Showing posts with label Kuekuatsheu. Show all posts
Showing posts with label Kuekuatsheu. Show all posts

Wednesday, July 09, 2014

9.7.2014

alhamdulillah masih bernyawa
alhamdulillah hampir semua impian menjadi kenyataan
alhamdulillah umur semakin bertambah.eh?
alhamdulillah celebrate tarikh best ni dengan orang orang yang kita sayang
alhamdulillah celebrate tarikh ni tahun ni di bulan Ramadhan
alhamdulillah meraikan tarikh ni dengan status yang lain dari tahun sebelumnya.

*di rumah tok di Pekan, Pahang.tarikh ini.pukul 2200 pm.lahir seseorang iaitu aku* :)

p/s: syukurlah korang yang lahir di hospital.

Tuesday, June 24, 2014

Kenapa? Kenapa?

kenapa naik kapal terbang tak pernah jem?
kenapa tak boleh bagi signal kat kapal terbang lain bila kita nak potong kapal terbang kat depan?
kenapa tadek traffic light kat udara?
kenapa takdek accident kapal terbang berlanggar dengan kapal terbang lain?
kenapa kapal terbang ada radar?
kenapa kat jalan raya tadek radar macam kapal terbang di udara?
kenapa jalan raya jem?
kenapa tadek traffic light kat lautan?
kenapa kapal terbang selalu crash?
kenapa kereta tak selalu crash?
kenapa kapal laut tak langgar dengan kapal laut lain?
kenapa kapal terbang boleh hilang dalam radar?
kenapa kereta tak boleh hilang dalam radar?


kenapa i suka u?u tahu tak? <<< soalan ni jek aku dapat dari dia compare dengan soalan2 yang aku tanya dia tadi.

bye.

Monday, May 26, 2014

Cerita Majlis Nikah

so after 3 weeks ni baru rasa macam boleh bernafas secara sempurna.kononnya lah.jadi housewife sebelum gerak ke Perlis ni agak mencabar jugak lah tahap kebosanannya.

nak cerita pasal apa yang aku nampak dan rasa sekitar majlis nikah aku.hehehe


tema majlis ialah putih dan purple pastel.yes i love purple and pink tapi takkan nak kaler pink kan.itu sudah pentingkan diri sendiri sebenarnya.hahaha purple pastel banyak kepada warna hantaran dan kaler baju bridesmaid.eh bridesmaid ke bridemaids?

kekadang baju flower girls or bridesmaid ni nak setaraf jugak dengan pengantin.siap dengan flower crown bagai.pastu post repost kat instagram dekat orang yang dia beli baju or flower crown tu pastu nak tag aku jugak.lelss

mama aku kata tetamu datang terlalu ramai dan tak sangka.hehe bukan maksudnya ada yang tak dijemput tu datang tapi yelah datang dengan family kan.time kakak aku kahwin dulu jemput ramai tapi datang sikit.makanan ke goodies semua ada banyak lebih.time aku kahwin ni ecececey ramai lah puleekk.

makanan or lauk pengantin ni kan.aku dah la makan ciput jek padahal dari bangun lepas subuh tu aku tak jamah apa pun.minum air pun tak.nasib lah time akad nikah tu buat awal pukul 11.itupun muka aku dah control habis tahan lapar.bukan nak buat muka nervous ke apa sebab nak dinikahkkan.ikikiki

lauk pengantin ni as usual mestilah best dan special dari biasa.siap ada orang layankan.ambikkan lauk.hahaha ada puding raja taaww.ni orang pahang tahu ler..kat luar beli mahal kot.

sebelum habis majlis family aku ni ada adat mandi sampat.pernah dengar?nanti aku cerita kat entry lain.malam sebelum nikah pulak ada majlis budak2 bersanding dan bertindik telinga.pernah dengar ke tak?ada masa nanti aku cerita.kalau rajin.haha

lepas habis jek sah akad nikah tu....woooo perasaan dia....orang yang dah kahwin tu dia paham lah.lega selega leganya okaayyy.yang aku tak berapa nak selesa tu bab pose ambik gambar.wellll im not that kinda girl yang suka selfie dan ambik gambar jek keje.so kalau lah ada barang yang lagi keras dari kayu tu memang boleh terjemahkan keadaan aku yang lagi teruk dari kayu bila berposing.

kesimpulannya, memang lega semua dah setel daaannnn....kahwin ni best woooo.ikikiki

i wish u all pun akan kahwin dengan hati yang tenang dan akan happy macam aku jugak.

bye.



