Showing posts with label Crappy Crap. Show all posts
Showing posts with label Crappy Crap. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Bila Nak Packing..

packing and unpacking stuff aren't really my thing.

except kalau nak gi ke tempat yang memang aku excited.

dalam almari seorang manusia bergelar perempuan dan wanita ni sebenarnya banyak benda.almari baju lah yang kita nak fokus ni.

contoh dalam almari baju aku kan.a lot of blouses, pants, shawls, long skirts and banyak lagi.kalau time nak packing tu memang aku keliru.tak bawak baju ni kang rasa macam kat sana nak  pakai nanti.kalau bawak seluar ni kang rasa macam tak pakai tapi nak bawak sebab takut la apa apa kan.lelaki kena faham ni.

meh la aku list kan sikit apa sebenarnya yang ada dalam almari baju perempuan selain yang dua tuuuuu...

specifically almari baju aku.LOL..

seluar (jeans, khakis, leggings, shorts, tracksuit, palazo, printed pants, and...)

baju (blouses, t-shirts, long sleeve shirts, shirts, cardigans, jackets, sweaters, hoodies, sweatshirt, singlets, inner shirts, long inner shirts, apatah lagi)

tudung (shawls, pashminas, tudung bawal, tudung indon aka fareeda)

baju kurung (baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung biasa, baju kurung kedah,)

jubah (semua jubah either longgar or ketat.jahat kan?)

socks (sport socks, stoking,)

kain batik.LOLOLOLOL

long skirts


amboi sikit nya.haha

some of us might like to keep their shoes in the shoe box and put it in their closets.

kasut (high heels, wedges, sport shoes, kasut nak gi dating, gi jalan2 pasar malam, kasut nak naik motor, kasut nak gi kerja, kasut nak gi majlis kahwin, tapi selipar jepun WAJIB kena ada.i dont know why lol)

ada sesetengah orang meja sikat or cermin diorang sekalikan dengan almari baju.ada yang asing asing kan?tapi banyak jugak barang atas meja tu kan or dalam cermin?

sikat (ada yang brush and ada yang biasa punya)

getah rambut (penyepit rambut, cekak rambut)

bedak (bedak badan, compact powder)

perfume (bukan Febreeze)

deodorant

lipbalm (semestinya bukan lipstick dan lipgloss)

moisturizer

face mask (jarang pakai)

bekas tempat letak rantai, cincin, kerongsang, pin apa semua jadah

cotton bud

body cream (banyak sangat sampai tak terguna)


ni je kot.obviously ni semua barang aku sahaja.tak termasuk barang si dia lagi.jangan sampai aku list kan barang2 mandi pulak.memang aku tak larat pun.


SO NAMPAK TAK KESUSAHAN DAN KEKELIRUAN KITORANG BILA TIME NAK PACKING???

Thursday, February 13, 2014

Putih

salam sejahtera *betulkan pashmina*

rasa rasa banyak tak benda or harta benda or barang2 korang yang warna putih?kereta?dinding?bilik mandi?baju?seluar?skirt?blouse?bag?laptop?phone?cadar katil?kasut?

ada eh?aku pun ada lah.haha

actually white color is not really my favorite color.currently i love pink and purple.i dont like green and yellow.somehow i feel like green is only suitable for grass, trees, sawah padi ke kan.ha yang tu aku suka.sayur ke.tapi hijau ni kalau kena kat baju ka seluark a tudung ka bag ka tak cantik.

ok itu bagi aku.

bercakap pasal putih.aku suka satu jek warna putih ni bila time majlis nikah ka resepsi ka.macam nampak bersih dan suci.yelah nikah kan wajib.time tu pulak kau nak pakai kaler yang kekonon color block.nampak sangat gedik dan gatai hang nak berlaki.tak menyabor.kakaka

dinding bilik aku kaler purple pastel.bilik air kaler macam rose in bloom gitu.kereta aku kaler hitam.handbag biru.jam kaler gold.mana eh barang aku yang pink?tshirt lah kot banyak pink.tak pun casing phone.

aku terfikir jugak.aku ni agak lah kan agak careless time makan.kalau nikah nanti time makan tu pakai baju putih...kena sentiasa berhati hati lah aku akan baju tersebut.aku jadi macam...tah.bukan fobia.tapi apa eh term psychology yang sesuai untuk orang yang kalau pakai or ada barang warna putih jek mesti resah gelisah takut kotorkan barang tu.macam gelabah.

lagi satu putih ni senang pudar.satu jek barang aku warna putih ni ialah telekung.sebulan sekali basuh rendam dengan clorox.

so....putih putih...be nice to me okay.only one day.please just one day.hihi

p/s : kain kapan pun putih weh!

Saturday, January 04, 2014

Aku dan GCB

GCB okay bukan BCG.

kisah ni terjadi bila aku order mcd melalui drive thru.

