Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, January 06, 2015

Bella Ammara

Nama butik ni.First time tahu pasal butik online ni pun masa tahun 2013.Time tu tengok rancangan Safiyya di TV9.Tak femes lagi kot Bella Ammara ni dan dia tengah nak perkenalkan telekung dengan kain berwarna.Rare lah dengar dan saya suka sebab warna dia pilih tu sangat cantik dan size telekung nampak macam besar dan longgar.It's good kot.

Si Belle ni sempat bagi 'warning' yang telekung yang dia jual dengan kain jenis licin tu apa tah namanya, haruslah dipakai di hadapan muhrim or mahram sahaja.Bagus.So that perempuan Muslim di sana akan ingat yang telekung yang boleh nampak susuk tubuh tu tidak boleh dibawa solat ke surau mahupun masjid :)

Point yang paling penting sebab kenapa saya suka Bella Ammara of all other online sellers is that baju kurung dan jubah dia semua labuh dan longgar dan tak jarang.Yes saya suka baju jenis macam tu even sometimes saya sendiri suka pakai baju ketat dan singkat.huhu..takpelah saya boleh start slow slow kan?

Model-model untuk memperagakan baju rekaan pun termasuk Belle sendiri sangat menarik perhatian saya sebab mereka pakai selendang yang menutupi bahagian dada,which is good sebab jarang lah model-model lain saya tengok semuanya tudung atas bahagian dada or tutup leher jek :(

Belle dah keluarkan rekaan baju pengantin kan?Baju dia cantik tapi bagi saya macam ketat jek..dan ada satu tu saya tengok dalam IG kan tudung dia pun ada tutup leher jek.Maybe tu untuk display ke apa untuk teaser jek ke I don't know maybe boleh ubah mengikut kehendak customer.

So that is it my opinion about Bella Ammara.Keep up the good work.Kalau korang nak tahu boleh follow IG bellaammara.Dengar kata dah bukak butiknya di Shah Alam dan yang lama ada kat Setapak.kan?eh I lupa.tee heeee...

p/s: I pernah tanya dalam FB Bellammara pasal ada tak jual baju pengantin and dia reply tak lama lagi.so I tunggu sampai dah selesai I kahwin pun LOL.takpelah tadek rezeki..

Monday, January 05, 2015

Enam Tahun

Tahun ni dah masuk enam tahun menjadi blogger. Bukan part time mahupun full time but just suka suka jek nak jadi blogger sebab saya suka bercerita daannn eh bukan bergossip ye.


Tahun ni bulan Januari tapi tak ingat tarikhnya bila yang saya started blogging.Dalam enam tahun ni yang I have achieved fron my blog is that followers saya still sama jumlahnya.Lulz.Sudah dua kali selalu tukar link blog atas sebab yang memang masuk akal tapi selalunya duk ulang ulang tukar link dengan link yang sama jugak tee hee heee...



Enam tahun jugak orang luar dan orang yang saya tahu dan kenal dalam alam maya ni pun tak mengenali saya siapa sebenarnya even rakan twitter yang pernah saya jumpa tahun lepas pun masih tak kenal saya apabila di luar twitter.luls itu sangat normal kot.



ayat keling tetiba..



Enam tahun jugak I haven't revealed any full pictures of myself.I mean I will never selfie and ask someone to take my photo.And if I did pun I will never post it on the Internet.ah it's my choice my followers.We can do whatever we want to, right?



so that is it.Happy 6th Anniversary to my blog and to me as well hihi..More entries to come InsyaAllah, thank you guys.



p/s: tak tiru ayat keknis pun.lalalalaaa 

Saturday, January 03, 2015

Research on the Internet

My favourite question of all other questions about searching information on the Internet for work and assignment.

WHY SHOULDN'T I JUST SEARCH THE INTERNET INSTEAD OF USING LIBRARY RESOURCES?

The library's list may look just like other info on the Internet. BUT these sources usually have been checked by EXPERTS.This is not true of all the info on the Internet.It could come from almost anybody, and it may not be trustworthy.


p/s: source is from the book that I have read earlier called The World Almanac 2013 for Kids.

