Thursday, December 26, 2013

Umur Awak Berapa?

perihal umur.kekadang umur ni tak menentukan fizikal seseorang.maksudnya walaupun badan kau kecil dan slim dan tinggi tak semestinya umur kau baru 17 tahun dan sebaliknya.

masalah umur tak sepadan dengan bentuk fizikal ni dah lama jadi isu especially dalam family aku.bermula dengan kakak aku sampai lah ke adik bongsu.tak terkecuali mama dan papa aku.

satu petang di hari raya aidilfitri tahun bila aku tak ingat.sewaktu kami sekeluarga bertandang untuk berhari raya ke rumah kawan mama aku....

"yang anak sulung ni kerja apa?" sambil tunjuk ke arah adik aku yang ketiga.

"eh tu yang no tiga.ni ha anak sulung.kerja RTM" balas mama aku lembut walaupun kat rumah beliau sangat garang.

"ohhhh...yang anak kedua pulak kerja mana?" sambil tuju ke anak no tiga tadi.sekali lagi.

"ni haaa no dua.belajar lagi kat uia.no tiga ni kat matrik gambang".mama aku jawab macam tau2 jek apa yang nak ditanya oleh kawan dia.baik jawab terus.

see?itu situasi yang pernah kitorang alami.balik rumah jek dalam kereta ketawa terkekek kekek sebab fizikal adik aku ni memang dah tahap macam orang dah bekerja.nak kata gemuk tak jugak.tapi besor lah dari badan aku.

pernah sekali aku nak gi order kfc.aku berpakaian lengkap macam seorang cikgu.baru balik dari sekolah.

"adik nak order apa?"

hisssshhhh...aku bukan ketot lah woi.adik adik konon.

muka nampak matang takpe tapi jangan nampak tua.haaa ada beza tu.hi hi hi....

Tuesday, December 24, 2013

Ours is Precious
























Talk Less Adapt More

dari kecil sampai dah boleh nikah bila bila masa jek ni kita telah dipupuk dalam pemikiran kita yang semua perkara baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya ada hikmah di sebaliknya.

hikmah means positive effect. this is according to my unpredictable dictionary of my life.

taktau lah if ada some people yang anggap hikmah ni ada jugak kesan yang negative.kalau ada ... k itu engkorang.bagi aku lain kot.

so now senang cerita kita ambil cerita kehidupan aku.yelah mesti nak tuan punya blog femes jugak.ye dak?thanks dear *bakal jual barang di ig* lol.

honestly dari kecil sampai sekarang aku takdek rasa apa apa yang kurang pun.i got almost everything in my life.i get what i want.i have a one big happy family.i have parents, sisters, my cute little niece,my fiance, my education well-prepared, my job, my friends, my REAL FRIENDS, home, house, i got a chance to eat at any expensive restaurants, ride a new and expensive cars, travel around the world with the love ones, new clothes new shoes new gadgets and all.nampak riak kan?

but once i got knocked down like hell, contohnya macam why hari hari ada kelas sampai malam?bangla pukul 5 pun dah balik kerja tau.ni bagi assignment hari ni hujung minggu dah kena submit.why got so many presentations?dah la bagi masa discuss dalam masa 30minutes jek pastu nak harapkan kitorang present like debomm camtu?pigi daaahh.why tayar kereta aku tetiba pancit pulak ni??time nak gi enjoy lah dia sesaje nak pancit.kereta aku ni kena nak beli baru ni.kenapa makanan sini takdek lah best mana macam yang i makan kat Kuching?hotel ni room service dia lembap ah.and so much more lah bla bla bla dari aku yang takdek nak pikir positif time darurat.

paham tak aku cerita apa?

ramai lagi sebenarnya dugaan dan cabaran lebih dari aku.aku mengeluh pasal kereta padahal ada jek classmate aku yang datang balik naik bas.barang banyak serupa nak pindah bilik.haaa tu lagi kesian ni lagi aku tak bersyukur.merungut pasal makanan?haa yang ni malas aku nak cakap.merungut pasal room service lah banyak assignment lah pemende semua tu pun ada hikmah.orang lain berebut nak sambung belajar macam aku tapi rezeki aku yang dapat.ramai lagi yang tak mampu tidur kat hotel tapi kenapa aku membebel serupa minah kepoh?

ramai lagi yang tak mampu beli laptop dan smartphone tapi kenapa aku masih lagi nak membazir beli gadget baru setiap tahun?bersyukur lah wehh.korang pun sama kan pernah ada dalam situasi macam aku ni.hang jangan nak temberang aaaa.

recently kan banjir kat kuantan.rumah aku alhamdulilah tak kena banjir.kawan2 aku semua rumah diorang kena banjir.semua..dugaan banjir ni lagi dekat dihati aku sebenarnya.patut hari ni aku gi melawat even rumah masing2 dah siap bersihkan pun.tapi...kesian lah kan.

ni kali kedua aku type entry macam ni.apa apa pun fikir jek lah positif.aku pun tengah duk try lagi ni.