"saya nak GCB large set satu".u know what?for me medium set is a no no for a hungry little cute woman.haha

"ada apa apa lagi yang nak ditambah?apple pie?aiskrim?"

"nak tanya.GCB ni tadek yang beef ke?"

"GCB ni semua ayam jek dik".


facepalm please.sangat memalukan.siapa tak paham kisah aku ni sila inform aku.

sekian.

Wednesday, January 01, 2014

2014

happy new year everyone.hope Allah bless me and all of you in every good things that we do.i'm a bit busy lately.starting out a new year and days.and a bit lazy to get back to work.pffttt plus with the all same work that i do everyday.somehow i feel this is suck.

and i hate datelines!!

Thursday, December 26, 2013

Umur Awak Berapa?

perihal umur.kekadang umur ni tak menentukan fizikal seseorang.maksudnya walaupun badan kau kecil dan slim dan tinggi tak semestinya umur kau baru 17 tahun dan sebaliknya.

masalah umur tak sepadan dengan bentuk fizikal ni dah lama jadi isu especially dalam family aku.bermula dengan kakak aku sampai lah ke adik bongsu.tak terkecuali mama dan papa aku.

satu petang di hari raya aidilfitri tahun bila aku tak ingat.sewaktu kami sekeluarga bertandang untuk berhari raya ke rumah kawan mama aku....

"yang anak sulung ni kerja apa?" sambil tunjuk ke arah adik aku yang ketiga.

"eh tu yang no tiga.ni ha anak sulung.kerja RTM" balas mama aku lembut walaupun kat rumah beliau sangat garang.

"ohhhh...yang anak kedua pulak kerja mana?" sambil tuju ke anak no tiga tadi.sekali lagi.

"ni haaa no dua.belajar lagi kat uia.no tiga ni kat matrik gambang".mama aku jawab macam tau2 jek apa yang nak ditanya oleh kawan dia.baik jawab terus.

see?itu situasi yang pernah kitorang alami.balik rumah jek dalam kereta ketawa terkekek kekek sebab fizikal adik aku ni memang dah tahap macam orang dah bekerja.nak kata gemuk tak jugak.tapi besor lah dari badan aku.

pernah sekali aku nak gi order kfc.aku berpakaian lengkap macam seorang cikgu.baru balik dari sekolah.

"adik nak order apa?"

hisssshhhh...aku bukan ketot lah woi.adik adik konon.

muka nampak matang takpe tapi jangan nampak tua.haaa ada beza tu.hi hi hi....

Saturday, November 09, 2013

Pukul 8 Malam Punya Borak

cuaca: kat luar hujan tapi dalam rumah aku mandi peluh jek.jimat air.


aku: kat mana ni?
dia: atas jalan lagi daa
aku: cepatlah balik.nanti tengok 8tv tau.
dia: apsal?shout awards?
aku: aah *excited*
dia: why?we have astro kot.why do i have to tune in to 8tv?
aku: sebab ada redza minhat
dia: do i care?
aku: you have to laahhh
dia: fakyu lahhhh
aku: woiiittt
dia: eh sorry2.haha! i'll call u back aaa with redza minhat kat sebelah seat i.
aku: *letak phone*


shout awards punya pasal. haha careful okayy.



Thursday, July 05, 2012

Pembebelan

hari ni aku puasa ganti.heee esok last.sabtu raya dah aku.apedehal kan?tapi aku nak cerita lain sini.bukan pasal puasa.ok..maybe adalah kot relate sikit.sikit jeekk punn.


tahun ni first time aku membebel dalam kelas 15 minit. -______-'


maksud aku tadek lah aku membebel lebih dari masa tu.just aku agak kurang sikit lah nak membebel kat bebudak sekolah ni.aku macam ish banyak benda dan kerja aku nak setel kan kot.ok ni baru boleh relate dengan puasa.maybe sebab aku agak penat sikit.minggu ni semua cikgu sekolah aku rasa sibuk.serius.ada orang nak datang pantau sekolah lah tu konon.


bayangkan lah eh.kelas aku 1 hour from 12 until 1pm.k k paham2 jek la eh hormon bebudak tahun lima yang sungguh unpredictable ya ampun.berderau darah aku tau.dengan panas nya lagi.bising lagi.dengan aku macam hilang suara lah pulak nak meninggikan suara kat diorang.


ye lah puasa kot.letih.penat.panas.tak larat.otak macam pikir banyak kerja tak siap lagi dan semua kena submit next monday.k k be cool boleh tak konah?boleh?


tapi suprisingly tadi aku pergi kelas bawak rotan.tak pernah pulak aku bawak rotan sebelum ni.tadek maknanya nak rotan diorang.esok2 buat lagi.yang ni memang predictable sangat.saja bawak nak tunjuk garang.in case kalau diperlukan sangat rotan diorang ni maka aku terpaksa lah kan.tapi tadi even aku marah sangat2 aku pegang jek lah rotan tu.sat g aku hayun kang dengan kelas2 tu kang terhayun sekali.


