Showing posts with label Mood. Show all posts
Showing posts with label Mood. Show all posts

Tuesday, February 24, 2026

9 years. For what?

I'm ​Malaysian. In case you forgot about me. Back at it again. After 9 years.

Things change. People grow. They say.

Excited. Touching. Cringe. Missing. All at the same time. Is it valid?

Hai assalamualaikum. I'm back. Whoever knows me here. Have read my blog before. Have left a comment on my entries before. I'm back.

It's funny when it shows me "since 2021". I have this blog since 2010. Then i forgot that i created a new gmail in 2021 when i deleted my previous email permanently.

Feels weird when I have discovered a high school boy from Malaysia created a blog. Is blogspot still a relevant medium in 2026? You tell me.

Other entries might come soon. 

Salam Ramadan everyone ❤️

p/s: thanks blog app for this app on ios!

Friday, January 02, 2015

Azam Sebulan

alhamdulillah dah terlaksana azam sebulan saya iaitu dari December 1st 2014 sampai lah ke January 1st  2015 yeayy!


antara azam yang tak seberapa tersebut adalah:



1. uninstall Whatsapp.haaa nampak macam perkara remeh jek kan?tapi bagi saya yang jadi housewife ni azam untuk tidak on Whatsapp selama sebulan amatlah besar pengorbanannya.kalau ada info nak update dari family group Whatsapp pun saya akan tengok dalam phone husband jek.senang.tak larat jugak nak sentiasa up-to-date dengan news terkini.tapi saya gantikan dengan WeChat yang tak semua orang ada ni.



2. deactivate facebook.saya ada dua account facebook di mana saya asingkan kawan2 sekolah, UIA, kawan2 blogger, anak2 murid saya yang add saya sampai berpuluh2 tu dengan ahli keluarga saya.facebook kedua tu memang betul2 untuk family saya sahaja termasuk sepupu makcik pakcik daaannnn kawan2 saya dari IPG.so mestilah saya deactivate facebook yang pertama tu.



3. mangga tweet.oh saya ada twitter dan kebanyakan masa saya dihabiskan dengan baca tweets dalam timeline saya.keputusan saya mangga tweet ni sebab salah satu alasan cliche ialah ada orang stalk tak memasal.memang cliche pun.lagi satu saya taknak ramai followers.entahlah saya tak suka.



4. uninstall Twitter app dalam phone.tapi saya tweet jugak dalam phone tapi via mobile twitter.haaa tu bukan app kan kan kan?hihihi



5. private blog.ini pun sebenarnya nak lari kejap dari meluahkan apa2 kat blog.dan spesifiknya ialah dah tadek idea nak tulis apa dan malas nak tulis.sebab tu beli diari sebijik so boleh conteng2 di situ ye anak anak.haa lagi satu sebab nak modify sikit blog ni guna template lain.



6. private instagram.entah kenapa saya ni suka bebenor nak private semua benda.nak delete account lah apa lah.nak privacy sangat tayah lah join dunia alam maya ni.LOL




semua yang tersebut di atas tu saya dah jadikan dia normal balik semalam kecuali unlock tweet dan public instagram sebab twitter tadi macam ada problem website dia dan instagram ni rasanya macam nak delete untuk kali kedua.entah tak tahu lagi.



azam2 yang lain?kena buat dulu baru boleh cakap sebenarnya.saya nak try azam saya ikut bulan.taknak ikut tahun dah sebab....memang tak pernah jadi.heeee...



salam Jumaat semua!




Tuesday, October 28, 2014

Nota Cinta

aku saja jek google image girlfriend Sam Bunkface then ada keluar imej seorang perempuan yang aku rasa familiar.orang kata dia pernah digosipkan dengan Sam jugak tapi tak jadi kot..anyway gf Sam tak cantik mana pun.bukan perempuan yang aku nak cerita ni..

rupanya perempuan tu dalam iklan ni...korang tak ingat??






heeee rindu kot iklan ni.mana tah perempuan ni sekarang.

p/s: aku try search iklan Maxis yang Nora Danish yang pakai maskot tu tapi takde :((