Sunday, December 15, 2013

BIG 2013




















hangpa cari lah sendirik BIG tu pa dia.ikiki have a nice Sunday!

Saturday, November 09, 2013

Pukul 8 Malam Punya Borak

cuaca: kat luar hujan tapi dalam rumah aku mandi peluh jek.jimat air.


aku: kat mana ni?
dia: atas jalan lagi daa
aku: cepatlah balik.nanti tengok 8tv tau.
dia: apsal?shout awards?
aku: aah *excited*
dia: why?we have astro kot.why do i have to tune in to 8tv?
aku: sebab ada redza minhat
dia: do i care?
aku: you have to laahhh
dia: fakyu lahhhh
aku: woiiittt
dia: eh sorry2.haha! i'll call u back aaa with redza minhat kat sebelah seat i.
aku: *letak phone*


shout awards punya pasal. haha careful okayy.



Thursday, November 07, 2013

Aku dan Hospital

khas karangan untuk Bahasa Melayu SPM.haha tak lah just kidding.

memandangkan aku dapat tahu sahabat sejati ni eksiden dan terseliuh khabarnya maka aku teringat lah kisah aku eksiden jugak dulu.tapi bukan cerita sangat pasal tu.nak cerita pasal aku pernah masuk ward.

eh bukan menziarahi orang dalam ward lah!

10 years ago lah kan.when i was 17 aku kena tahan ward.time tu before trial SPM.pagi ahad tu aku turun bawah nak breakfast dan bukak jek tudung saji aku dah tak nampak apa dan bila sedar aku dah kat karpet meja makan sambil dipangku oleh mama.oh aku pengsan rupanya.

aku rasa aku ok jek.entah sebab apa boleh pengsan.mama aku dengan kuasa yang ada dan dengan sifat gelabah yang memang wujud dalam diri tu terus bawak aku gi hospital.papa aku ikut jek lah walhal aku rasa papa aku pun rasa aku tak lah teruk mana.bawak klinik sudah.ini apakah?hospital?

dengan aku tak mandinya.dengan berbaju tidur lagi nya yelah kantoi sudah belum mandi lagi sampai lah aku ke hospital yang dimaksudkan.doktor cek berat aku time tu 39kg.diulangi 39kg.tak pernah berat aku seringan itu.so doctor ada bagi pilihan lah either i nak balik rumah or stay kat hospital.which means masuk ward lah kan.mama aku dengan sepantas kilatnya yes aku kena masuk ward.for three days.

time nak cucuk jarum kat tangan kiri aku ni ya Allah ya tuhanku...orang yang pernah kena jek yang tahu rasa cemana.sambil ambil darah sekali ke tah jarum tu.lagi satu nak masukkan glukosa so that aku tak pengsan dah.badan aku kurang gula.doctor kata lah.

memandangkan tu hospital swasta maka nya aku dapat bilik sendiri.ada tv.which i didnt watch that much.setiap kali nurse masuk every 2 hours dia akan ambil darah kat lengan aku.penuh kesan cucuk jarum.darah aku tak pekat.and then darah aku sikit.

esoknya the doctor came to see me and had a private conversation with my parents which was he asked whether my family ada tak yang kena leukimia.i was like......no way.this is no way.setahu aku takdek sejarah family aku macam tu.because he said i had this symptom lah seperti darah putih aku lagi banyak dari darah merah.and he reminds me if i gosok gigi ke tetiba ada darah ke terluka terus direct panggil nurse.selalu berpeluh ke.ish macam2 lah.

so the whole day aku tak nak makan.aku takut.dan nurse teruskan aktiviti dia dengan ambil lagi banyak darah aku.bila aku dah tak demam so the next day aku dah boleh keluar.ingat lagi tak jarum kat tangan kiri aku tu?nurse tu tarik dengan ganasnya terus aku rasa nak tumbang.nasib aku sempat pegang meja nurse tu.penuh darah aku dalam botol tu.

so nak cerita aku dulu pernah disyaki kena leukimia.doctor suruh datang balik bulan depan nak cek semula.tapi aku tak datang sampai saat aku type entry ni.

alhamdulillah aku sihat.tapi effect sangat2 ke result trial SPM aku.nasib papa aku tak marah,.bila SPM betul memang pulun habis habisan.

sebab tu aku taknak pergi hospital dah.ubat banyak sangat kena telan.huhhh!