bila aku bebel tahu pulak nak diam memasing.kalau tak kalah pasar malam.kalah konsert.kalah perhimpunan tuuuuttt.haha eh eh sempat lagi nak sarcastic kat sini kan.aku merajuk lah dengan bebudak ni.aku bagi salam terus keluar.ah lantak.naik lemak sangat bebudak sekarang.bagi sikit lemak kita ke dia.baru padan kan?


k dalam ni pun dah serupa bebel secara live pulak.tapi tadi tetiba dapat friend request facebook.dari Ameer Irsyad. -____-


anak murid aku ni kan...tak serik kena bebel.


good night.


p/s: nasib baik aku tak ajar budak2 tahun satu.kalau tak.....




Monday, May 28, 2012

Cuti Sekolah Ke?

nampak tak tu?cuti sekolah lah pulak.sebagai seorang guru comel lagi committed dan berdedikasi maka mula2 aku rasa macam best jugak.tapi 2 minggu sangat lama bagi aku.sebab aku suka buat kerja.buat sibuk.tak suka duduk rumah.nak pergi jalan2?nak ke mana lah woi?kawan2 aku semua bukan kerja cikgu pun nak ajak.family kerja.tinggal adik aku jek lah eh?


jangan ingat aku suka sangat cuti sekolah lama sangat ni.jangan ingat tau.


tapi last week aku dah gerak ke KL.apakauingat best sangat cuti sekolah moh ke KL ni?tadek maknanya lah aih.sebab nak tengok kakak aku jek.then ahad dah ke seremban ada sedara mara celah mana tah aku tak kenal.kahwin.panas baq ang seremban sekarang.


so actually plan aku dah penuh dah untuk cuti sekolah ni *check diary buruk*.pertama sekali haruslah aku nak kemas rumah.specific nya lagi kemas bilik sendiri.amboi amboi amboiii*gerak2 jari kelingking* bilik anak dara ini.bersih tau.cuma tak kemas.sikit.haha.aaanndd confirm nak bersihkan bilik mandi.eh bersihkan pulak.cuci lah woi.nak buang kasut2 lama aku lagi.patut ah penuh rak bajet macam top model semua kena ada semua jenis kasut.padahal banyak dah tak pakai.maka buang.or bagi kat orang susah.dapat pahala kannn.:)


dan buat masa sekarang yang paling mengujakan aku ialah barang ini...











so gambar ni uncle google izinkan aku pinjam letak dalam blog kejak.last friday kan aku jalan2 dengan adik aku.pergi mall lah konon sebab malaysia sekarang kan tengah panas *bukak kipas lipat dalam handbag*.so aku keluar memang nak usha note ni pun.kakaka hajat dihati nak sambar satu.maklumlah gaji masuk awal.tapi tengok harga.hurmm memang boleh sambar.boleh angkat.nak bawak keluar purse keluar duit tu payah tu.


dan2 jek time tu aku memang pakai sling bag kaler pink.staff samsung tu pandai pulak nak pancing aku guna pancing roti gardenia."note sekarang dah ada yang kaler pink tau.limited edition.baru sampai".


celaka betei -___-


dengan emosi seorang perempuan yang tak stabilnya.dengan ada masalah dengan kawan sejati lagi.maka aku focus dulu ke note ni.petang karang nak usha.sebab aku berjaya pujuk papa aku.hehe suruh beli note.kejamnya aku.kakaka.


p/s: kawan lah selagi boleh.aku tak pernah minta putuskan apa2.melainkan aku mati.



Thursday, May 17, 2012

Pil Jahat

dah lama dah nak cakap pasal bab2 telan pil ni.bukan makan pil ye anak2.


bagi aku kan.seumur hidup aku ni aku memang tabik double spring dan bangga siot kepada insan2 yang boleh telan pil dengan jayanya.tak kisahlah untuk kecantikan ke untuk kesihatan ke untuk demam2 biasa jek ke.sebabnya kan...


aku susah nak telan pil T_________T


ha nampak tak emoticon aku tu?punya nak menitis airmata kalau bab2 nak telan pil.tu pasal aku selalu jaga kesihatan aku.dulu masa kat uia lah.jarang kot demam ke sakit ke pergi klinik ke.sebab aku hari2 pergi kelas jalan kaki kot.so badan aku ni mudah nak melawan penyakit.kadang2 ada jek demam tapi cepat sembuh.tak perlu panadol.ok itu cerita zaman purba.


now aku 'selalu jaga' kesihatan jugak.dalam sebulan adalah jugak sepuluh sebelas kali demam selesema batuk.manja kan?gedik tau woi.dah besar nak demam2.mengada.lepas tu ayat biasa mama bila melihat anak beliau yang semakin manja ini..


