kan?

Masa tak flexible sangat lah sebab time ni selalu saya dah ke sekolah dan balik pun time maghrib.weekend boleh la itupun beratur.nak whatsapp pun lambat 5 minit jek terussss tak dapat order awal so kena pi sana beratur macam orang lain.

Happy eating! 

Saturday, April 11, 2015

Nic & Mar "Bonjour, Paris!"

sepatutnya hari ni habis sekolah saya tidur jek terus sebab tadi ada sukan tahunan.anyway rumah TDI iaitu rumah biru dapat no 3 okayyy haha padahal jerit jek lebih tadi time tarik tali,bukan saya yang tarik.lulz

disebabkan terlalu sibuk 2 3 minggu ni dan ditambah dengan kepenatan melampau sampaikan sampai rumah pun tak mengantuk sebab terlalu penat.masa saya diisi dengan menonton ulangan AADC 2014 di youtube.tiba-tiba...

ternampak drama pendek terbaru dari LINE INDONESIA.layan romantik drama sebab..maybe dah lama tak layan drama or movie?romantik tapi nak versi lain.taknak versi melayu.jom sesekali tengok romantik indon best jugak nak hilang penat.

latest episode published on 2 April 2015 rasanya.so kiranya saya tak lah slowpoke sangat.....kan?

mari viralkan!!!







anyway Nic dan Mar ni Mar tu Markonah tau.bukan Mariana.kakakaka kemain saya jugak nak Mar ni.comel!

p/s: anyway lagi episode 4 tu published on March 25th.ehem ehem eheemmm.ok bebeh enjoy your weekend!

Friday, April 03, 2015

Bye Apple.Hello GST

Setelah 4 tahun guna android iaitu LG Optimus One, HTC Wildfire dan Samsung Galaxy S2, saya yakin saya memang perlu bertukar atau kembali semula kepada android sebab..

1 tahun 5 bulan saya dah guna ios iaitu Ipad Mini dan iPhone 5..so now I dah ada android semula.hihihi GST pun kena..rugi pulak tak beli before 1 April.zzz

Nak bayar guna card pastu dia kata charge GST 2% terus lah gelabah pergi ambil cash.

Tajuk berita nanti keluar "seorang guru telah menggelabah sendirian di sebuah shopping mall terkemuka di ibu kota kerana tiada cash."

Macam mana pulak tau aku ni guru kan?kuikui

Teka aaa kita beli phone apa.hihi

Saturday, March 28, 2015

Healthy Food

My mom shared some tips on our whatsapp group about..you know eat healthy food and stuff.I thought I would like to share it.

All pictures. Don't worry.











Ok no more fries after this.and doughnuts.and cookies.and processed meats. At least we got to do something about it, right? For our body.

Happy eating!


Wednesday, March 25, 2015

25.3.2015

Banyak perkara untuk tarikh ni sahaja.

Genap kapel 10 tahun.hihihi

Hari ni lawatan ke Kidzania.senang lah tak perlu mengajar hari ni hihihi

Dapat gaji.lalala~~

Ada exam malam ni.


Semoga bertabah lah saya.mohh leee lunch jap gi makan meatball.ke steak?






Saturday, March 21, 2015

Sempat

Semalam terlalu letih dan kekenyangan.sampai rumah pukul 12.45am.tukar baju terus baring sambil melayan whatsapp.si suami dah pergi ambil wudhuk kat bilik air bawah dan terus naik atas masuk bilik dan solat Isyak.

Si suami menyuruh saya solat Isyak dulu baru tidur.kebiasaannya memang saya akan tidur dulu dan set alarm pukul 4 or 5 pagi untuk bangun solat Isyak.

Degil kan?

Bangun tadi tepat pukul 5.55am.agak gelabah nak ambik wudhuk lagi nak bentang sejadah lagi nak pakai telekung lagi.

Kan dah padan muka.

Ngam ngam jek habis berdoa dan usap ke muka terus kedengaran imam surau belakang rumah melaungkan azan Subuh.selalunya tak seawal ini.azan dalam phone pun tak bunyi lagi.

Awal atau lambat ke azan Subuh tu saya masih bersyukur sebab masih sempat solat Isyak tadi.yup nasib baik sempat.

Pengajarannya ialah apa2 solat fardhu yang lima tu please lah solat tepat pada waktunya sebab macam mana Allah nak cepat makbulkan doa kita sedangkan kita pun bertangguh bila nak solat?melambat2kan solat?Allah pun melambat2kan la permintaan kita.ini baru adil sebab Allah memang Maha Adil.

Kita memang tak malu kan? :(

Wednesday, March 18, 2015

Cuti Sekolah

Whenever we go shopping for groceries, my niece Kaheesha will do something like this.. 



At home she really likes me drawing her fingers like this..in my new notebook I just bought earlier today in Putrajaya book festival...



How's your school holidays guys?Err...ada ke budak sekolah baca blog saya ni?lelss sorry korang update via phone jek ni.malas nak transfer gambar.

Monday, March 16, 2015

Wakenabeb

ini nama salah satu rancangan nak prank orang kat ntv7 dulu.zaman dulu lah tak ingat tahun bila.lebih kurang sama dengan rancangan Kamera Apo?

sebelum rancangan tersebut disiarkan di TV Malaysia,seluruh ahli keluarga besar saya memang suka prank orang.terutama time nak balik kampung/rumah/time balik raya.

zaman sekolah dulu kalau nak balik kampung memang kitorang tak call pun arwah nenek or siapa2 yang ada kat kampung time tu.konon2 surprise.walaupun dah buat banyak kali tapi arwah nenek masih tak dapat nak rasa yang kitorang buat wakenabeb.

contoh situasi:

"Ana,balik Pekan tak minggu ni?"
"tak balik pun Ummi.."
"oh semua dok balik.aku masak sikit jek lah lauk hari ni.."

kekadang sedih jugak dengar dia cakap macam tu.tapi...kitorang buat surprise tadaa!

lepas letak phone terus kitorang hon kereta kat depan rumah arwah nenek.ececeeyyy dia punya berseri muka tengok anak cucu dia balik kemainnnn.

selalunya kami adik-beradik yang selalu menghasut mama jangan bagitau kitorang nak balik.kuikuikui..

bila arwah dah tadek...kakak saya penyambung kuat tradisi ni yang dia sendiri gelarkan sebagai wakenabeb.padahal surprise pun boleh doh.wakenabeb kepada parents sendiri pulak.

...dan tradisi ini masih aktif sampai sekarang di mana dia kata nak balik kampung esok tapi tengah malam sebelum esok tu dah sampai tercongok depan gate rumah siap bunyikan bell tanpa henti.

korang semua tak pernah praktikkan ke wakenabeb kat orang tersayang?heeee