Monday, November 04, 2013

El Layaly

The Nights.

this song is my favourite arabic song ever since i was in high school.i got the CD that i always listen to it after school.this is weird by the way.

for the past 10 years i still remember her name and the title and yes still have the music video on my phone even i have changed and bought a new one.ok ni lagi pelik.

and i think because of this song i now am an Arabic teacher for primary school.lol

enjoy okayyy.next time we sing Rosalinda song.yeahh! still have the ringtone on my phone.HAHAHA!


Sunday, November 03, 2013

Alhamdulillah Selalu

i have my own BFF since school.it is different from your BFF in uni.this is something that i wanna share with you and hopefully i will feel more grateful.

story about my BFF.

i have this one friend.we have known each other since primary school. her family is not that rich.i mean not that poor but enough to say that she is the one who takes care of her family alone compared to her older brother who is still studying in Shah Alam.

she doesn't have a good job.she has a job but the salary is not that enough for herself as she has to pay for her car, bills and stuff. plus she doesn't have a plan to get married although she has had once before. her dad is a retiree and her mom is working at the IPD and still has to go to KL every weekend to do stuff for her surgery.i'm not sure what it is.but still need some money to go for the surgery.

that is a little bit intro about her.

yesterday we hung out together as usual.whenever i come back to Kuantan she is the one that i will text to hang out with.me working in Perak (as  some of you already knew) and i asked her to stay with me in Perak and help her to get a job.she responded, "kau tau kan su kenapa aku tak boleh ikut kau.nak tanya lagi..".

"kenapa kau tak boleh ikut?kan nak cari kerja"
"aku kan kena jaga mak ayah aku.siapa nak jaga?mak aku sakit.ayah aku pulak selalu masuk hospital cek darah semua.itu hari dia pengsan tau.sian dia..
"ohhhh...."

silence.

i'm so glad and grateful that i have almost everything in my life compared to her.i don't have to pay the bills.my family is great.no one got sick so far alhamdulillah.my mom still working.my dad is a retiree but still got some money that he and mom can perform umrah every year.

sometimes when the hard times say 'hello' to me i never realized this whole thing that there is always people out there or my best friend that probably could have faced more complicated situation than me.

i'm so stupid. 

Sunday, October 27, 2013

Review Insidious 2

this review is based on Insidious where i watched the scene where Josh got his son back and the old lady died because of another old scary lady killed her.and thats it.

senang cerita tak tengok dari mula pun.so here it goes.

- part mula2 tu macam background sound tu macam oh okay seram jugak.maybe aku dah lama tak tengok cerita seram sebab kebanyakan cerita seram ala ala takut nak ke tandas sorang2 waktu malam jek.

- yang start nak seram tu kekonon ada bunyi orang main piano kat tingkat bawah rumah Josh.Renai isteri dia yang sedar.part ni aku dah macam arghh shit pemende bunyi main piano malam2.

- lagi seram part Lorraine nampak lembaga perempuan pakai dress putih kat dapur.aku terpikir korang berani sangat gi dapur tengah2 malam buta dah kenapa?

-scene yang anak dia bercakap dalam tin susu tu time tidur dan satu lagi tin yang disambungkan tu kat dalam almari baju dia.malas nak cerita habis.

- nenek tua mana datang mengejut kacau anak bongsu diorang Kali.terus cakar ke tampar muka Renai.ye ke eja nama dia gini?

- tengah2 cerita korang tau dah eleh roh Parker yang masuk dalam badan Josh ni.bukan Josh sebenar.

- Parker tu nama perempuan dia Marylin.sebab apa?tengok sendiri.

- babak yang tetiba muncul roh Elise yang dalam first movie tu semua makhluk dalam panggung tepuk tangan.celaka.haha macam dia hero pulak dalam cerita ni.