Friday, January 02, 2015

Azam Sebulan

alhamdulillah dah terlaksana azam sebulan saya iaitu dari December 1st 2014 sampai lah ke January 1st  2015 yeayy!


antara azam yang tak seberapa tersebut adalah:



1. uninstall Whatsapp.haaa nampak macam perkara remeh jek kan?tapi bagi saya yang jadi housewife ni azam untuk tidak on Whatsapp selama sebulan amatlah besar pengorbanannya.kalau ada info nak update dari family group Whatsapp pun saya akan tengok dalam phone husband jek.senang.tak larat jugak nak sentiasa up-to-date dengan news terkini.tapi saya gantikan dengan WeChat yang tak semua orang ada ni.



2. deactivate facebook.saya ada dua account facebook di mana saya asingkan kawan2 sekolah, UIA, kawan2 blogger, anak2 murid saya yang add saya sampai berpuluh2 tu dengan ahli keluarga saya.facebook kedua tu memang betul2 untuk family saya sahaja termasuk sepupu makcik pakcik daaannnn kawan2 saya dari IPG.so mestilah saya deactivate facebook yang pertama tu.



3. mangga tweet.oh saya ada twitter dan kebanyakan masa saya dihabiskan dengan baca tweets dalam timeline saya.keputusan saya mangga tweet ni sebab salah satu alasan cliche ialah ada orang stalk tak memasal.memang cliche pun.lagi satu saya taknak ramai followers.entahlah saya tak suka.



4. uninstall Twitter app dalam phone.tapi saya tweet jugak dalam phone tapi via mobile twitter.haaa tu bukan app kan kan kan?hihihi



5. private blog.ini pun sebenarnya nak lari kejap dari meluahkan apa2 kat blog.dan spesifiknya ialah dah tadek idea nak tulis apa dan malas nak tulis.sebab tu beli diari sebijik so boleh conteng2 di situ ye anak anak.haa lagi satu sebab nak modify sikit blog ni guna template lain.



6. private instagram.entah kenapa saya ni suka bebenor nak private semua benda.nak delete account lah apa lah.nak privacy sangat tayah lah join dunia alam maya ni.LOL




semua yang tersebut di atas tu saya dah jadikan dia normal balik semalam kecuali unlock tweet dan public instagram sebab twitter tadi macam ada problem website dia dan instagram ni rasanya macam nak delete untuk kali kedua.entah tak tahu lagi.



azam2 yang lain?kena buat dulu baru boleh cakap sebenarnya.saya nak try azam saya ikut bulan.taknak ikut tahun dah sebab....memang tak pernah jadi.heeee...



salam Jumaat semua!




Thursday, January 01, 2015

Finally..

I just want to share a very good quote from someone.







"What's wrong with you people, don't you have enough of your life that you HAVE TO CHECK ON 

other people's lives everyday?Life is not all about you, you and you.It's all about helping the poor, 

contribute to the society and make the world a better place to live.If you die today, aren't you 

ashamed to meet the God?You're full of yourselves, didn't help the orphanage, you threw litters 

everywhere.How dare you gonna meet Allah with that attitude?"




I took it from someone else's blog.my favourite blogger actually.the blogger has updated the entry about what was the blogger's lecturer has told them in class.when I read it then I decided to post it on my blog for a new beginning and a fresh start for the coming 2015...well it's tomorrow...in a few hours I believe.if you guys wanna know who my fav blogger is you gotta figure it out hon.

p/s: I'll publish this post on January 1st.auto-publish as usual.Happy New Year 2015.my resolution?he he hehe...can't tell.

Wednesday, November 05, 2014

Make It Easy

do you want to learn or improve your English?







enjoy bebeh!

Friday, October 17, 2014

Cikgu?

tak ada orang tanya pun kenapa aku nak jadi cikgu.aku minat sangat ke mengajar?

"dah besar nanti apa cita-cita kamu?"