Wednesday, October 15, 2014

Bila Nak Packing..

packing and unpacking stuff aren't really my thing.

except kalau nak gi ke tempat yang memang aku excited.

dalam almari seorang manusia bergelar perempuan dan wanita ni sebenarnya banyak benda.almari baju lah yang kita nak fokus ni.

contoh dalam almari baju aku kan.a lot of blouses, pants, shawls, long skirts and banyak lagi.kalau time nak packing tu memang aku keliru.tak bawak baju ni kang rasa macam kat sana nak  pakai nanti.kalau bawak seluar ni kang rasa macam tak pakai tapi nak bawak sebab takut la apa apa kan.lelaki kena faham ni.

meh la aku list kan sikit apa sebenarnya yang ada dalam almari baju perempuan selain yang dua tuuuuu...

specifically almari baju aku.LOL..

seluar (jeans, khakis, leggings, shorts, tracksuit, palazo, printed pants, and...)

baju (blouses, t-shirts, long sleeve shirts, shirts, cardigans, jackets, sweaters, hoodies, sweatshirt, singlets, inner shirts, long inner shirts, apatah lagi)

tudung (shawls, pashminas, tudung bawal, tudung indon aka fareeda)

baju kurung (baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung biasa, baju kurung kedah,)

jubah (semua jubah either longgar or ketat.jahat kan?)

socks (sport socks, stoking,)

kain batik.LOLOLOLOL

long skirts


amboi sikit nya.haha

some of us might like to keep their shoes in the shoe box and put it in their closets.

kasut (high heels, wedges, sport shoes, kasut nak gi dating, gi jalan2 pasar malam, kasut nak naik motor, kasut nak gi kerja, kasut nak gi majlis kahwin, tapi selipar jepun WAJIB kena ada.i dont know why lol)

ada sesetengah orang meja sikat or cermin diorang sekalikan dengan almari baju.ada yang asing asing kan?tapi banyak jugak barang atas meja tu kan or dalam cermin?

sikat (ada yang brush and ada yang biasa punya)

getah rambut (penyepit rambut, cekak rambut)

bedak (bedak badan, compact powder)

perfume (bukan Febreeze)

deodorant

lipbalm (semestinya bukan lipstick dan lipgloss)

moisturizer

face mask (jarang pakai)

bekas tempat letak rantai, cincin, kerongsang, pin apa semua jadah

cotton bud

body cream (banyak sangat sampai tak terguna)


ni je kot.obviously ni semua barang aku sahaja.tak termasuk barang si dia lagi.jangan sampai aku list kan barang2 mandi pulak.memang aku tak larat pun.


SO NAMPAK TAK KESUSAHAN DAN KEKELIRUAN KITORANG BILA TIME NAK PACKING???

Tuesday, October 14, 2014

Bakal New Toy

dah sebulan tak update dan terus tukar link sebab kantoi dengan husband yang aku ada blog dan dia baca entry2 yang latest.kau rasa?

kejap mak aku duk belakang buat apa tatau.

selepas 16 minit...gigih jugak aku kira masa.

anywayyyy aku banyak giler nak cerita sini.kadang kadang time drive tengah mandi tengah tengok tv pun aku ada idea nak update blog then bila sampai depan laptop tunggu sampai satu hari baru rasa ada mood nak update.

aku ada nak beli something.entah bila nak beli pun tatau tapi aku suka sangat gajet ni.memandangkan aku lebih cenderung ke arah record video dari bergambar berselfie macam korang kaaannn so aku ada survey satu camcoder ni dari Canon.

terpaksa contact uncle google kejap untuk dapat image yang diingini.














amacam?comel tak?harga pun murah what?around 1k macam tu.oklah dari aku beli yang betul2 camcoder sampai 1.9k tu weh.

aku dah ambik brochure dari kedai Canon tapi tatau ah dah sampai belum kat Malaysia.ke kalau dah ada brochure tu dah sampai lah kan?

if bab bab smartphone aku rasa aku pakar dalam mengkaji dia punya specs ke accessories ke apa apa lah pasal phone.tapi kalau bab camera dan camcoder jek aku surrender.memang zero info dan aku tak faham dia punya specs.