Tuesday, May 13, 2014

tiga lima dua kosong satu empat

alhamdulillah semua dah selesai.
dah diambil orang pada tarikh yang best ni.
terima kasih kepada yang sudi follow dan baca blog aku sampai hari ni.
thanks kepada semua yang wish.doakan yang baik baik untuk kami :)

Tuesday, March 25, 2014

25.3.2014

for the first time 
i wish to both of us
happy 9th anniversary 
happy 9 years of relationship 
hopefully it will end with the best relationship
with one step closer
to the precious moment
forever.


p/s : memasing busy so nasib one of us yang tolong ingatkan.weeeee

Saturday, November 09, 2013

Pukul 8 Malam Punya Borak

cuaca: kat luar hujan tapi dalam rumah aku mandi peluh jek.jimat air.


aku: kat mana ni?
dia: atas jalan lagi daa
aku: cepatlah balik.nanti tengok 8tv tau.
dia: apsal?shout awards?
aku: aah *excited*
dia: why?we have astro kot.why do i have to tune in to 8tv?
aku: sebab ada redza minhat
dia: do i care?
aku: you have to laahhh
dia: fakyu lahhhh
aku: woiiittt
dia: eh sorry2.haha! i'll call u back aaa with redza minhat kat sebelah seat i.
aku: *letak phone*


shout awards punya pasal. haha careful okayy.



Saturday, June 23, 2012

Relationship

good evening everyone.so how's your life going so far?hope it is getting better.


i just feel like wanna talk about relationship this time.it is completely a general topic.because it could be your relationship between you and your family, siblings, cousins, best buddy, or even between you and your students or teachers.


and also as people can ever think of is that an honest relationship.between a woman and a man.yeah man i am not a girl anymore :)


the thing about relationship is truly from my observation and of course from my sweet memory and experience.why did i say it was a sweet memory even most of the time they hurt my feeling?my effort?my time?my money?myself?


because i believe that everything happens for a reason.not only bad things happen for a reason.i admit that i was not that sure whether we have to believe it.i thought bad things happen because...clearly for nothing except to feel angry, regret, the emotion controls you or your life more than you can control it.


love?serious relationship?i have been there in so many situations.in various mediums of knowing each other and communication.get it?no i'm not sure you guys get it what i'm trying to say here.it is just so complicated.wanna know my unforgettable unbelievable unpredictable forbidden relationship?


haha sounds rough though.i'll crack about that later.ok?


p/s: really wanna have someone now to share about it.guess i'm not the lucky one tonight :)




Monday, May 21, 2012

Mungkin Nanti

sila tonton dan dengar atau dengar sahaja atau tonton sahaja kalau speaker korang rosak.











p/s: agak emosi malam ni.sebab dengar lagu ni dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi.hurmm...



Tuesday, May 08, 2012

Fuh fuh Habuk ni..

ohh dah lama juga eh tak bercerita dalam blog kesayangan ni.ini yang rare.ini yang paling lama aku rasa.sampai dah masuk bulan Mei ni.


tak berhabuk mana pun aku rasa blog aku ni.sebab aku masih hidup dalam twitter.hehe.so many things happened lately.and still happening.i don't know when it is gonna stop.hopefully it will end soon.as soon as possible.


so many ups and downs.like...ermm..i'm single now.ok it's not that i wanna promote myself or whatsoever.it is just that my life has changed.i hope for the better.ada kawan2 rapat yang tahu pasal ni.sebab apa.bagaimana.bila.siapa.sampaikan ada satu tahap pengguna tegar twitter macam aku ni boleh stop kejap untuk bertweet disebabkan masalah sampah ni.huh.