"nak jadi doktor atau jadi cikgu!"

itu jawapan aku.doktor tu memang tak lepas lah kan.zaman dah berlalu dan ini kisah dah lepas.frust menonggeng kau takyah cite lah.

actually the only reason why i have really wanted to be a teacher is that aku nak merasa keadaan di sekolah kerajaan macam mana.by saying this masa aku sekolah rendah dulu aku dihantar ke sekolah private.padahal aku terkinja kinja nak ke sekolah biasa sebab tengok kawan2 aku pindah.but my parents tak bagi pun.mereput lah kau kat sekolah tu sampai habis UPSR.

bila dah mengajar kat sekolah biasa ni ohhhh baru aku tahu.tadek lah best mana pun environment nya.hahaha keji betul aku.kat sekolah biasa semua kena beli sendiri kat kantin sekolah or koperasi.kalau kat sekolah aku dulu kitorang beratur jek nak ambil makanan sebab semua dah dibayar setiap bulan.aku lah yang selalu tolong bayarkan kat cikgu bila mak aku hulur duit.

adik aku pun sekolah sama dengan aku jugak habis sampai darjah enam.eh kitorang pun ada UPSR lah kau ingat sekolah kau jek ada???

salah satu kelemahan aku bila sekolah private ni ialah aku lambat tahu pasal penggunaan duit ketika urusan membeli barang.yelah kat sekolah semua ada.nak beli aiskrim sendiri kat kawasan perumahan pun mak ayah aku tolong belikan.nilai duit tu memang aku tatau.sampai aku darjah empat ke lima baru reti beli barang sendiri.kalau tak hancussss la Math UPSR aku.LOL

ini kelemahan aku jek.orang lain ada cara lain.

kalau korang ada rezeki lebih nanti hantarlah anak korang ke sekolah private.nanti korang try compare.ok?ciaoooo!

Wednesday, October 15, 2014

Bila Nak Packing..

packing and unpacking stuff aren't really my thing.

except kalau nak gi ke tempat yang memang aku excited.

dalam almari seorang manusia bergelar perempuan dan wanita ni sebenarnya banyak benda.almari baju lah yang kita nak fokus ni.

contoh dalam almari baju aku kan.a lot of blouses, pants, shawls, long skirts and banyak lagi.kalau time nak packing tu memang aku keliru.tak bawak baju ni kang rasa macam kat sana nak  pakai nanti.kalau bawak seluar ni kang rasa macam tak pakai tapi nak bawak sebab takut la apa apa kan.lelaki kena faham ni.

meh la aku list kan sikit apa sebenarnya yang ada dalam almari baju perempuan selain yang dua tuuuuu...

specifically almari baju aku.LOL..

seluar (jeans, khakis, leggings, shorts, tracksuit, palazo, printed pants, and...)

baju (blouses, t-shirts, long sleeve shirts, shirts, cardigans, jackets, sweaters, hoodies, sweatshirt, singlets, inner shirts, long inner shirts, apatah lagi)

tudung (shawls, pashminas, tudung bawal, tudung indon aka fareeda)

baju kurung (baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung biasa, baju kurung kedah,)

jubah (semua jubah either longgar or ketat.jahat kan?)

socks (sport socks, stoking,)

kain batik.LOLOLOLOL

long skirts


amboi sikit nya.haha

some of us might like to keep their shoes in the shoe box and put it in their closets.

kasut (high heels, wedges, sport shoes, kasut nak gi dating, gi jalan2 pasar malam, kasut nak naik motor, kasut nak gi kerja, kasut nak gi majlis kahwin, tapi selipar jepun WAJIB kena ada.i dont know why lol)

ada sesetengah orang meja sikat or cermin diorang sekalikan dengan almari baju.ada yang asing asing kan?tapi banyak jugak barang atas meja tu kan or dalam cermin?

sikat (ada yang brush and ada yang biasa punya)

getah rambut (penyepit rambut, cekak rambut)

bedak (bedak badan, compact powder)

perfume (bukan Febreeze)

deodorant

lipbalm (semestinya bukan lipstick dan lipgloss)

moisturizer

face mask (jarang pakai)

bekas tempat letak rantai, cincin, kerongsang, pin apa semua jadah

cotton bud

body cream (banyak sangat sampai tak terguna)


ni je kot.obviously ni semua barang aku sahaja.tak termasuk barang si dia lagi.jangan sampai aku list kan barang2 mandi pulak.memang aku tak larat pun.