orang kata gajet ni sesuai untuk  youtubers.eleh kau ingat aku rakam video asyik nak melalak jek ke depan camera?

sebenarnya aku suka kumpul koleksi video2 lama yang aku rakam dalam sekitar tahun 2008 sampai sekarang.dari phone nokia xpress music jek pun tapi puas hati bila aku tengok balik semalam semua video lama dan aku post kat group fb family.semua tak sangka dan tak ingat bila masa aku record video or moment penting tu.sweet kan aku?

so kau tunggu jek lah eh Canon Legria Mini.nanti aku dapat kau aku belai kau habis habisan.ikikiki

korang tadek ke nak suggest aku beli gajet mana selain Legria Mini?nak suggest aku beli camera ke sebab camera pun boleh record video kan?kalau rajin komen eh.tak rajin kau boleh blah.haha.

Friday, August 29, 2014

Jenis Inai

sebenarnya dari aku kecil sampai la ni pun aku pakai inai jenis serbuk yang dari Mekah tu.tak pernah pulak nak try inai daun ke inai yang tekan tu ke apa2 lah selain serbuk.

so aku pelik macam mana ada kes yang pakai inai ni boleh terhakis kuku lah kulit jadi timbul2 bila pakai henna yang duk lukis2 atas tangan lengan semua tu lah.aku hairan.

korang main belasah jek ke nak pakai inai ni?

zaman aku dulu kan.tiap kali cuti sekolah hujung tahun memang parents aku dan pakcik makcik aku hantar kitorang balik rumah arwah nenek.so sepanjang cuti sekolah memang spent time 100% dengan arwah dan cousin2 sengal yang lain.so arwah nenek selalu lah pakaikan kat kitorang punya tangan dan kaki ni inai.tapi inai yang dia bawak balik dari Mekah,takpun kat sedara mara yang gi umrah so dia kirim jek suh beli sebab cucu2 dia nak pakai.

memang lah best sebab cucu perempuan ramai dan cucu lelaki sorang tu jek lah.ah mengada!

ok anywaayyy dari sekolah rendah sampai dah masuk uni sampai dah kahwin pun aku memang pakai inai serbuk tu jek.tadek lah nak kata inai dari Mekah tu jek yang elok yag ada keberkatan ke apa tapi ni sebab pengalaman aku.so far alhamdulillah tadek rosak apa2 lagi lah kat tangan kaki dan jari jemariku ini.hikksss

so korang lain kali nak pakai henna ke inai nak kahwin ke apa2 lah kan.better tengok betul2.kalau dia jual murah sangat tu macam dah lain macam dah tu.tak pun korang tayah pakai lah inai.haha

ishh inai Mekah ni merah wooo.bukan oren.kalau korang simpan lama sangat inai tu dari sana bawak ke Malaysia dan tak guna memang habis lah kemerahan dia.ni pun pengalaman aku lah.

entry ni tadek niat pulak aku nak hancurkan business inai or henna orang lain.just aku suruh berhati2.yang jual inai pun satu sengal.cuba kau try dulu henna tu kat tangan kau sebelum jual ke orang lain.

ingat yee.jagalah pemberian Allah kepada kita yang hanya pinjaman ni :)

Thursday, August 28, 2014

Mencari dalam Rindu

ikikiki pemendeee tajuk gini.macam nak bercinta.

actually aku tengah dalam misi yang dikendalikan sendiri oleh aku iaitu nak cari ex roommate aku di uia.dah empat tahun ni tatau dia kat mana.empat tahun jugak aku sebilik dengan dia.so banyak cerita memang share dengan roommate lah kan compare dengan kawan sekelas satu course.

so what i did just now was aku gi google full name dia.hebat kan ingat full name roommate?keluar lah result dalam list iium convocation 2010.tapi dia budak econs.tu jek aku dapat result.

dia ni tadek fb.tadek twitter.tadek instagram.dan sebelum kehilangan dia ni jugak aku memang tahu dia suka tukar2 no phone.hobi agaknya.selalu kalau tukar pun dia akan inform aku punya.tapi tu lah...dah lama tak contact kan..