now aku rasa i'm back to normal.aku jarang on laptop unless nak buat kerja sekolah yang semakin hari semakin datang berduyun2 tanpa dijemput pun.kalau online pun sebab nak baca blog yang aku follow.selebihnya nak bertweet pun guna phone jek.other than that, no more.


so ada orang kalau baru bercouple or baru lepas break dengan ex masing2 tapi masih nak senang hati bercerita dalam blog or twitter.tapi aku tak kot.takkan nak cerita semua benda.take time semua ni nak heal.dah ok dah calm down dah cool off sikit baru boleh update blog.cewah nampak matang sikit kan?haha tetibe jek tau.


lagipun aku seorang perahsia :)


p/s: exam PTD sabtu ni woi.kau orang study apa?kejadah tak bagi tips.kahkah.



Tuesday, September 27, 2011

Bertukarnya Angka Kamu :)

assalamualaikum.


genap sebulan aku tak update blog.dan sebulan jugak aku tutup blog.thanks sebab masih ada yang sudi tanya dan minta link blog aku untuk dibaca.macam mimpi.betul ke ada orang masih tertunggu2 entry baru aku?ermm..


entry ni khas untuk yang tersayang.yang aku masih sayang dari dulu sehingga saat aku type entry ini.


selamat hari jadi sayang.semoga panjang umur dan murah rezeki.umur awak dah bertukar angka dibelakang.sama lah kita kan.may Allah bless you all the way and hopefully whatever you have wished and still wishing and will wish will come true.hope your life gets better :)


we will meet again each other.time will tell.




p/s: i got a lot of things to share here.in a month so much happened to me.pretty much all consists of sad and bad things.i'll make time to put it here.ready to let it go.




Saturday, July 09, 2011

Speechless Saturday =D

assalamualaikum.


actually i was going to type speechless friday.because i got it yesterday.but i update about it today.which is my birthday.wee~~~








hehe i was so excited sampai hari ni baru start nak baca.semalam duk pegang peluk jek.haha.takpe.tahu dah tunang orang.just peluk buku maa..




thanks b.really2 unexpected. :))




p/s: apa?wordless wednesday ke?trending?kepalahotakkau.




Wednesday, May 25, 2011

Only Five =D

assalamualaikum.


hey y'all.oh dah seminggu 2 hari tak update?come on.itu perkara biasa.bukan tak ada line internet yang laju macam sport car.tapi sebab malas.senang kan alasan?berlambak ni ha idea aku nak letak dalam blog tapi aku tulis dulu save dalam phone takut lupa.maju kan aku?thanks.


ok memandangkan istilah 'malam masih muda' yang selalu aku guna dulu time jadi student dah tak relevan sekarang,jadi aku straight to the point jek lah even intro panjang.whatever..


aku ditag dalam entry laling kesayangan aku.jadi aku nak jawab sekarang.




5 tarikh penting:


-birthday aku
-birthday semua ahli keluarga aku
-birthday kekasih hati
-bila nak kahwin...haha!
-birthday Rabbit




5 perkara dibuat semalam:


-tengok nora elena
-terbergaduh dengan insan special tapi bila terbergaduh jadi macam dah tak special
-makan jagung
-kena flirt dengan mamat motor kat tepi jalan masa beli tomyam..eh eh ni perkara aku terkena.bukan aku yang buat ni..haha
-terlepas bas.tolol betul




5 perkara yang buat aku happy:


-dapat banyak hadiah dari anak2 murid time hari guru
-orang-orang tersayang happy *bukan orang2 kat sawah padi*
-drive laju *macam insane pulak aku rasa*
-shopping..ok admit this!
-bergurau dengan anak2 murid...heee




5 sebab jawab soalan:


-sebab laling suruh
-sebab laling tweet kat twitter
-sebab laling singgah blog dan tinggal jejak
-sebab aku dah ditag oleh laling
-sebab dia laling kesayangan aku dari gengblogger.




5 orang blogger ditag:


-taknak tag sebab jeles nak share tag ni dengan orang lain.hahaha!






p/s: tak sempat nak update gambar2 aku dapat hadiah hari guru.nanti eh!









Wednesday, March 30, 2011

Reminder :-) episode 9

assalamualaikum.