SO NAMPAK TAK KESUSAHAN DAN KEKELIRUAN KITORANG BILA TIME NAK PACKING???

Friday, August 29, 2014

Jenis Inai

sebenarnya dari aku kecil sampai la ni pun aku pakai inai jenis serbuk yang dari Mekah tu.tak pernah pulak nak try inai daun ke inai yang tekan tu ke apa2 lah selain serbuk.

so aku pelik macam mana ada kes yang pakai inai ni boleh terhakis kuku lah kulit jadi timbul2 bila pakai henna yang duk lukis2 atas tangan lengan semua tu lah.aku hairan.

korang main belasah jek ke nak pakai inai ni?

zaman aku dulu kan.tiap kali cuti sekolah hujung tahun memang parents aku dan pakcik makcik aku hantar kitorang balik rumah arwah nenek.so sepanjang cuti sekolah memang spent time 100% dengan arwah dan cousin2 sengal yang lain.so arwah nenek selalu lah pakaikan kat kitorang punya tangan dan kaki ni inai.tapi inai yang dia bawak balik dari Mekah,takpun kat sedara mara yang gi umrah so dia kirim jek suh beli sebab cucu2 dia nak pakai.

memang lah best sebab cucu perempuan ramai dan cucu lelaki sorang tu jek lah.ah mengada!

ok anywaayyy dari sekolah rendah sampai dah masuk uni sampai dah kahwin pun aku memang pakai inai serbuk tu jek.tadek lah nak kata inai dari Mekah tu jek yang elok yag ada keberkatan ke apa tapi ni sebab pengalaman aku.so far alhamdulillah tadek rosak apa2 lagi lah kat tangan kaki dan jari jemariku ini.hikksss

so korang lain kali nak pakai henna ke inai nak kahwin ke apa2 lah kan.better tengok betul2.kalau dia jual murah sangat tu macam dah lain macam dah tu.tak pun korang tayah pakai lah inai.haha

ishh inai Mekah ni merah wooo.bukan oren.kalau korang simpan lama sangat inai tu dari sana bawak ke Malaysia dan tak guna memang habis lah kemerahan dia.ni pun pengalaman aku lah.

entry ni tadek niat pulak aku nak hancurkan business inai or henna orang lain.just aku suruh berhati2.yang jual inai pun satu sengal.cuba kau try dulu henna tu kat tangan kau sebelum jual ke orang lain.

ingat yee.jagalah pemberian Allah kepada kita yang hanya pinjaman ni :)

Tuesday, August 19, 2014

Barang Perempuan

bagi aku,sebagai seorang perempuan yang simple dan seumur hidup pernah pakai make up untuk bertunang dan nikah sahaja, barang aku yang paling penting ialah :

shawl / pashmina
kasut
beg tangan

perempuan lain mesti akan tambah barang lain jugak seperti eyeliner ke eye shadow ke blusher ke lipstick ke sunglasses ke cardigan ke apa apa jek lah kan.

so no wonder lah aku ada update pasal jenis2 handbag kan hari tu.

tapi kalau ikut kiraan top 3 sebenarnya aku lebih suka handbag, pashmina dan baru lah kasut.

why handbag?

aku ada cara aku sendiri lah.dari zaman uni sampai sekarang pun dah lebih 50 jenis handbag aku pernah beli.mahal ke murah ke itu pikir kemudian.sebab aku rasa dalam situasi berbeza aku juga kena ada handbag yang berlainan mengikut situasi.cewaahh.

contohnya handbag nak pergi sekolah lain.beg nak pergi tesco lain.beg nak ke pasar (jarang jek pergi) lain.beg nak pergi makan2 jalan2 malam lain.beg nak pergi jalan2 tapi naik motor pun lain.beg nak pergi majlis kahwin or dinner pun mestilah lain.