eh jap.no no dua tahun lepas dia ada contact aku...ohhh yes yes aku ingat.aku call dia.then dia ada call aku jugak.cerita pretty much about hows ur life lah semua.dah kahwin ke belum.kerja kat mana.standard topik perbualan lah tu.

so now aku call dia tapi tak dapat.sebelum tu aku try call dia nak jemput aku kahwin.tu lah....tak dapat.geram jugak aku dibuatnya.

email dia...ermmm email dia aku taktahu or tak ingat.ok maybe tak boleh classified aku ni ex roommate yang baik.

but i really really miss her now :((

Tuesday, August 19, 2014

Barang Perempuan

bagi aku,sebagai seorang perempuan yang simple dan seumur hidup pernah pakai make up untuk bertunang dan nikah sahaja, barang aku yang paling penting ialah :

shawl / pashmina
kasut
beg tangan

perempuan lain mesti akan tambah barang lain jugak seperti eyeliner ke eye shadow ke blusher ke lipstick ke sunglasses ke cardigan ke apa apa jek lah kan.

so no wonder lah aku ada update pasal jenis2 handbag kan hari tu.

tapi kalau ikut kiraan top 3 sebenarnya aku lebih suka handbag, pashmina dan baru lah kasut.

why handbag?

aku ada cara aku sendiri lah.dari zaman uni sampai sekarang pun dah lebih 50 jenis handbag aku pernah beli.mahal ke murah ke itu pikir kemudian.sebab aku rasa dalam situasi berbeza aku juga kena ada handbag yang berlainan mengikut situasi.cewaahh.

contohnya handbag nak pergi sekolah lain.beg nak pergi tesco lain.beg nak ke pasar (jarang jek pergi) lain.beg nak pergi makan2 jalan2 malam lain.beg nak pergi jalan2 tapi naik motor pun lain.beg nak pergi majlis kahwin or dinner pun mestilah lain.

kalau nak pergi sekolah time praktikum dulu aku memang banyak bawak beg.beg galas untuk laptop, handbag, beg yang letak aku punya portfolio dan buku RPH lagi.beg galas laptop tu pun ada sorang cikgu tegur nampak aku macam student bawak beg gitu.dah takkan nak bawak beg laptop yang sangkut kat bahu tu?gilaaa apaakkaahh?

korang ingat cikgu datang sekolah ni lenggang kangkung je ke apa?

kriteria lain yang aku pilih masa nak beli handbag ialah jangan keras sangat.sebab aku terpikir jugak kalau bawak kereta nanti handbag tu nak letak mana?kat celah kaki?kat handbreak?seat sebelah?kalau beg yang lembik2 sikit tu senang jugak nak letak kat tempat kaki.kalau keras?pikir sendiri.

kalau shawl ni kalau kau ada 10 pasang shawl kaler hitam tapi berlainan corak pun dah kira ok untuk pergi semua tempat.

kasut pulak.kasut ni aku takkan rasa cerewet sangat sebab kasut ni pakai kat kaki dan bukan di pinggang.so aku takkan beli mahal2 sangat lah.benda letak kat kaki kot.

so ini view aku jek la pasal barang2 perempuan yang penting dan selalu perempuan beli.orang lain mesti lagi banyak barang dia dari aku.kan?

ok dah lah.nak mandi.bye.



Wednesday, July 09, 2014

9.7.2014

alhamdulillah masih bernyawa
alhamdulillah hampir semua impian menjadi kenyataan
alhamdulillah umur semakin bertambah.eh?
alhamdulillah celebrate tarikh best ni dengan orang orang yang kita sayang
alhamdulillah celebrate tarikh ni tahun ni di bulan Ramadhan
alhamdulillah meraikan tarikh ni dengan status yang lain dari tahun sebelumnya.

*di rumah tok di Pekan, Pahang.tarikh ini.pukul 2200 pm.lahir seseorang iaitu aku* :)

p/s: syukurlah korang yang lahir di hospital.