"makan ubat.panadol ada dalam peti ais"


aaahhhh ayat fobia ni.ubat?panadol?what?no no panadol ni or apa2 jenis pil pun memang tak akan dan tak boleh jadi bestfriend aku bila aku sakit.no no no.so aku ada idea.


beli panadol yang boleh larut dalam air tu.apa dia eh?panadol soluble eh?kakaka yes penyelamat kalau aku selesema dan batuk.dah lama aku tak suka pil2 ni.tapi family aku tak tahu pun.ex aku tahu kot.eh pehal sebut ex?ekeke.


pil jahat.


ok nak makan.lapau aaahhh.


p/s: kalau anak murid aku tahu ni mahu kena gelak guling2 depan kelas.sobs T_____T 



Wednesday, April 11, 2012

Khabar Lagi

setiap kali nak update aku selalu pening nak letak tajuk apa.kadang2 memang ada tajuk.memang siap2 dah pikir nak letak tajuk apa.kadang2 dah pikir dah nak type apa nak cerita apa tapi tajuk pulak tak pikir2.jadah nya.


oh no aku taknak lah blog aku ni update sebulan sekali jek.memandangkan hari cuti pertabalan Agong eh agong ke agung?entah.so dah cuti ni aku ada freetime update blog.sat g orang pikir aku dah mampus pulak.padahal masih lagi duk potpet pungpangpungpang dalam twitter.chill lah.


bagi yang dah lama kenal aku through my blog ni kan.aku suka update waktu pagi.lepas subuh.tak pun waktu pukul 3 4 pagi time langsuir merayau2.tapi pelik.kalau hari cuti jek kan.elok mudah senang selamba riak jek aku dengan sendiri bangun awal.530 am weh bangun.kau ado?tanpa dikejutkan oleh alarm 2 handphone mahupun suara madam besar ketuk pintu lalu bukak lalu off suis kipas dan bukak lampu.haaa..kalau hari sekolah.amboi kemain dia tutup alarm sambil tarik selimut sampai tutup kepala gitu.liat bebenor.


pagi2 aku dah kemas rumah.macam sesuatu kan?nak demam ke nak meninggal ke apa ni pun aku tatau.kemas bilik specifically.lipat baju.itu wajib orang arab kata.sambil dengar mp3 aku sambil post photo kat instagram.kahkah.biasalah multitasking itu penting dalam membuat kerja.perempuan duk membebel pun tapi tangan berjalan tau.buat kerja lah.sambil cakap sambil buat kerja.mana ada kami buang masa.kami committed.


so bilik dah siap kemasshhh.meja laptop pun dah beresssh kemassshh.sebab tu senang hati ni nak update.ngeee...jap jap.android kan baru seminggu ada instagram.eleh iphone users pun nak meng euww kan android users ni kenapa?facebook dah nak beli kot app kesayangan korang tu.mark pun satu.bukan ke boleh dapat free jek instagram ni kat appstore or google play?kehkeh k k saje jek lah.nak own instagram mestilah kena beli dowhh.


ehem siapa nak follow gua kat instagram search markonahawang.confirm gua approve.kalau rasa nak approve.kalau lu request nak follow tapi lu tadek post photo pun gua takkan approve.apetah lagi nak follow.aah gua kedekut gambar.


game drawsomething pun aku banyak tangguh nak teka nak lukis.sabar2.banyak kerja woo.last week aku pergi Melaka.ada family day.gambar punyalah banyak.malas nak upload taruk kat blog.penuh pulak kang.


eh i talked too much.kakaka.see yaa guys.nak mandi.


p/s: siapa lagi yang rindu aku ni?




Tuesday, April 03, 2012

Keterujaan Tanpa Segan

mempersembahkan himpunan gambar koleksi versi hambar dari saya sebagai salah seorang pengguna tegar public transport semasa menjadi student 2 tahun dulu dan kini tidak lagi tetapi masih teruja gara-gara merindui saat kesusahan yang diharungi bersama teman sejagat sebelum mencapai kesenangan seperti sekarang.


ekhem.








tiada lagi istilah 'sila duduk' pada waktu ini



dan yang paling super teruja tanpa kawalan ialah......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




tiada lagi kad oren dan hijau. woaa!


p/s: harap2 tak ada orang komen p/s aku ni.