kalau nak pergi sekolah time praktikum dulu aku memang banyak bawak beg.beg galas untuk laptop, handbag, beg yang letak aku punya portfolio dan buku RPH lagi.beg galas laptop tu pun ada sorang cikgu tegur nampak aku macam student bawak beg gitu.dah takkan nak bawak beg laptop yang sangkut kat bahu tu?gilaaa apaakkaahh?

korang ingat cikgu datang sekolah ni lenggang kangkung je ke apa?

kriteria lain yang aku pilih masa nak beli handbag ialah jangan keras sangat.sebab aku terpikir jugak kalau bawak kereta nanti handbag tu nak letak mana?kat celah kaki?kat handbreak?seat sebelah?kalau beg yang lembik2 sikit tu senang jugak nak letak kat tempat kaki.kalau keras?pikir sendiri.

kalau shawl ni kalau kau ada 10 pasang shawl kaler hitam tapi berlainan corak pun dah kira ok untuk pergi semua tempat.

kasut pulak.kasut ni aku takkan rasa cerewet sangat sebab kasut ni pakai kat kaki dan bukan di pinggang.so aku takkan beli mahal2 sangat lah.benda letak kat kaki kot.

so ini view aku jek la pasal barang2 perempuan yang penting dan selalu perempuan beli.orang lain mesti lagi banyak barang dia dari aku.kan?

ok dah lah.nak mandi.bye.



Thursday, August 14, 2014

Tuesday, July 08, 2014

Tangguh lah Lagi..

aku kan manusia.so aku ada kelemahan yang maha satu ni.eh maha hebat ke maha satu?k fine tak kisahlah.

aku suka tangguh solat.nampak tak evil kat sini?suka.tangguh.dua words yang bodoh bila digabungkan.kan?

suka tu dah macam hobi pulak.tangguh lagi lah.kalau tangguh buat kejahatan tu ok lagi lah.eh tak tak.tak ok.tayah tangguh.terus jek tak buat kejahatan.ye kan?

dari kecik lagi mama aku pesan...haa suka lah tangguh2 lagi solat.tangguh buat kerja.nanti sampai ke tua lah kau suka tangguh.kahwin pun tangguh.dapat anak pun tangguh.haaa nak gitu?

ohmai.....ingat lagi dia cakap tu sampai saat aku taip ayat ni.pedih kan?tu lah doa lagi aku jadi gitu.eh taaakk.tak salahkan mama kita.mestilah ni salah aku.sendiri.

so...would you guys help me out?aku dah try banyak kali konon macam ok esok nak solat lepas azan memang terus nak solat tapi bila tiba hari esoknya......terkubur semua niat.

help me!

Thursday, June 26, 2014

Manusia Oh Manusia

let me get this straight to the point.

dah ramai bagi pendapat apa yang mereka nampak dan baca dalam internet especially on twitter (fb sekarang macam dah agak lembap nak dapat news) pasal budak OKU tu.

selama ni aku hanya memerhati dan aku pun ada suara nak bagi tau sesuatu.

selagi kau tak pernah tanya sendiri depan mata tentang sesuatu hal, selagi kau tak pernah nampak dan tengok sendiri apa yang sebenar berlaku sebab selama ni kau hanya lihat, jadi jangan nak tokok tambah.aku benci.

tak salahkan mak dia.tak salahkan bapak tiri dia.apatah lagi pulak nak salahkan budak OKU tu.tak salahkan media.tak salahkan pun.cuma paham sendiri jek.

pendapat aku ni aku try apply kat semua isu yang konon konon hangat di alam maya dan realiti ni.aku cuba.kau taknak cuba takpe.aku tak rugi.kau tak untung.

please.dengar boleh.baca boleh.tengok boleh.percaya jangan.