- malas dah nak bagi spoiler ke korang.tengok sendiri.panggung penuh macam hari pertama tayang padahal dah hari ke berapa ni.


p/s: aku rasa aku sorang jek beli online ticket kat exclusive lane dekat Aeon ipoh tu.orang lain masuk lane tu time tu baru nak tempah tiket.kurang ajar.tang mana exclusive nye tah.puas aku tunggu semata2 nak ambik tiket.

Monday, October 21, 2013

Review Cloudy with a Chance of Meatballs 2

this review is based on the first sequel that i have watched.

- entah kenapa aku rasa suara Flint dalam movie kali ni lain sikit.ke tukang alih suara tu dah bertukar kepada orang lain?ke orang yang sama?ke aku malas nak google?

- colour, grafik, watak2 comel dan skrip pun aku kira bagus jugak lah.memang sesuai untuk budak2 nak tengok dan bahasa yang senang faham.

- movement watak utama especially Flint,ayah dia dan Chester V tu aku suka.

- kemunculan watak Chester V yang kekonon scientist yang menjadi idol Flint sejak kecil ni aku macam musykil sikit.sejak bila kau ada?dulu tadek pun.

- aku just kagum dengan semangat menolong dan kesetiaan Sam kepada Flint.heeee~~

- yelah tak mungkin wujudnya raksasa berbentuk makanan.sebenarnya memang tak wujud mesin yang boleh mencipta makanan dengan hanya order ikut mesin.semua kartun lah!

- aku masih tak percaya Neil Patrick Harris tu untuk watak Steve si monyet.cisss

- overall cerita memang cliche.kemunculan Chester V tu pun aku dah dapat agak akhir dia cemana.nak tau gi tengok sendiri.

- aku tengok pun sebab yang first dah tengok so memang kena follow untuk sequel seterusnya.lalalala


p/s: ye pergilah tengok beramai ramai.tidak kecewa langsung.

Monday, October 07, 2013

"Minum Banyak Air"

salam Isnin yang nak dekat habis.

lately ni cuaca panas kemain sekali kat Malaysia especially kat Seri Iskandar ni.kepanasan dan kekeringan tekak ni jugak membawa kepada kekeringan bibir dan pengelupasan kulit bibir.amboih ayat nak biologi sangat.

penyakit bibir senang kering dan mengelupas ni aku kena time kecik lagi sampai lah la ni masih duk pentingkan lipbalm memang WAJIB WOI WAJIB ada dalam handbag aku.even aku suka tukar2 handbag ke tapi memang lipbalm tergolong dalam perkara penting selepas purse dan phone.

dalam bertahun ni jugak aku dah cuba banyak jenis lipbalm.kekadang aku pun nak jadi macam orang lain kan.senang jek letak lipstick kat bibir tanpa perlu ada risau eh perlu ke bawak lipbalm?lipgloss?lip ice?

sebelum ni aku guna Nivea ke apa tah nama dia.lipbalm tu bekas dia besor woi satu family boleh guna.memang betul2 lipbalm.dulu2 aku try lip ice kekonon feeling Lisa Surihani lah Wawa Zainal lah apa lah kan.result dia end up with bibir aku semakin kering.

disebabkan terlalu kuno maka aku guna lipgloss dengan harapan oh maybe bibir aku akan lembap sepanjang hari semakin nampak berkilau dan menawan hati jejaka2.tapi sama jugak.kejap jek lembabnya lepas tu dah kering,mengelupas sampai berdarah.aku selalu jek main2 bibir ni jilat dengan lidah tapi ongkabor tak boleh sebab lagi akan kering.

so aku guna lipbalm jek lah so far.lipbalm yang Baby Lips ni dari Maybeline agaknya.entah malas pulak nak ambik dalam handbag pastu nak ambik gambar pastu transfer dalam laptop pastu masuk dalam blog pastu publish.oh no aku ada banyak kerja lain lagi ni.

tapi sebab cuaca terlalu panas tak sampai tengah hari dah kering dah bibir aku.maybe aku selalu lepak dalam lab kot so sejuk so senang nak kering bibir ni.kekadang malu nak berborak dengan cikgu2 lain sebab tangan aku ni kekadang gatal jek nak sapu2 bibir.

ada lagi tak cara lain nak memanjangkan jangka masa melembapkan bibir selain dari orang selalu kabor ke aku "minum banyak air"?