Tuesday, July 08, 2014

Tangguh lah Lagi..

aku kan manusia.so aku ada kelemahan yang maha satu ni.eh maha hebat ke maha satu?k fine tak kisahlah.

aku suka tangguh solat.nampak tak evil kat sini?suka.tangguh.dua words yang bodoh bila digabungkan.kan?

suka tu dah macam hobi pulak.tangguh lagi lah.kalau tangguh buat kejahatan tu ok lagi lah.eh tak tak.tak ok.tayah tangguh.terus jek tak buat kejahatan.ye kan?

dari kecik lagi mama aku pesan...haa suka lah tangguh2 lagi solat.tangguh buat kerja.nanti sampai ke tua lah kau suka tangguh.kahwin pun tangguh.dapat anak pun tangguh.haaa nak gitu?

ohmai.....ingat lagi dia cakap tu sampai saat aku taip ayat ni.pedih kan?tu lah doa lagi aku jadi gitu.eh taaakk.tak salahkan mama kita.mestilah ni salah aku.sendiri.

so...would you guys help me out?aku dah try banyak kali konon macam ok esok nak solat lepas azan memang terus nak solat tapi bila tiba hari esoknya......terkubur semua niat.

help me!

Tuesday, June 24, 2014

Kenapa? Kenapa?

kenapa naik kapal terbang tak pernah jem?
kenapa tak boleh bagi signal kat kapal terbang lain bila kita nak potong kapal terbang kat depan?
kenapa tadek traffic light kat udara?
kenapa takdek accident kapal terbang berlanggar dengan kapal terbang lain?
kenapa kapal terbang ada radar?
kenapa kat jalan raya tadek radar macam kapal terbang di udara?
kenapa jalan raya jem?
kenapa tadek traffic light kat lautan?
kenapa kapal terbang selalu crash?
kenapa kereta tak selalu crash?
kenapa kapal laut tak langgar dengan kapal laut lain?
kenapa kapal terbang boleh hilang dalam radar?
kenapa kereta tak boleh hilang dalam radar?


kenapa i suka u?u tahu tak? <<< soalan ni jek aku dapat dari dia compare dengan soalan2 yang aku tanya dia tadi.

bye.

Monday, May 26, 2014

Cerita Majlis Nikah

so after 3 weeks ni baru rasa macam boleh bernafas secara sempurna.kononnya lah.jadi housewife sebelum gerak ke Perlis ni agak mencabar jugak lah tahap kebosanannya.

nak cerita pasal apa yang aku nampak dan rasa sekitar majlis nikah aku.hehehe


tema majlis ialah putih dan purple pastel.yes i love purple and pink tapi takkan nak kaler pink kan.itu sudah pentingkan diri sendiri sebenarnya.hahaha purple pastel banyak kepada warna hantaran dan kaler baju bridesmaid.eh bridesmaid ke bridemaids?

kekadang baju flower girls or bridesmaid ni nak setaraf jugak dengan pengantin.siap dengan flower crown bagai.pastu post repost kat instagram dekat orang yang dia beli baju or flower crown tu pastu nak tag aku jugak.lelss

mama aku kata tetamu datang terlalu ramai dan tak sangka.hehe bukan maksudnya ada yang tak dijemput tu datang tapi yelah datang dengan family kan.time kakak aku kahwin dulu jemput ramai tapi datang sikit.makanan ke goodies semua ada banyak lebih.time aku kahwin ni ecececey ramai lah puleekk.

makanan or lauk pengantin ni kan.aku dah la makan ciput jek padahal dari bangun lepas subuh tu aku tak jamah apa pun.minum air pun tak.nasib lah time akad nikah tu buat awal pukul 11.itupun muka aku dah control habis tahan lapar.bukan nak buat muka nervous ke apa sebab nak dinikahkkan.ikikiki

lauk pengantin ni as usual mestilah best dan special dari biasa.siap ada orang layankan.ambikkan lauk.hahaha ada puding raja taaww.ni orang pahang tahu ler..kat luar beli mahal kot.

