Sekira dosanya berkaitan dengan seseorang, ditambah syarat keempat iaitu meminta kelepasan dari orang itu. Jika berkaitan harta, perlu dikembalikan, jika berkaitan tuduhan, perlu digugurkan dan memohon kemaafan. Jika berkaitan umpatan, perlu meminta kelepasan daripdanya.
Orang berpuasa seharusnya banyak beristighfar memohon keampunan. Dengan berpuasa, keharaman melakukan maksiat bertambah kuat. Jika seseorang berpuasa tetapi maksiat tetap dilakukan, tentulah pahala puasa menjadi korbannya.
insyaAllah sepanjang Ramadhan ni saya akan kongsi satu hari satu tazkirah yang diambil dari Diari Ramadhan : Tazkirah dan Muhasabah yang saya beli kat sekolah.hihihi sama2 manfaat yee!
selamat berpuasa geng!
No comments:
Post a Comment