Wednesday, March 21, 2012

Crappy Stuff

ada ke mende alah nama crappy?ikut hati jek aku ni kan.janji ada tajuk entry.sudah.siap.


i have a problem.not that big or serious problem.ok ok it is a serious problem.but i won't share it here.it is too complicated.eleh kata ada masalah tapi tak nak kongsi.dah kejadah cakap ada masalah?ha ni aku pening kepala ni.nak share ke tak nak.nak share ke tak nak.


ah tak payah.


minggu ni minggu paling busy.as usual.dengan result exam nya lagi.hari2 balik lambat.lagipun aku tak suka duduk rumah lama2.suka duduk luar.balik rumah nanti emosi.kalau kat luar or buat kerja ke aku boleh lari kejap dari melayan perasaan.so aku suka mensibukkan diri aku.untuk hal2 duniawi.ukhrawi aku ni pun masih terkapai-kapai lagi ni ha.


next month ada family day kat Melaka.yes yes yes.aku suka jalan jalan.semua tempat ke acara ke program ke yang diorang buat aku join.hehe aku suruh mama letak nama aku kat dalam semua list tu.senang.hati happy.otak free.kena standby ah ni nak beli baju.kasut.perghh lama ni tak shopping.kena bagi reward untuk diri sendiri ni.


ha last week kan aku turun KL.ada kawan lama kahwin.semangat tau dia cari aku kat fb.cari nombor phone aku semata2 nak jemput kahwin dia lagi seminggu.hehe confirm lah dia tak dapat jumpa fb aku pasal aku dah tukar nama.dah 3 tahun aku guna nama tu.nak2 pulak aku dah tukar nombor.dulu nombor maxis ada pastu hilang simcard.jilaka.


Putrajaya.lagi lagi putrajaya aku kena pergi.bosan betul.kakak aku kerja situ aku pernah datang.kahwin kawan2 aku yang lain pun kat putrajaya.yang last week dekat presint 16.and the best part was aku tak sesat pun cari dewan kat presint 16 tu.haaa power kan?power tak?selalu kalau datang sana CONFIRM aku sesat.tah mana2 tah aku pergi.


to Wan and Silmi.selamat pengantin baru.heee korang memang sepadan.comel :))


ha lagi satu aku nak cerita ni.isnin lepas aku datang sekolah lambat.ha ye lah cuti seminggu memang wadafaq lah kan aku nak bangun awal.then tengah rushing tu.nak dekat sampai sekolah baru perasan aku drive sambil pakai selipar jepun comel gitu.cesss.sanggup doh aku patah balik.sambil 'memuji' diri sendiri yang sudah semakin kelam kabut.memang aku drive aku pakai selipar.susah kalau pakai kasut ni.selalu kasut memang ada bawah seat tu.sekali daanggg!! terlupa pulak kan nak letak pasal 3 pagi tu baru sampai dari KL pakai kasut tu.hurrmmmm menyusahkan.


ha kan dah aku membebel.


ok dah cukup lah crappy stuff setakat ini.letih tak?hehe


p/s: berdebar2 jugak ni..




Friday, March 16, 2012

Perkhabaran

dah hari jumaat ni.dah 12 hari terbengkalai blog aku ni.yang sana pun dah lama jadi arwah agaknya.tapi aku dah lama publickan.so ada yang komen.thank you eh.


tadek lah nak berkhabar sangat.tapi sebab rindu kat blog.macam ada banyak nak cerita ni tapi tatau nak mula yang mana.yang dah lepas tu susah pulak aku nak recover balik so aku cerita apa yang jadi recently.ok?


kan now cuti sekolah.so banyak program dari last week.4 days i was in Gombak.hantar my kids wakil sekolah.macam2 pertandingan.dari nasyid, choral speaking sampai ke pertandingan tilawah alquran,syarahan,mewarna,melukis dan banyak lagi lah.sekolah aku menang 3 jek.mewarna,syarahan,tilawah.haha cliche kan.apa yang aku sebut tu lah yang menang.


teks syarahan bm tu aku yang edit.ekhem ekhem.


balik dari Gombak terus aku sakit tekak.biasalah cita cita nak jadi penyanyi indie tak kesampaian agaknya lalu dipraktikkan kepada anak anak murid.so pendek cerita dah 5 hari aku sakit tekak disusuli dengan selesema dan demam.a good combo i guess.doakan lah aku sihat.suara aku ok.dah lah nak mengajar minggu depan.busy jugak ni dengan menanda kertasnya lagi.ceharomm asyik melepak atas katil.tak larat wehh.


aku aktif tweet jek.memang laju.nak nak sekarang aku selalu main game Draw Something.so siapa yang guna iphone or android phone tu invite aku through fb eh kalau nak melukis dengan aku.kehkeh.gigih betul promote.username aku tak tukar lagi.


nak hilangkan kebosanan dan meggerakkan sikit minda jadi aku buat math tahun 6 paper 1.haha kau rasa macam senang kan?tahun 6 jek pun.ada orang tak suka math.tapi result aku dapat..






haha.bagi aku senang sebab aku suka math.aku suka nombor.aku suka congak.tapi 2 kesalahan bangang aku buat tu sebab careless.dah lah soalan salah tu senang gileeee.cesss.


nah lah aku bagi hadiah malam malam ni.kot kot nak mimpi aku ke sat lagi.haha..






gambar diambil dari dalam kereta.it was moving of course.sebab tu bergegar.aku kan demam so keluar siang tadi bukan nak pergi klinik ke hape tapi pergi lunch.hujan2 pun redah jek.ha padan muka.sempat pulak nak senyum2 ambik gambar.


p/s: thanks kepada anon noob yang tanya twithandle sebab follow.and tahniah sebab jumpa twithandle saya.hihi.