sebelum habis majlis family aku ni ada adat mandi sampat.pernah dengar?nanti aku cerita kat entry lain.malam sebelum nikah pulak ada majlis budak2 bersanding dan bertindik telinga.pernah dengar ke tak?ada masa nanti aku cerita.kalau rajin.haha

lepas habis jek sah akad nikah tu....woooo perasaan dia....orang yang dah kahwin tu dia paham lah.lega selega leganya okaayyy.yang aku tak berapa nak selesa tu bab pose ambik gambar.wellll im not that kinda girl yang suka selfie dan ambik gambar jek keje.so kalau lah ada barang yang lagi keras dari kayu tu memang boleh terjemahkan keadaan aku yang lagi teruk dari kayu bila berposing.

kesimpulannya, memang lega semua dah setel daaannnn....kahwin ni best woooo.ikikiki

i wish u all pun akan kahwin dengan hati yang tenang dan akan happy macam aku jugak.

bye.



Tuesday, March 25, 2014

25.3.2014

for the first time 
i wish to both of us
happy 9th anniversary 
happy 9 years of relationship 
hopefully it will end with the best relationship
with one step closer
to the precious moment
forever.


p/s : memasing busy so nasib one of us yang tolong ingatkan.weeeee

Thursday, February 13, 2014

Putih

salam sejahtera *betulkan pashmina*

rasa rasa banyak tak benda or harta benda or barang2 korang yang warna putih?kereta?dinding?bilik mandi?baju?seluar?skirt?blouse?bag?laptop?phone?cadar katil?kasut?

ada eh?aku pun ada lah.haha

actually white color is not really my favorite color.currently i love pink and purple.i dont like green and yellow.somehow i feel like green is only suitable for grass, trees, sawah padi ke kan.ha yang tu aku suka.sayur ke.tapi hijau ni kalau kena kat baju ka seluark a tudung ka bag ka tak cantik.

ok itu bagi aku.

bercakap pasal putih.aku suka satu jek warna putih ni bila time majlis nikah ka resepsi ka.macam nampak bersih dan suci.yelah nikah kan wajib.time tu pulak kau nak pakai kaler yang kekonon color block.nampak sangat gedik dan gatai hang nak berlaki.tak menyabor.kakaka

dinding bilik aku kaler purple pastel.bilik air kaler macam rose in bloom gitu.kereta aku kaler hitam.handbag biru.jam kaler gold.mana eh barang aku yang pink?tshirt lah kot banyak pink.tak pun casing phone.

aku terfikir jugak.aku ni agak lah kan agak careless time makan.kalau nikah nanti time makan tu pakai baju putih...kena sentiasa berhati hati lah aku akan baju tersebut.aku jadi macam...tah.bukan fobia.tapi apa eh term psychology yang sesuai untuk orang yang kalau pakai or ada barang warna putih jek mesti resah gelisah takut kotorkan barang tu.macam gelabah.

lagi satu putih ni senang pudar.satu jek barang aku warna putih ni ialah telekung.sebulan sekali basuh rendam dengan clorox.

so....putih putih...be nice to me okay.only one day.please just one day.hihi

p/s : kain kapan pun putih weh!

Friday, January 03, 2014

Meaning



really?come on.

dari sekolah rendah sampai dah umur 27 ni memang ini jek lah idea aku setiap kali orang tanya "kau pandai lukis?".bagi aku paham senang ialah "kau tahu lukis?".ok yes semua orang tahu lukis.so i made this.and they laughed.ceh

lukisan ni kekonon ilham dari rumah arwah nenek aku yang meninggal 3 tahun lepas.it brings so much memories to me and cousins and her children of course.aku takkan lukis rumah aku sebab...it's complicated .LOL rumah batu tak best dilukis hokayy.

yang paling 'mahal' dalam lukisan di atas ialah tu tu paip tu.siap ada baldi tolong siap tadah air menitis.sebab?dari kecik my family akan tengok filem P.Ramlee every weekend or setiap kali cuti sekolah.cerita tu semua my dad rakam guna tape yang besor gaban tu time dia bujang2 dulu.so aku dengan adik beradik aku kira dah masak sangat lah dengan semua drama P.Ramlee ni setakat dialog2 babak2 filem...perghhh kitorang dah praktis.serious.so sebab tu aku rasa setiap rumah kena ada paip untuk basuk kaki sebelum masuk rumah.LOL dalam filem dia kan banyak kena basuh kaki dulu.siap ada tempayan lagi kat tepi tangga.