Monday, May 26, 2014

Cerita Majlis Nikah

so after 3 weeks ni baru rasa macam boleh bernafas secara sempurna.kononnya lah.jadi housewife sebelum gerak ke Perlis ni agak mencabar jugak lah tahap kebosanannya.

nak cerita pasal apa yang aku nampak dan rasa sekitar majlis nikah aku.hehehe


tema majlis ialah putih dan purple pastel.yes i love purple and pink tapi takkan nak kaler pink kan.itu sudah pentingkan diri sendiri sebenarnya.hahaha purple pastel banyak kepada warna hantaran dan kaler baju bridesmaid.eh bridesmaid ke bridemaids?

kekadang baju flower girls or bridesmaid ni nak setaraf jugak dengan pengantin.siap dengan flower crown bagai.pastu post repost kat instagram dekat orang yang dia beli baju or flower crown tu pastu nak tag aku jugak.lelss

mama aku kata tetamu datang terlalu ramai dan tak sangka.hehe bukan maksudnya ada yang tak dijemput tu datang tapi yelah datang dengan family kan.time kakak aku kahwin dulu jemput ramai tapi datang sikit.makanan ke goodies semua ada banyak lebih.time aku kahwin ni ecececey ramai lah puleekk.

makanan or lauk pengantin ni kan.aku dah la makan ciput jek padahal dari bangun lepas subuh tu aku tak jamah apa pun.minum air pun tak.nasib lah time akad nikah tu buat awal pukul 11.itupun muka aku dah control habis tahan lapar.bukan nak buat muka nervous ke apa sebab nak dinikahkkan.ikikiki

lauk pengantin ni as usual mestilah best dan special dari biasa.siap ada orang layankan.ambikkan lauk.hahaha ada puding raja taaww.ni orang pahang tahu ler..kat luar beli mahal kot.

sebelum habis majlis family aku ni ada adat mandi sampat.pernah dengar?nanti aku cerita kat entry lain.malam sebelum nikah pulak ada majlis budak2 bersanding dan bertindik telinga.pernah dengar ke tak?ada masa nanti aku cerita.kalau rajin.haha

lepas habis jek sah akad nikah tu....woooo perasaan dia....orang yang dah kahwin tu dia paham lah.lega selega leganya okaayyy.yang aku tak berapa nak selesa tu bab pose ambik gambar.wellll im not that kinda girl yang suka selfie dan ambik gambar jek keje.so kalau lah ada barang yang lagi keras dari kayu tu memang boleh terjemahkan keadaan aku yang lagi teruk dari kayu bila berposing.

kesimpulannya, memang lega semua dah setel daaannnn....kahwin ni best woooo.ikikiki

i wish u all pun akan kahwin dengan hati yang tenang dan akan happy macam aku jugak.

bye.



Tuesday, March 11, 2014

Review 300 The Rise of the Empire

tak ingat title penuh movie ni.takpelah korang pandai google kan.

- aku suka watak perempuan jahat yang dia orang Greek tapi nak balas dendam terhadap Greek tu.dia sokong Parsi kot.cantik doh mata dia.

- adalah orang tu cakap kalau betul ikut sejarah sebenarnya Parsi yang menang dalam perang dengan Greek.orang tu cakap lah.nak tau gi google.

- watak Xesxes ke Xerxes ke apetah.haa handsome sebenarnya tapi lepas jadi dewa tuhan pebende tah tu terus dh jadi merepek.tetiba kepala botak.kening cukur.pakai spender jek.

- thermodiske ke thermoliske.haha malas jugak nak google.boleh tahan gak la watak dia.even dah buat ehem ehem dengan minah jahat tu but still dia taknak join minah ni untuk jadi hamba.kekonon taknak perang lah.malu siot.

- nothing much i can say about this movie sebab habis movie baru aku tahu yang ni second sequel.patutlah aku seperti terpinga2 sebab banyak flashback yang aku tak faham.zzzz

- effect darah duk terpancut2 keluar tu dah macam berleluasa sangat dalam babak2 movie ni.dah macam air sirap aku tengok.

- pesen lawan2 yang memang nak penggal kepala.

- orang Greek pakai skirt masa lawan2 tu.geli pulak.

- watak Xerxes tu sikit sangat.tak menonjol.

- tak best movie ni sebab aku dipaksa dan terpaksa tengok dan terus tak paham.