Thursday, February 23, 2012

Tersentap :)

yes dah balik rumah.kerja semua dah siap weh tadi.hahahahaha.ok dah.kan aku cerita semalam yang JPN nak datang pantau sekolah aku.ok.kerja memang semua dah setel.orang lain semua gelabah.aku pun tapi taknak tunjuk sangat.haha.


orang JPN ni akan pantau and check macam macam lah pasal sekolah.antaranya datang masuk kelas tengok korang mengajar macam mana.tengok buku lesson plan or buku rancangan mengajar tu.sama ke tak korang tulis dalam tu dengan yang korang mengajar dalam kelas.perghh.dan dan jek kelas aku pukul 10 tadi memang dia dua orang tu nak masuk kan.nice.


ada keajaiban sikit berlaku bila ada orang luar masuk tengok aku mengajar dan tengok anak murid aku belajar.so masing-masing macam cewahh.semua diam dan menurut ye segala arahan aku.semua keluar buku teks dengan serentak gitu.semua macam konon konon paham yee apa aku duk potpet kat depan kelas.semua macam tiba-tiba ada buku tulis okeh nak tulis latihan.padahal aku memang perasan sorang dua murid lelaki ni memang jarang lah nak bawak buku tulis.hilang lah terlupa lah buku dah habis guna lah.mengarut.baru bulan february takkan cepat sangat habis buku.tapi tu semua tidak terjadi dalam kelas tadi.adakah ini keajaiban atau kecelakaan?haha.


setengah jam jek kelas aku.lepas tu rehat.tapi aku memang dah prepare pun.kelas tahun lima.tajuk senang sangat.then orang luar tu mintak buku lesson plan aku.habis kelas dia pulang balik.asyik senyumm jek kat aku.hehe.dia ada tulis something lah note kat bawah tu.lupa pulak nak snap gambar tadi.apa?nombor phone?gila purba kau mintak nombor phone dalam lesson plan?haha sekarang mintak twitter account lah.


ok dah sampai situ.tadi sampai rumah terus aku online nak order mcd.aku order double quarter pounder large set.cornetto sundae choc.mcflurry oreo.melampau?tadek lah.memang nafsu makan macam tu pun.bila brader mcd delivery tu sampai dia cakap, "order dua icecream.....kan?".ceh.apa yang pelik?.."erm aah order dua".sambil senyum.dah senyum jek lah.kan sedekah.


masa nak balik tu ada lah dia borak dengan aku sambil nak hidupkan engine motor dia tu.dia tanya kenapa alamat rumah aku ni pelik.tak pernah dengar.kenapa nama taman perumahan aku ni nama pelik.perghh mana aku tahu doh.tapi dia kata dia pernah hantar mcd sekali kat rumah aku dulu.aku ingat sebenarnya tapi buat macam, "ha?yeke?tak perasan lah".dia jawab, "yelah dekat awak lah saya hantar mcd hari tu".yelah yelah aku tahu lah.malas nak layan sebenarnya.then dia ada cakap something yang membuatkan aku malu dengan diri aku sendiri.huh.tersentap lah jugak.but in a very good way.


"maaflah saya gelabah tadi.sebab first time tengok awak tak pakai tudung"


ohh.aku tergamam jek tadi.oh ok.aku senyum jek.then dia blah.aku macam.....aaaaaa bodohnya aku tak pakai tudung tadi.aku baru balik.baju kurung pun tak tukar lagi ni.aishh maknanya dia pernah jumpa aku kat mana mana ke sebelum ni?dulu dia hantar mcd kat rumah aku tu time tu aku pakai tudung ke?arghh mana ingat!


so kira macam hari ni ada dua perkara tersentap.tapi yang best.k dah sambung makan burger.


p/s: lepas ni kena alert!