yang kereta tu...itu jek lah imaginasi aku terhadap kereta.dari sisi tepi nampak macam okay jek.stabil.sebab?aku pernah buat kereta dari manila kad exactly macam yang aku lukis ni.so imagine dari situ lah kot.ke kereta P.Ramlee jugak?heeee

so tu jek lah.melukis bila bosan.not my hobby at all.im not really good at it.but when it comes to paint with color zzzzz of course, aku rasa aku pandai bab tu.

setiap aku lukis macam ni aku memang harap aku akan dapat rumah macam ni.

Wednesday, January 01, 2014

2014

happy new year everyone.hope Allah bless me and all of you in every good things that we do.i'm a bit busy lately.starting out a new year and days.and a bit lazy to get back to work.pffttt plus with the all same work that i do everyday.somehow i feel this is suck.

and i hate datelines!!

Thursday, December 26, 2013

Umur Awak Berapa?

perihal umur.kekadang umur ni tak menentukan fizikal seseorang.maksudnya walaupun badan kau kecil dan slim dan tinggi tak semestinya umur kau baru 17 tahun dan sebaliknya.

masalah umur tak sepadan dengan bentuk fizikal ni dah lama jadi isu especially dalam family aku.bermula dengan kakak aku sampai lah ke adik bongsu.tak terkecuali mama dan papa aku.

satu petang di hari raya aidilfitri tahun bila aku tak ingat.sewaktu kami sekeluarga bertandang untuk berhari raya ke rumah kawan mama aku....

"yang anak sulung ni kerja apa?" sambil tunjuk ke arah adik aku yang ketiga.

"eh tu yang no tiga.ni ha anak sulung.kerja RTM" balas mama aku lembut walaupun kat rumah beliau sangat garang.

"ohhhh...yang anak kedua pulak kerja mana?" sambil tuju ke anak no tiga tadi.sekali lagi.

"ni haaa no dua.belajar lagi kat uia.no tiga ni kat matrik gambang".mama aku jawab macam tau2 jek apa yang nak ditanya oleh kawan dia.baik jawab terus.

see?itu situasi yang pernah kitorang alami.balik rumah jek dalam kereta ketawa terkekek kekek sebab fizikal adik aku ni memang dah tahap macam orang dah bekerja.nak kata gemuk tak jugak.tapi besor lah dari badan aku.

pernah sekali aku nak gi order kfc.aku berpakaian lengkap macam seorang cikgu.baru balik dari sekolah.

"adik nak order apa?"

hisssshhhh...aku bukan ketot lah woi.adik adik konon.

muka nampak matang takpe tapi jangan nampak tua.haaa ada beza tu.hi hi hi....

Saturday, November 09, 2013

Pukul 8 Malam Punya Borak

cuaca: kat luar hujan tapi dalam rumah aku mandi peluh jek.jimat air.


aku: kat mana ni?
dia: atas jalan lagi daa
aku: cepatlah balik.nanti tengok 8tv tau.
dia: apsal?shout awards?
aku: aah *excited*
dia: why?we have astro kot.why do i have to tune in to 8tv?
aku: sebab ada redza minhat
dia: do i care?
aku: you have to laahhh
dia: fakyu lahhhh
aku: woiiittt
dia: eh sorry2.haha! i'll call u back aaa with redza minhat kat sebelah seat i.
aku: *letak phone*


shout awards punya pasal. haha careful okayy.



Monday, November 04, 2013

El Layaly

The Nights.

this song is my favourite arabic song ever since i was in high school.i got the CD that i always listen to it after school.this is weird by the way.

for the past 10 years i still remember her name and the title and yes still have the music video on my phone even i have changed and bought a new one.ok ni lagi pelik.

and i think because of this song i now am an Arabic teacher for primary school.lol

enjoy okayyy.next time we sing Rosalinda song.yeahh! still have the ringtone on my phone.HAHAHA!