Cute guys make you crazy, hot guys make you drool, cool guys make you daydream. But funny guys make you fall in love without ever knowing it #TumblrSays





p/s: i already have the last one.thank you :)





Sunday, December 19, 2010

Pagi Yang Dikenang :-)

assalamualaikum.

ermm macam entry lepas.macam ni jugak.tapi hari ini hujan.lebat.hujan lebat.pagi2 kalau hujan lebat selalunya kita buat apa?no no bukan masuk dalam selimut sampai lemas.pergi pasar beli ikan.

zaman study dulu.kalau time weekend memang sah aku tak ada kat bilik.either melepak kat library(memang rajin),or jalan2 buang duit.pagi2 dah keluar.hujan lebat ke panas terik ke memang kena keluar jugak.liar kan?

perempuan kalau bersiap memang gopoh.lambat.macam aku.nak2 lagi kalut bila dapat text yang boleh tambah kekalutan sampai selendang aku pun serabai.text yang selalunya macam ni,

orang dah tunggu kat luar ni
orang dah sampai

lambat lagi ke siap?

manenya ni?


oh no.time nih aku terus jek call."kejap kejap.5 minit".faham2 lah 5 minit tu.ye lah sangat 5 minit kan.tapi sebagai orang yang penyabar akan perangai perempuan ni selalunya dia tak banyak songeh.tak banyak bebel.tutup jek pintu kereta,

"orang dah sempat buat anak tau tunggu awak tadi"


oh shut up.lepas ni siapa2 nak ajak aku keluar tolong inform aku awal2 ye.kalau dah lagi 10 minit kau nak keluar baru nak ajak aku lepas tu duk membebel suruh cepat,ha siap lah kau mangkok!yang lagi mendidih hati dan telinga bila kau dah siap2 comel2 lawa2 cute2 kan baru nak ajak aku.ces!



p/s: bebelan awal pagi yang best.



Sunday, December 05, 2010

Cakap-Cakap Comel =D

assalamualaikum.





di suatu petang yang aman dan damai dan tenang dan.....


aku: amacam KL sekarang?ok?

dia: apa dia?

aku: macam mana KL sekarang?ok ke?

dia: eh dah semakin maju dah.since awak dah grad ni KLCC tu ada tambah lagi sebatang tepi dia jadi tiga dah.

aku: *mencebik muncung mulut semuncung muncungnya selagi boleh*


p/s: rindu..



Monday, November 08, 2010

Old Hobby =D

salam.


download movie ni lama eh?mahu makan 2 3 hari.kata b aku lah.ye lah kot tu.


sambil nak tunggu aku layan lagu kat youtube.lagu khatimah cinta,flying without wings.ni tengah dengar lagu Hot by Avril.ish3 bingit jugak telinga aku.


baring2 sambil baca komik aku beli tadi.2 komik tau.dah lama tak beli tak baca.makan ice cream sambil baca memang nikmat ah.layannn..

padahal kau tak sedar kau baru baik dari sakit tekak semua tuh.hihi.







haaa yang kijiya tu aku dah lama beli dah.tak start baca pun lagi sebab ni kijiya episode 4.yang episode 3 aku tak beli lagi.pelik kan.menunjukkan aku dah lama ketinggalan ikut perkembangan komik yang aku suka gila ni.kerja punya pasal.


tadi tengah baca yang zenith 4.best jugak.banyak lawak sampah bangkai longkang semua.aksi memng banyak lah.kata komik kan.lepas tu baru perasan komik tu tak tulis page.cesss.terpaksa kelepek bucu atas kertas tu macam style zaman study bila final.ceh lagi.


baca sambil baring kan mengantuk.so aku rasa mengantuk lah.boleh lak terlena.terjaga terus update blog.aih sengal dah aku ni.


ye lah hobi lama ni.zaman matrik sangat heaven aku dok beli komik2 ni.eh kau ingat lelaki jek yang hardcore fan komik sengal cenggini??


p/s: novel lagi satu pun baru page 45.sabar sabar.cuti sekolah next week ya.sabarlah lagi.