Wednesday, March 05, 2014

Artis dan Duta Produk

oh lamanya tak update.

i have seen a lot of ads on TV and magz and on the internet and stuff about our Malaysian celebrities yang berebut2 nak jadi duta sesuatu produk.yang masalahnya produk atau bisnes tu membawa keuntungan ke tak kepada empunya produk, duta produk dan pembeli atau pelanggan iaitu kita yang bodoh ni sendiri.

aku kabor straight to the point jek lah eh.ramai artis jadi produk makanan segera iaitu Maggi.apa2 jenis maggi lah aku tak kira lah kan.so apa yang aku nampak cara ni tak berapa beri manfaat sangat kepada pembeli especially kepada kanak2 remaja yang tergila2kan sangat seseorang artis.

memang lah artis akan cakap "peminat atau pembeli sekarang dah lebih pandai memilih dan menilai mana baik buruk".oh man masalahnya kau jadi duta produk tu confirm lah kau nak promot and kau mengharap peminat kau beli kan?ke tak?

yang bijak memilih dan menilai tu mungkin untuk orang dewasa seperti aku, kau dan kau kat luar sana.kita dah tahu maggi ni tak bagus makan selalu.sebenarnya tak elok makan pun.tapi kalau budak2, remaja sekolah, student2 uni tu.takkan nak galakkan depa maggi kan even depa dah memang tadek duit sangat pun?ada ke alasan cenggitu?

bila aku tulis ni maybe akan ada orang kata "tak baik kacau periuk nasi orang.biarlah dia cari duit dengan cara yang halal".so if that case pemikiran orang melayu tahun 2014 ni masih begini maka nya aku takleh nak kata apa.ini pendapat aku.peduli.

banyak jek produk kesihatan yang bagus.macam Marigold ke vitagen ke yang bersepah produk kecantikan apa tah tu.ok jugak.tapi tadek lah sampai maggi...masalahnya maggi berbagai2 jenama ni yang banyak untung dari produk lain.patutlah melayu banyak bengap.aku dah setahun tak makan maggi.mujur tak bengap.kakaka

so fikir jek lah semula.bye

Thursday, February 13, 2014

Review Ariana Rose

selalu aku buat review movie jek.memandangkan kisah dalam drama ni sangat terkesan bagi aku kepada seseorang (you know who you are) maka mari kita buat review untuk menghilangkan stress nak menyiapkan lesson plan dan jurnal praktikum.

anyway drama tu dah habis hari ni.

- aku kecewa sebab aku tak tengok episod pertama sebab aku ingat tak best drama ni padahal babak klimaks dah start dari episod first.itupun mak aku yang inform dalam whatsapp.haha

- aku rasa watak ariana rose sesuai lah dengan fatiya.aku cara dia cakap dalam drama tu.
"harith, u dah selamatkan nyawa i.bagi i teman u malam ni please?"
"oh takpe nanti i msg u k?"
ada jek k lah please lah kat hujung ayat.

- watak yang tak puas hati aku tengok sebab ending gitu jek ialah Harith dan Ramzul dan Liyana.tiga2 ni memang nak kena lempang dengan aku.dah lah Harith blah gitu jek.liyana pun mati gitu jek.ramzul serah diri ke polis macam tu jek.so macam tu jek lah eh ending?

- ramai orang pertikaikan asal ariana ni senang2 jatuh cinta dengan orang yang rogol dia.bagi aku itu normal.dan lagi normal kalau aku kata jodoh semua Allah punya kerja.dah full stop.

- kata drama kan.confirm ada babak yang tak logik dan tak perlu.babak berkali2 duk jiwang romantik antara ariana dan adam.bosan doh.lagi bosan yang ariana ni asyik2 takleh terima adam seadanya.come on lah weh...pastu merajuk.haha everyone should deserve a second chance.come on lah bebeh.

- watak Liyana yang nabila huda berlakon tu.well as usual lakonan nabila huda mana pernah mengecewakan.kan?

- nak tanya.arja lee ni cina ke?malas google.