Sunday, October 06, 2013

Writer?No?

this question is freaking me out sometimes.yes sometimes.because i know myself.

when my friends and i had this little chat back in a few days, i had this weird reaction when they asked me "are you a writer?" or something like when i mentioned any of my favorite quotes that i also mentioned who has quoted it and they were like "you're a good writer.you must have something".

i was like ........ T___T

the 'provoking' thingy happened.haha that was stupid.and honestly my real life friends have no idea that i've been blogging or 'writing' (even my cyber friends don't know that).

the real situation is i'm not a writer.i'm a teacher.in practical mode.lol ok ok then surprisingly i told them about me having this blog yada yada.they want to check it out but i won't allow it.haha scared huh?

i told them i usually update about everything.not really specifically about any current issues that involves political or religious issues.i usually write about love,relationship,how i feel towards my surrounding like towards people around me,schools,students,family,friends,tips,sharing pictures,foods,travel and also includes some of the emotional entries and some of them were poems that i have written.

poems.i miss the old days...

then awkward silence appeared *krik krik krik* i know right?

they have never thought i could write those things.probably because me in real life and me in cyber world is different.i don't have personality disorder haha don't worry.

i'm happy having this blog and i like to write and let it all out whatever comes out of my mind.how i feel. what i observe through this tough life.how i react to it.it could be anything.

am i a writer?no?you decide :) good night!

Saturday, October 05, 2013

Tips Maintain Kurus

tajuk kemain lagi.harap dapat membantu mereka di luar sana yang mengalami masalah berat badan yang memang hampeh sangat nak kurus.ni tips dari pengalaman hidup aku jek.

oh sorry.good morning everyone!

1. Pemakanan

bagi aku makan bila rasa lapar jek.i mean betul2 punya lapar.baru makan.ni korang sambil tweet makan,sambil tengok tv pun makan.sambil lipat baju pun nak makan.sambil baca buku pun nak makan.cuba korang buat satu persatu.takdeknye nak multitasking jadah apa.kekonon jimat masa.iye lah tu.sangat.

nak multitasking jugak?K fine.korang mengunyah snek yang tah hape2 tu kan?ok dah kita tukar.makan lah buah ke salad sayur ke sambil tengok tv.haaa smart tu.aku tahu ada masa2 nya korang rasa nak something untuk mengunyah kan?bukan nak makan sangat pun.aku pun sama.tapi aku lebih suka makan buah lah.kekadang biskut.


2. Adab Makan

aku bersyukur mempunyai mama papa yang tak jemu2 mendidik anak2 mereka tentang adab makan.yeee bukan sahaja baca doa makan dan basuh tangan sebelum dan selepas makan jek yang oiii.tentang kuantiti makanan kau dalam pinggan tu haaa.

aku dididik supaya ambil sikit dulu nasi dan lauk.jangan humban semua lauk fav kau dalam pinggan.tak manis.nak2 perempuan kan.kalau dah habis and rasa tak cukup baru tambah nasi dan lauk.habit ni memang kitorang sekeluarga amalkan kat mana2 tempat pun.majlis kahwin lah misalnya.ambik sikit jek dah la.jangan gelojoh dan jangan tamak.ke nak jadi geng syaiton?

ingat! apa2 nak makan pun ambik sikit dulu.jangan duk pikir makanan lain habis kau tak sempat nak merasa.apa punya perangai daa....


3. Pergerakan

apa yang bergerak?semua yang ada kat badan kau lah.bersenam lah maksud aku.sebab word bersenam and jogging and lepak gym sangat mainstream di kalangan anak muda (nasib aku muda lagi) so aku gunakan tips pergerakan.bila banyak bergerak maka nya kau akan berpeluh dan kuranglah sikit lemak tu kot.

misalnya bila korang kat office or macam aku kat sekolah.asyik duduk jek kan dalam bilik guru buat kerja.tapi dalam kelas aku mengajar aku takkan duduk.mengajar ni kena berjalan satu kelas tu.baru rasa segar.balik ke bilik guru or kantin baru boleh duduk.so nampak tak keseimbangan kat situ?ha pikir lah pikir.


