Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, March 05, 2014

Artis dan Duta Produk

oh lamanya tak update.

i have seen a lot of ads on TV and magz and on the internet and stuff about our Malaysian celebrities yang berebut2 nak jadi duta sesuatu produk.yang masalahnya produk atau bisnes tu membawa keuntungan ke tak kepada empunya produk, duta produk dan pembeli atau pelanggan iaitu kita yang bodoh ni sendiri.

aku kabor straight to the point jek lah eh.ramai artis jadi produk makanan segera iaitu Maggi.apa2 jenis maggi lah aku tak kira lah kan.so apa yang aku nampak cara ni tak berapa beri manfaat sangat kepada pembeli especially kepada kanak2 remaja yang tergila2kan sangat seseorang artis.

memang lah artis akan cakap "peminat atau pembeli sekarang dah lebih pandai memilih dan menilai mana baik buruk".oh man masalahnya kau jadi duta produk tu confirm lah kau nak promot and kau mengharap peminat kau beli kan?ke tak?

yang bijak memilih dan menilai tu mungkin untuk orang dewasa seperti aku, kau dan kau kat luar sana.kita dah tahu maggi ni tak bagus makan selalu.sebenarnya tak elok makan pun.tapi kalau budak2, remaja sekolah, student2 uni tu.takkan nak galakkan depa maggi kan even depa dah memang tadek duit sangat pun?ada ke alasan cenggitu?

bila aku tulis ni maybe akan ada orang kata "tak baik kacau periuk nasi orang.biarlah dia cari duit dengan cara yang halal".so if that case pemikiran orang melayu tahun 2014 ni masih begini maka nya aku takleh nak kata apa.ini pendapat aku.peduli.

banyak jek produk kesihatan yang bagus.macam Marigold ke vitagen ke yang bersepah produk kecantikan apa tah tu.ok jugak.tapi tadek lah sampai maggi...masalahnya maggi berbagai2 jenama ni yang banyak untung dari produk lain.patutlah melayu banyak bengap.aku dah setahun tak makan maggi.mujur tak bengap.kakaka

so fikir jek lah semula.bye

Thursday, May 17, 2012

Pil Jahat

dah lama dah nak cakap pasal bab2 telan pil ni.bukan makan pil ye anak2.


bagi aku kan.seumur hidup aku ni aku memang tabik double spring dan bangga siot kepada insan2 yang boleh telan pil dengan jayanya.tak kisahlah untuk kecantikan ke untuk kesihatan ke untuk demam2 biasa jek ke.sebabnya kan...


aku susah nak telan pil T_________T


ha nampak tak emoticon aku tu?punya nak menitis airmata kalau bab2 nak telan pil.tu pasal aku selalu jaga kesihatan aku.dulu masa kat uia lah.jarang kot demam ke sakit ke pergi klinik ke.sebab aku hari2 pergi kelas jalan kaki kot.so badan aku ni mudah nak melawan penyakit.kadang2 ada jek demam tapi cepat sembuh.tak perlu panadol.ok itu cerita zaman purba.


now aku 'selalu jaga' kesihatan jugak.dalam sebulan adalah jugak sepuluh sebelas kali demam selesema batuk.manja kan?gedik tau woi.dah besar nak demam2.mengada.lepas tu ayat biasa mama bila melihat anak beliau yang semakin manja ini..


"makan ubat.panadol ada dalam peti ais"


aaahhhh ayat fobia ni.ubat?panadol?what?no no panadol ni or apa2 jenis pil pun memang tak akan dan tak boleh jadi bestfriend aku bila aku sakit.no no no.so aku ada idea.


beli panadol yang boleh larut dalam air tu.apa dia eh?panadol soluble eh?kakaka yes penyelamat kalau aku selesema dan batuk.dah lama aku tak suka pil2 ni.tapi family aku tak tahu pun.ex aku tahu kot.eh pehal sebut ex?ekeke.


pil jahat.


ok nak makan.lapau aaahhh.


p/s: kalau anak murid aku tahu ni mahu kena gelak guling2 depan kelas.sobs T_____T 



Sunday, January 01, 2012

First Page.

assalamualaikum.


ok happy new year 2012.nothing much to write here.or bebel.this week sangat busy.and yeah lupa pulak.morning.terjaga sebab lapar lalu turun bawah makan betik dengan biskut.k fine tu jek wa ada sekarang.sedeyh kot.moral nya jangan makan coco crunch dengan susu before tidur.nanti terjaga tangan jari aku shaking.like seriously.aku menunggu new year keseorangan kat rumah.tapi tidur awal sebab sat g aku kerja.ya 7 hari seminggu termasuk cuti new year nanti.sadis kan?kuli memang macam ni.aku penat sebenarnya.nanti lah aku cerita.


azam tahun baru?tak ada.harapan tahun baru ada lah.kalau inform awal2 nanti takut tak jadi pulak.tu yang aku cukup menyampah.so now senyap2 sudeyh.apa lagi eh?errmmmmm *sebenarnya yang erm ni lagi panjang dari biasa*.


type ni sambil dengar lagu A Thousand Years by Christina Perri.habis lagu ni terus publish then off laptop.sambung tidur.sempat lagi ni.