- ada babak tu yang penulis novel ni berlakon kan?haaa kejak jek babak tu.

- lagi annoying dan lawak kekadang tu ialah parents adam ni asyik la bersayang2 dengan suami isteri.ayang lah sayang lah.korang perasan kan?haha

- aku nampak banyak babak yang depa cut dalam drama ni.babak yang tak diperlukan lah.kiss pipi terutamanya.

- akhir sekali drama ni best.dan mengajar aku untuk bersyukur ada orang special yang terima aku seadanya maka kita pun belajar terima dia seadanya :)


so korang ada nak komen apa2 lagi tak?


Putih

salam sejahtera *betulkan pashmina*

rasa rasa banyak tak benda or harta benda or barang2 korang yang warna putih?kereta?dinding?bilik mandi?baju?seluar?skirt?blouse?bag?laptop?phone?cadar katil?kasut?

ada eh?aku pun ada lah.haha

actually white color is not really my favorite color.currently i love pink and purple.i dont like green and yellow.somehow i feel like green is only suitable for grass, trees, sawah padi ke kan.ha yang tu aku suka.sayur ke.tapi hijau ni kalau kena kat baju ka seluark a tudung ka bag ka tak cantik.

ok itu bagi aku.

bercakap pasal putih.aku suka satu jek warna putih ni bila time majlis nikah ka resepsi ka.macam nampak bersih dan suci.yelah nikah kan wajib.time tu pulak kau nak pakai kaler yang kekonon color block.nampak sangat gedik dan gatai hang nak berlaki.tak menyabor.kakaka

dinding bilik aku kaler purple pastel.bilik air kaler macam rose in bloom gitu.kereta aku kaler hitam.handbag biru.jam kaler gold.mana eh barang aku yang pink?tshirt lah kot banyak pink.tak pun casing phone.

aku terfikir jugak.aku ni agak lah kan agak careless time makan.kalau nikah nanti time makan tu pakai baju putih...kena sentiasa berhati hati lah aku akan baju tersebut.aku jadi macam...tah.bukan fobia.tapi apa eh term psychology yang sesuai untuk orang yang kalau pakai or ada barang warna putih jek mesti resah gelisah takut kotorkan barang tu.macam gelabah.

lagi satu putih ni senang pudar.satu jek barang aku warna putih ni ialah telekung.sebulan sekali basuh rendam dengan clorox.

so....putih putih...be nice to me okay.only one day.please just one day.hihi

p/s : kain kapan pun putih weh!

Saturday, February 08, 2014

Tak Sedar

kebanyakan orang memang tak sedar akan caption pada gambar yang mereka siarkan di laman sosial tu kekadang tadek kaitan dengan gambar.ini tak termasuk kategori selfie.itu aku malas nak ambik tau sebab aku bukan dalam golongan tu.uollss tahu kan?

gambar bersama ibu dan ayah tercinta dan caption tu memang sepadan sebenarnya seperti "i love my mom and dad" "manusia yang paling aku cinta" and so on but aku tengok dari sudut lain.

memakai pakaian yang tidak menutup aurat even kau hijabster or kau memang pakai tak tutup aurat pun tapi bergambar dengan mak ayah dengan caption "saya sayang emak dan ayah saya".kesian parents kau especially ayah kau.

setakat ni faham aku nak cerita apa?

selagi kau belum kahwin, terutama perempuan, dosa2 kau tu kau tanggung dan ayah kau pun tanggung sekali.so celah mana yang kau kata kau sayang ayah kau tu?aku tak faham.lain kali nak buat dosa jangan ajak orang lain tanggung sekali.ni kang kahwin kata i really love my hubby tapi pakai tak tutup aurat jugak.so?

kau sayang ayah kau dan suami kau tapi kau bagi diorang tanggung dosa kau sekali.dunia oh dunia.aku pun dulu berperangai macam ni.aku taknak dah buat.

maka fikirkanlah.


Sunday, January 05, 2014

#TNhaynaku

sepi,
bukan diam,
untuk terima semua.


p/s: saja nak try :)