4. Insaf

ingat2 lah orang2 yang kat negara lain yang bagi mereka hari2 tu ialah hari2 mereka berpuasa.takdek beza puasa Ramadhan ke puasa sunat ke.tu belum yang cari makanan dalam tong sampah.maybe dengan cara ni korang akan latih diri korang supaya tak membazir dengan ambik makanan banyak2 lepas tu campak dalam tong sampah.tak elok lah kan..


ini jek aku dapat share.so nak apply ke tak terpulang lah.taknak kurus pun takpe but at least maintain korang punya kesihatan badan.nak diet bukan sebab kurus tapi nak sihat! okay bebeh?


Tuesday, October 01, 2013

Review KL Gangster 2

ni review based on aku tak tengok lagi KL Gangster.

-jalan cerita bagus.aku suka.biarlah fantasi pun bab2 lawan tanpa henti tu tanpa rasa letih tapi yelah aku enjoy jugak.logik lah jugak compare dari filem hindustan duk tukar2 baju dalam lagu kan.

- suka watak Ajib oleh Sofi Jikan.pandai menghayati watak lah aku rasa.rasa lawak pulak aku tengok.sangat obses dengan blood brothers dia tuh.

- skrip aku suka.banyak kiasan.banyak di luar jangkaan aku.even guna gua lu dan cakap macam orang cina tapi bila diselitkan dengan skrip serupa pantun berkerat2 tu dah kira awesome dah aku rasa.

- babak Tailong nak rogol adik Malik tu takyah tunjuk takpe kan?tak penting pun aku rasa.LPF taknak potong eh?kesian..

- kesimpulannya ialah Jai yang paling baik dalam cerita ni.kakaka

p/s: mungkin ada hikmah kenapa ada orang yang tak bertanggungjawab sebarkan filem ni kat internet dulu sebelum ditayangkan di pawagam.maybe sebab babak rogol tu.aku rasa jek lah.

sorry Syamsul Yusof.sila cuba lagi.

Monday, September 30, 2013

Gajet Bertuah

setiap gajet ada cerita di sebalik nya.kekonon macam dalam gambar ada lagu.ikikiki

2004

phone pertama lepas SPM.Nokia 3210.haaa lagi low dari korang punya nokia 3310 tu.dia punya berat toksah cerita lah kan.masuk matrik aku tengok phone roommate aku semua yang ada kaler2.aku jek kaler kuning.sedih siot.aku kan tak mampu.tapi satu jek best phone ni ialah seberat mana pun still ada orang jual housing phone dia taww kaler pink lagi aku beli.lagi satu sepanjang penggunaan phone ni aku guna bahasa Tagalog.haaa hebat kan?mensahe natanggap lah apa lah.tak main ah English.the hell?yang aku malu sekali dapat phone ialah aku tak reti taip message.sumpah tak reti.tekan keypad no 2 sekali ada keluar huruf A.tekan lagi huruf a kecik.dah mana huruf2 lain???sangat lembap aku time ni.


2004
jeng jeng jenggg.dalam tahun yang sama aku tukar phone siot.ni sebab janji papa aku time birthday aku yang ke 18.Nokia 3660.amboi phone sembilu gitu.orang yang kata lah.aku iyekan jek.time ni rasa kaya yang amat dapat phone baru keluar ni.ada camera.kaler2.skrin besar.housing dia aku tukar kot kaler pink transparent lagi kau.pastu beli purple transparent pulak.dulu femes kot housing transparent ni kira boleh nampak dalam phone.perghhh heaven heaven.mula2 bercinta pun start dari phone ni lah.haha time ni lah kenal apa itu infrared apa itu bluetooth.siapa bebudak matrik UIA ni tahu lah ada cafe atas tu cafe Aroma.kitorang main send gambor guna bluetooth.aku terima jek tapi aku tak hantar.nanti kantoi.ikiki


2008
rindu.tu jek aku boleh describe pasal phone yang ni.one word lah konon.Nokia 5610 Xpress Music kot ni.mahal kot.kaya kot.kakaka.lepas kakak aku kahwin papa aku sekali lagi telah mengotakan janji beliau untuk beli phone ni.sebab nokia tadi macam gedabak sangat.so aku nak camera yang kekonon power lah sikit time tu.murah jek bawah 1k.aku punya kaler merah.time ni lah nak belajor letak keychain lah perhiasan apalah kat tepi phone yang boleh sangkut tu.plus semua gambar2 lama dari zaman UIA sampai aku beli phone baru semua nya ambik dari phone ni tau.semua ada dalam hard disk.sampai aku mula2 buat blog pun share gambar semua guna phone ni.sayang dohh..tapi sayang tak lama pasal lepas tu aku dah berjinak2 guna smartphone.hehe..