p/s: to my new follower Gua.ok wa tak dapat go through your blog la.kenapa eh?ce try tengok kat settings.thanks anyway bagi comment for my last entry for 2011 :))




Tuesday, November 08, 2011

Potret kah?

assalamualaikum.


ok saje bosan2 lepak2 di rumah menternak lemak.tapi aku tak gemuk2 jugak.aku pun nak update blog.idea memang banyak sangat ni nak cerita nak sokseksoksek tapi selalu tadek mood.yang ni mood dah mari sikit2.baby step lah orang melayu cakap.haha tapi aku share gambar jek eh?


eh cerita lah tu.gambar boleh cerita macam2 tau.bukan setiap gambar ada lagu jek.bluwekk.


ok sebab i rajin biar i yang cerita.haha.






nasi impit.right after aku makan nasi arab time raya.gigih betul snap gambar guna tangan kiri.




kisah fav time sekolah dulu.mesti aku suka baca pasal Mat ni yang asyik nak 2 hengget dia tu.

ni laa PLL...heheheeee

kombinasi untuk dua orang manusia.

no.they are not my...

percaya tak kalau aku cakap aku jek yang ada sarung hp cenggini?lalalala....


kombinasi untuk aku sorang jek makan tapi diisi oleh adik.bajet sangat sihat.

yang dia punya paling sihat.saje nak bagi aku kencing manis awal muda remaja.




p/s: ha potret sangat ni.ok entry kedua pun macam bersemangat eh kau nak share semua.


Thursday, September 29, 2011

Neno! Neno! ( T T )

assalamualaikum.


nak fikir tajuk entry punya lah susah.sampai pegang dahi aku ni.nenoneno tu bunyi siren ambulans.susah tau nak nenoneno sini.


hari ni pun macam biasa.penat habis.bukan dah habis.tengah penat.habisnya tak jugak.hari ni demam selsema batuk amboih complete satu pakej tau.aku baru sedar laa yang aku tak boleh tidur dalam aircond malam2 ni.maybe cuaca sini yang agak pelik buat aku sakit pun pelik.kejap luar tu panas.dalam rumah pun confirm lah panas.bila hujan lebat aku rasa panas jugak.ermm banyak dosa ni..tu main tibai jek on aircond paling sejuk punya suhu.bajet aku boleh kelihatan cergas dan berdedikasi keesokan harinya di tempat kerja sebab tidur lena dalam aircond.pfft!


parents aku pun dinner luar jek malam ni.masing2 pun macam tadek mood nak hadap food.adik aku pun taknak makan dah.kecut kepala lutut nak PMR.padan muka kau.orang demam macam aku lagi la.makan kejadahnya.makan nasi sikit terus dah minum air buat kerja.semua orang hari ni tadek mood eh.why why?siang tadi pun aku mengantuk gila.adehh..


esok aku nak gerak by evening.so i guess i'll see you guys on Monday.oh no no.probably on Tuesday or the day after that.i'll get tired on Monday.so susah nak catch up nanti.


not ready to tell the whole story.next time.




p/s: i hate sitting in the middle.huh!





Wednesday, August 10, 2011

Nikmat :)

assalamualaikum.


tengok gambar sudah.sebab katil dengan bantal macam dah panggil2 tu..















p/s: kenyang tak?kenyang tak?


Tuesday, June 21, 2011

Nyam Nyam =D episode 11

assalamualaikum.


dah rasa nak buat public blog ni setelah sekian lama dia diam.bukan apa.kadang2 kalau dah lama tak update dan rasa malas membuak2 maka haruslah dibuat private blog ni untuk sementara.even aku tahu ada lah beberapa makhluk yang still baca.boleh kira dengan sebelah tangan jek pun.widget followers tu abaikan jek.


aku sekarang banyak update untuk blog yang lagi satu.yang tu memang betul2 private.macam diary lah kan.


so pagi2 buta ni aku terjaga sebab tertidur awal sangat tadi.so jom kita tengok balik gambar2 yang aku berjaya snap sepanjang hidup aku kebelakangan ni.saja nak menaikkan nafsu lapar time2 macam ni.lahabau betul.




































ok dan2 jek nak buat entry pasal makanan kan.padahal nak puasa ganti esok ni.asal rasa macam gambar makanan jek terus aku upload letak sini.






p/s: nanti nak update pasal android aku lah.amacam?tapi busy sikit.nanti ada free time aku update..



Saturday, May 07, 2011

Nyam Nyam =D episode 11

assalamualaikum.

ok as usual lah eh anak2.cikgu anak2 ni tengah lapar.tinggal keseorangan memang macam ni punya perangai.even sebelum ni pun dinner memang tak ikut time yang betul.harap anak2 cikgu jangan tiru ye.nak bergaya and slim macam cikgu takpe kalau nak tiru.haha.



















breakfast menu di kfc.i love this!!! nakkkk lagiii!!!





gambar2 makanan di atas diambil semasa bersantai makan2 bersama rakan2 handai taulan,keluarga tercinta dan insan tersayang.memang sangat cliche sebelum makan harus snap gambar buat bekalan entry baru bila time lapar macam ni.




p/s: happy weekend everyone. *nangis*