Wednesday, February 22, 2012

Alkisahnya...Kisah Apa Aku?

apa punya tajuk entry daa.tak remaja langsung.rilek rilek.ni mungkin kesan daripada menghirup kuah maggi kari untuk dinner tadi.sadis kan malam aku tanpa family di sisi untuk 2 minggu akan datang?sadis sadis.


bukan tak pandai masak.malas nak join masterchef jek.tapi bila tinggal sorang hidang pizza segebang depan aku pun tak lalu nak potong makan sendiri.lempar bagi kucing ayam makan jek lagi bagus.betul.kucing ayam aku semua allergic dengan makanan khas kucing 
ayam.semua nak makan standard manusia.ok lawak hambar.


tengah syok masyuk ada semangat sebagai seorang pendidik yang comel nak buat kerja tetiba down sebab pendrive 1GB aku yang dah berumur 5 tahun tu tertinggal kat sekolah.K.nice sangat.maka terhegeh-hegeh aku cari balik dalam folder dalam laptop aku kot kot ada save benda yang sama macam dalam pendrive.cess.


agak agak macam dah 2 jam buat kerja maka aku rehat kejak dengan melayan malaun malaun kat twitter.haha.membahan orang pun ye jugak.dalam twitter mana boleh butthurt.kalau butthurt boleh pergi meninggal.malas aku nak layan.dalam alam maya pun nak butthurt apatah lagi dalam dunia realiti lagi fana ini?apakah kau mengarut ni konah?


satu jek aku risau bila tinggal sorang ni.sebab ada seekor makhluk kat dapur tu suka muncul dalam keadaan aku tak bersedia nak jumpa dia.misteri kan?nak kata lipas bukan.nak kata tikus.....boleh la sikit sebab ekor dia panjang.aku dah buat report kat mama pasal hal ni.cewah bunyi serius kan?memang ah.ini soal keselamatan aku.last time aku terserempak makhluk tu time aku dinner malam semalam.ok.nice.kau muncul time semua orang dalam rumah kan.nak femes lah tu.menyampah.bila aku jerit terkejut jek kau masuk balik bawah almari.asal aku jerit jek kau masuk balik.aku ingat aku jerit kau terus keluar pergi tempat lain nak menyorok.hishhh.geli siot.


sekolah aku?macam macam hal woo.dengan esok JPN nak datang pantau sekolah aku lagi.pergh pergh kau.nasib baik lesson plan aku dah siap awal.bertambah busy kot.rasa macam aku nak tidur jek kat sekolah tu satu malam buat kerja.dengan semalam aku terkurung pulak dalam library sebab buat kerja.kejadah pintu lama taknak tukar baru ke hape?peruntukan nak buat semua tu aku dengar semua sekolah dah dapat dah baru baru ni.guru besar if you are reading this please please buat pintu gerbang untuk perpustakaan sekolah kita.


so kisah apa aku membebel panjang?kau kisah ke baca sampai noktah terakhir entry aku ni?k.syabas.


p/s: sambung buat kerja woii.



Monday, February 20, 2012

Tak Ditunggu

salam semua.hihi lama ke tak update?ececece saje jek ni.buat happy mood.padahal kat sekolah lagi menghadap kerja KSSR lagi kan.mengantuk sial.kenapa kerja ni makin lama makin banyak?kenapa tak makin lama makin sikit?eeeeee geram betul.


cewah tajuk entry macam gaya nak buat puisi cintan cintun kan.eleh tadek masa aku.kalau ada masa aku tulis.sekarang masa aku banyak untuk sekolah.what is the meaning of rest and sleep yaww?dah lenyap dalam kamus hidupku sebagai insan lemah lagi anggun.eh?


apa yang tak ditunggu tu?aku tak tunggu yang ni datang.yang ni muncul.yang ni keluar pop up dalam phone aku.tapi oleh kerana 'keprihatinan' sesetengah company atau orang tu sendiri untuk konon konon menceriakan hidup aku yang macam rabak ni maka ini yang aku dapat.yang aku tak tunggu lah.hish.







eh?awat ni?tapi aku tunggu.sebab suka

yang ni 2nd time orang duk tanya aku pasal jual kereta





malam sikit aku update lagi kot.setelah selesai kerja aku malam kang.tak tidur lah weh aku ni.awal tahun jek banyak kerja.pffft! saya nak cuti!!




Friday, February 10, 2012

Teka Teki

petang jumaat ni rasa macam free pulak masa nak update blog.esok sekolah ganti.ada gotong-royong.alaaa...bukan aku malas.tapi...ok.malas.haha.baru nak hangout bersama rakan2 sepeluk sebantal ni.


eh esok ada agenda lain jugak rupanya.esok azam kahwin.kira majlis sambut menantu lah.aku tak click attending pun lagi kat fb.dah sebulan dia invite.kalau yang lain pergi aku pergi jek lah.tapi rasa macam nak skip sekolah esok.ngee~~


ok ok nak bagi teka teki.pantang kalau aku type panjang sikit sat g jadi over pulak.


1. dalam banyak2 haiwan.haiwan apa yang pandai menyorok?


2. dalam banyak2 kelas.kelas apa yang best?


3. dalam banyak2 kek.kek apa yang bila kita makan kita jadi happy?


hahaha jawapan tadeklah mengarut sangat.tapi still aku tanya tadek orang mampu jawab okeh.selamat mencabut otak.


p/s: aku dah buang shoutbox.menyampah.tak paham nak resize cemane.so ganti dengan twitter.