2011
tadaaa ni lah smartphone pertama aku.LG Optimus One.ada logo Google kot kat belakang phone dia.kau hado?kakaka.aku dapat phone ni sebab papa aku nak gi umrah so dia nak aku jaga rumah untuk 2 minggu jek pun.so dia belikan aku phone ni.kekonon hadiah.jadinya aku tak sunyi langsung kat rumah.papa aku beli kat Celcom.murah jugak.ni kira suitable lah untuk android beginner macam aku.tu dulu lah.hehe..sekarang dah mantop.time tu korang android pun tak pernah dengar ye dok?time ni tak silap aku Blackbery kot yang up tapi nasib baik aku tak suka.dalam kategori smartphone ni kira phone ni paling sayang sebabnya phone ni hilang kat Midvalley.time cuti Hari Malaysia.cesss...terjatuh dari riba aku ke apa time tu entoh lah tak ingat.baru 9 bulan guna..heaven lah siapa yang curik tu.bior tangan dia lumpuh.


2011
nampak tak yang aku tak boleh hidup tanpa smartphone?lepas hilang phone LG tu aku macam tak senang duduk.sebulan lepas tu aku terus rembat yang ni HTC Wildfire.kaler merah.kemain beli kat KL.memang lah android jugak tapi inteface semua lain lah.lagi kecik.lagi ringan.camera lagi better.message dia best nak2 message dengan rentan.kakaka tapi selalu stuck selalu hang phone ni.bikin kacau betul.tak banyak memori sangat untuk aku rindu phone ni sebab 3 bulan jek aku guna.yang message2 rentan tu start dari phone nokia merah tu lagi dah.amboi memori sangat.ikiki


2012
awal tahun depannya terus rembat phone ni wehhh.tak banyak songeh.start dari tu aku install Whatsapp.camera lagi lah better.smooth.ringan dan nipis.aku sebab tengok iklan phone ni boleh tolak masuk bawah pintu tu.haa tu lah yang tertarik sangat.macam amboi magic ah nipis gilerrr.tapi sekarang banyak jek phone lagi nipis.so bila dah up ni dengan screen lagi besar aku selalu share gambar guna phone ni jek lah.sangat memuaskan hati.orang kabor phone Samsung selalu stuck lah hang lah.ye ke?honestly dalam setahun baru sekali dua kali jek stuck.phone aku lah.phone korang aku tatau.happy jek aku guna phone ni.tadek masalah.aku kan cermat.so now still guna phone ni lagi.


2012
dalam tahun yang sama aku beli phone yang kedua.sebab aku ada dua nombor so aku rasa better ada dua phone dari beli phone yang ada dual sim.yang tu aku tak minat.kaler purple aku punya.korang mesti dah selalu kan tengok ada orang beli phone ni?simcard penting untuk urusan rasmi dan family aku letak dalam phone ni.senang.bateri tahan lama.kecik.ringan.yang penting bateri tu lah.aku bukan jenis rajin charge phone.yang samsung tu aku letak simcard broadband sekarang ni memandangkan no maxis telah expired.senang kan?tayah pikir2 gelisah resah gundah gulana pasal bateri phone cepat habis.dalam 3 ke 4 hari baru aku charge phone.punyalah tahan bateri dia.ini baru smartphone! *poyos*



2013
yaaaa satu kesalahan besar sebab aku beli Ipad Mini ni.it was a mistake lah bro.mula2 jek aku excited nak melompat2.last2 sampai ke saat aku type entri ni aku dah bosan dah dengan ipad.dah tadek kepentingan dah sebenarnya.setakat nak main game?come on lah.laptop aku berlambak ada game.belum masuk ps2 lah ps3 lah ps4 lah.dah macam gila gajet padahal seorang insan yang tak bersalah.ikikiki tadi baru jek kat sekolah aku cakap nak jual dah ada cikgu nak beli.ai ai terkejut ai tawww.dah update ios7 pun aku rasa biasa jek.

ada lagi aku tak selitkan phone CSL.sebab sebulan jek guna so tayah nak menyemak dalam entri ni.tah mende2 tah phone tu.

kenapa gajet bertuah?sebab semua gajet ni selamat bila aku jadi tuan diorang.amboi diorang macam manusia pulak.

so taknak teka ke aku tengah dalam proses nak beli phone apa ni?hehe...