Monday, October 11, 2010

Just The Way You Are :-)

salam.



wanna listen to a great love song?ecewaahh..hehe










ermmm....someone just asked me to listen to this song....and...it's great!


i mean the lyrics....hehehe


dia nak explain pasal perasaan dia kat i tapi dia malu.dia suruh i dengar lagu ni.alololololohhh.....heheh sweeeetttttt :)




p/s: thanks yee :)


Sunday, August 08, 2010

Sunday :-)

salam.



so sunday right huh?hehe suka aku bangun lambat if hari ahad ni.siap ah siapa yang kacau aku tidur time ahad pagi.mahu kena bebel dengan aku sampai ke malam.




aktiviti?ermm lepak rumah jek la.rasa macam rest gila if hari ahad tak merayau ke mana2.esok jek dah start kerja bersepah dan melambak.dang!




so memandangkan mood aku semalam dengan hari ni agak baik :-) , so entry hari ahad ni kita rilek2 jek eh.aku nak share pics.




dan JANGAN SESEKALI BERHARAP OR MENGANGGAP PICS YANG SELAMA NI AKU SHARE DALAM BLOG NI ADALAH DARI CAMERA GEDABAK.sekian.



pics dari hp aku yang murah yang 2 3 kali masuk hospital akibat keretakan tulang.ekeke.=p




































ha?bosan?memang la.siapa suruh tengok pics ni?hehe












p/s: raya tahun ni dah sangat lain bagi aku.

Sunday, August 01, 2010

Kuekuatsheu =D

salam.



hai.di pagi yang sejuk hujan lebat ini pada pukul 1:45 am mari kita mengembara bersama Kuekuatsheu saya.


siapakah beliau?mari kita ikuti kisahnya.







katanya kepada saya dia mahu pergi ke shopping mall di sini.yang dia sangat teruja nak pergi.ok dengan itu makanya saya bawalah dia ke sana.plus,saya nak ambil handphone saya yang sudah siap dibaiki.



*lupa.handphone saya keypad kat tengah2 tu tak berfungsi dengan jayanya*



selepas agak teruja dapat semula handphone yang tersayang,jadi saya dan Kuekuatsheu mengambil kesempatan untuk men'snap'kan diri dengan aksi yang.............



*di parking lot atas shopping mall.maksud saya paling atas.atas mana?atas bumbung*


















kemudian katanya mahu pergi makan.lapar.yee kami pergi ke situ untuk dinner pada pukul 6:50 pm.































habis makan di situ.kenyang yang agak melampau.selepas Kuekuatsheu solat jama', katanya mahu pergi ke pantai itu untuk kali kedua.katanya mahu melihat bagaimana pemandangan pantai di waktu malam.yee saya bawanya ke sana lagi.



mari ikuti aktiviti pelik yang dilakukan oleh beliau.





































oh itu rupanya aktiviti beliau......waktu malam?ok fine..



saya pun terikut2 akan habitatnya...eh eh silap...habitnya..


*habitat adalah tempat tinggal haiwan yee anak2*






















ok fine.dia pun nak buat juga tapi lain sikit style nya.bagus2!












oh sekian pengembaraan bersama Kuekuatsheu saya.





bila lagi nak sama2 menyarung Converse idaman hati?hehe =p



















eleehh sebenarnya ni laa Kuekuatsheu saya.teddy bear merah.tiada dah yang serupa macam ni.tadi pergi usha dekat kedai yang sama pun tiada.ada yang sama warna merah tapi ada warna putih dekat telinga dengan perut teddy tu.eeeeee tak lawa kan?saya punya lagi lawa merahnya.hehehe





plus,i like and love red color!!












p/s: perasan tak?jarang kan teddy warna merah?la ni ada lak keluar teddy warna hijau dengan purple.tak suka hijau.euuww~~~lalala~~~



The Moment :-) :-*

salam.





the moment i look into your eyes
it shines brightly
without hesitation
to spread the happiness
and today,the whole day
you have made my life happy
you have brighten up my day
with all your love,with my love
with OUR love
let us pray to Allah
that the shines will not disappear
until the time that Allah says
we are not meant to be.






=)











p/s: maaf.i am not so into this kind of person.but sometimes it does. love u b :-*