Monday, January 02, 2012

First On 2012.

*taknak bagi salam boleh?*


supposedly aku kena kerja semalam.even terjaga lalu makan pada pukul 4 am tapi aku cool jek sambung tidur semula.padahal kerja pukul 9 am.maka tak pergi kerja lah jawabnya bila bangun pun time ayam dah nak kais makan petang pulak.


so as usual layan twitter kejap sambil tunggu telur jadi separuh masak untuk breaklunch.haha.sambil baca paper.wah macam orang kaya baru gitu.timeline twitter aku penuh dengan tagline 'first'.semuanya first.aku baca budak2 twitter ni ada tweet first bukak peti ais on 2012,first mandi wajib,first sikat rambut,first berak,first hari kerja,first lipat selimut,first menipu,first kantoi subuh on 2012.ok yang ni aku punya.kantoi subuh dengan menipu.tak bangga lah sial.ah shit.


kalau dah seharian layan twitter selain dengar lagu dan basuh jemur baju maka kadang2 sign out twitter tengok The A-Team pulak.fuyoo gagahnya badan Bradley Cooper.plus aku memang minat dia pun.he's gorgeous,tan skin,tak berapa nak blonde hair sangat.then sambung meroyan kat twitter balik.timeline aku makin hot dengan topik demonstrasi budak UPSI tu.belasah lah apa semua.ok taknak komen.baca topik2 macam tu pada tahun baru yang semua benda kena buat 'first' memang jahanam.aku tak suka.


dan sebetulnya hari ni lah hari first aku kerja dalam 2012.even sebenarnya my first day was yesterday tapi dah ngengada sangat terbangun lambat tu jadah apa?dan aku baru balik aaannd lepas zohor kena sambung pergi kerja balik.cam harom.padahal ada date dengan Leonardo DiCarpio pukul 1pm ni kat astro ria.ceh.


as i'm writing this me and my mum are cooking.ha hebak tak?boleh pulak skip kejap pergi kat laptop type semua ni.multitasking beybeh.haven't heard of it?*pakai spek hitam*


i'm gonna membebel more for my next entry on 2012.yelah kot.korang suka aku membebel ke or suka aku share gambar jek?aku boleh nak share or membebel pasal politik semua tapi aku tak pernah buat.coz i don't like it.pening kepala,tahu?


ok then.sampai sini jek dulu.mmuaahh.


p/s: esok nak buat debit card.haha slowpoke gila gegirl ni.




Sunday, January 01, 2012

First Page.

assalamualaikum.


ok happy new year 2012.nothing much to write here.or bebel.this week sangat busy.and yeah lupa pulak.morning.terjaga sebab lapar lalu turun bawah makan betik dengan biskut.k fine tu jek wa ada sekarang.sedeyh kot.moral nya jangan makan coco crunch dengan susu before tidur.nanti terjaga tangan jari aku shaking.like seriously.aku menunggu new year keseorangan kat rumah.tapi tidur awal sebab sat g aku kerja.ya 7 hari seminggu termasuk cuti new year nanti.sadis kan?kuli memang macam ni.aku penat sebenarnya.nanti lah aku cerita.


azam tahun baru?tak ada.harapan tahun baru ada lah.kalau inform awal2 nanti takut tak jadi pulak.tu yang aku cukup menyampah.so now senyap2 sudeyh.apa lagi eh?errmmmmm *sebenarnya yang erm ni lagi panjang dari biasa*.


type ni sambil dengar lagu A Thousand Years by Christina Perri.habis lagu ni terus publish then off laptop.sambung tidur.sempat lagi ni.


p/s: to my new follower Gua.ok wa tak dapat go through your blog la.kenapa eh?ce try tengok kat settings.thanks anyway bagi comment for my last entry for 2011 :))




Tuesday, November 29, 2011

Link Kenangan :)

assalamualaikum.


pelik kan?tukar link blog terus kehilangan seorang follower yang aku tak pasti siapa dia tu.dan ada yang bertanya "kenapa delete blog lama?"


kesian dia.aku tipu dia.aku kata aku dah delete blog ni.


so far dah 3 link aku guna.semua tu pun ada kenangan sendiri.dengan setiap link aku dapat follower yang berbeza.tapi ada seorang follower ni hanya tahu sampai 2 link jek.ada jugak blogger2 yang rapat dengan aku yang tahu aku dah tukar link.


ulang balik berbalas text message.


buat apa?
on9
dengan sape
update blog
kenapa delete blog lama?
tadek orang baca
dah ni blog mana pulak
blog sakit hati
dengan bf la tu
kenapa kalau dengan bf?
K




p/s: memang akhirnya saya tukar juga.awak suka kan?